15/07/13

Filled Under: , , , ,

Volkswagen Think Blue – National Challenge 2013


Think Blue. – National Challenge 2013 ialah pertandingan penjimatan minyak yang dianjurkan oleh Volkswagen bermula sejak beberapa tahun lalu. 

Tahun ini, buat pertama kalinya, Malaysia akan turut sama menghantar wakilnya untuk menyertai Think Blue World Championship 2013 di German. 

Proses pencarian wakil Malaysia untuk bertarung di German telah pun bermula dari 1 hingga 21 Julai 2013 di kesemua bilik pameran Volkswagen seluruh Malaysia dan melalui laman Facebook iaitu www.facebook.com/VolkswagenMalaysia.

Ada 2 cara untuk menyertai pertandingan ini. Yang pertama ialah mengisi borang penyertaan di mana-mana bilik pameran Volkswagen. 

Dan yang kedua ialah dengan cara bermain pertandingan Think Blue. – National Challenge 2013 di Facebook. Mudah kan?

Jangan lepaskan peluang untuk mewakili dan mengharumkan nama negara kita di dalam Think Blue. – National Challenge 2013 ini. Lawat laman web Think Blue. di www.thinkblue.volkswagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut