Memaparkan catatan dengan label Facebook Trick. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook Trick. Papar semua catatan

29/07/13

, , , , ,

Ritual Junjung Al Quran Penganut Syiah Sempena Lailatul Qadr


Macam-macam ritual sebenarnya dilakukan pengikut Syiah ini. Kalau sempena menyambut 10 Muharam dengan ritual memukul diri sendiri. Dan ini pula ritual sempena Lailatul Qadr, mereka menjunjung Al-Quran diatas kepala mereka.

The night of AlQadr observed in Iraq









foto diambil oleh : qassim mohamed Najaf, Iraq, Middle East

22/07/13

, , , ,

Kedai Uji Kejujuran Di Amerika Beli Barang Bayar Sendiri



Memang susah nak cari orang yang betul-betul jujur zaman sekarang ini. Kalau ada pun susah nak cari kan. Kadangkala diri kita sendiri pun macam tue jugak. Bila kita berseorangan, dapatkah kita jujur pada diri kita sendiri?

Ini kisah sebuah kedai di Amerika. Dimana di kedai ini akan menguji tahapkejujuran kita. Kita beli barang dan kita akan bayar tanpa ada tuan di kedai tersebut. Macam menarik, boleh buat dekat Malaysia jugak nie.



28/05/13

, , , ,

Misteri Black Mountain


Kisah pada kali ini bukanlah berlaku di Malaysia atau di negara jiran. Tetapi kisah misteri ini berlaku di Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri. Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.



Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini.Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.

Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.

Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.

Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui nasibnya.

Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.

Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.


Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.

Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.

Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.

Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.

Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.

Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.

Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.

Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.

Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.

Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.

Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.

Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.

Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.

Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.

” Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar “

” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis “

” Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam “

” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya “

” Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. “

Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya.Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.

Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.

Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.

Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya sendiri.

Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.

Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.

Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.

Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.

Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah!

Credit to: http://www.mychannels.org/2012/12/se...ang-belum.html

3/04/13

, , ,

Buaya Dengan Ekor Palsu


Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.

Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya.

Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.

Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.

Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini. “Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.

“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya. - Daily Mail

8/12/12

, , , ,

CaraMengetahui Pengintip Akaun Facebook Kita

1. Log in akaun facebook kita.


2. Right-click dekat mana-mana saja laman fb kita (jangan klik pd gambar), pilih view page source.



3. Satu halaman baru akan keluar seperti dibawah:-



4. Dekat laman baru tu, tekan "CTRL" + "F" untuk mencari (search).


5. Dekat 'column search' tu taipkan ->> ORDEREDFRIENDS, kemudian tekan ENTER.


6. Then, kita akan jumpa ->> ["OrderedFriendsListInitialData",[],{"list":
seperti gambar dibawah





7. Dekat bawah orderedfriends tu, ada angka-angka profile number orang yang suka intip profile anda.


8. Cara nak tahu 'siapa orang'nya yang suka intip profile anda ialah dengan : memasukkan angka tersebut di belakang www.facebook.com/


contoh : http://www.facebook.com/100000601492658

Angka warna merah di atas adalah nombor profile orang yang lihat profil fb kita. Tekan ENTER.

9. Tadda!! kantoii!! dah tau sape yang selalu intip fb anda..Angka pertama adalah angka orang yang selalu intip profile anda. Diikuti angka berikutnya.

10. Boleh tahu orang yang selanjutnya dengan melakukan perkara yang sama. Iaitu masukkan deretan angka kedua selepas koma, contoh : 100000231459797

17/01/12

, , , , ,

Pejabat Baru Facebook Telah Berubah Wajah

Pejabat baru Facebook
Pejabat lama Facebook
 
TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.
Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.
Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.
Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut. Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk.

Sementara itu, di New Delhi, India Mahkamah Tinggi Delhi mengancam menyekat beberapa laman web termasuk Facebook dan Google melainkan pihak berkenaan mengambil langkah untuk membuang kandungan yang menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan.
"Kamu perlu melakukan pengawasan ketat. Jika tidak, kami akan meluluskan arahan untuk menyekat semua laman web seperti di China," kata seorang hakim semasa satu perbicaraan bersama beberapa perwakilan undang-undang Facebook dan Google India di sini kelmarin.
Hakim Suresh Kait menyatakan: "Facebook dan Google perlu membina mekanisme untuk memeriksa dan membuang bahan yang boleh menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan."
Pada bulan lalu, Menteri Komunikasi, Kapil Sibal berikrar untuk membasmi kandungan Internet yang disifatkan pemerintah sebagai "tidak boleh diterima".
Kandungan seperti itu, katanya, termasuk gambar bogel palsu pemimpin-pemimpin politik India dan imej agama yang dianggap sensitif.
Facebook diasaskan bersama oleh Mark Zuckerberg yang dilancarkan pada Februari 2004.
Gambar pejabat lama facebook.
 

7/01/12

, , , , , , ,

Rahsia Facebook: Mengapa “Wall” Digunakan Pada Facebook?



1. Sahabat, tahukah kamu apa makna WALL ?
Ia memberi makna DINDING. Ada apa dengan DINDING.

2. Siapakah yang mewujudkan Facebook?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

3. Apa kaitan WALL dan YAHUDI?


Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan “WALL FB” ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.

28/12/11

, , , , ,

Mangsa Tebusan Guna Facebook


Walaupun laman sosial hari ini lebih banyak keburukkan daripada kebaikan. Namum sedar atau tidak baik atau buruk sesuatu perkara adalah datang daripada diri kita sendiri. Jika digunakan secara positif maka baiklah sesutu perkara itu. Setiap benda atau perkara di dunia ini sememangnya ada pro dan kontrannya. Sesuatu yang buruk itu datang daripada kita, sebagai contohnya pisau, jika kita salahgunakannya, maka kita akan jadi pembunuh, ia bergantung kepada kita untuk gunakannya ke arah mana satu. Ada dua jalan kebaikan atau keburukan.

SALT LAKE CITY: Seorang wanita dan anaknya berjaya dibebaskan daripada tebusan selama lima hari selepas mengirim pos dalam Facebook.

Jurucakap polis Utah, Jon Arnold, berkata wanita terbabit bersembunyi dalam almari bersama komputer riba untuk menghantar mesej meminta bantuan melalui laman sesawang sosial itu.

Melalui pos berkenaan, katanya, wanita terbabit mendakwa dia dan bayinya yang berusia 17 bulan “akan mati menjelang pagi” jika tidak diselamatkan.

“Mesej itu mendorong seseorang menghubungi polis yang kemudian menyiasat di rumah mangsa,” katanya.

Arnold berkata, Facebook adalah satu-satunya cara mangsa berhubung dengan orang lain di luar rumahnya.

Polis kemudian menahan Reed Critchfield, 33, dan kini ditempatkan di penjara atas tuduhan menculik, memaksa sodomi serta pelbagai dakwaan lain. - AP

Sumber

20/12/11

, , , ,

Facebook saman ‘Zuckerberg’

LOS ANGELES 19 Dis. – Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg.

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.

Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.


Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.

Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’

Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit.



Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook.

Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

“Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg. – AGENSI

16/12/11

, , , , , , , ,

Pencipta Emoticon :-)


Emoticon sudah tidak asing lagi kepada para pengguna internet masakini, terutamanya kepada golongan kaki chating yang tegar. Penggunaan emoticon ini kadangkala amat sesuai apabila tiada kata yang dapat diluahkan tetapi biarlah emoticon yang menggambarkan perasaan kita...:p ( ayat xleh blah )..well ¯\_(ツ)_/¯...u know me...(^_~)..

Namum disebalik kita rancak menggunakannya setiap hari ketika kita chat di facebook atau yahoo massenger, tahukah kita siapa yang pertama kali telah mencipta atau menggunakannya?... o_O


Ramai pihak yang pernah mendakwa sebagai pencipta ataupun pengguna emoticon yang pertama,tetapi Scott Fahlman dianggap orang pertama yang menggunakan emoticon ASCII sebenarnya, iaitu bagi emoticon :-) dan :-(
 
Pada awalnya. Pada tarikh 19 September 1982, Scott telah menghantar e-mel ke message board Carnegie Mellon University. Dia itu mahu menberitahu bahawa dia menemui simbol / tanda untuk membezakan mana mesej yang joke (bergurau) dan yang mana satu mesej yang serius.

Mesej ini disangka telah hilang . Namun, pada tanggal 10 September 2002, Jeff Baird menemui kembali email tersebut pada pita cadangan yang lama.
 
Scott Fahlman Original massage:

19-Sep-82 11:44    Scott E  Fahlman             :-)
From: Scott E  Fahlman <Fahlman at Cmu-20c>
 
I propose that the following character sequence for joke markers:
        
:-)
        
Read it sideways.  Actually, it is probably more economical to mark
things that are NOT jokes, given current trends.  For this, use
        
:-(
 
Namum kini daripada emoticon klasik ia telah berkembang menjadi satu seni yang unik, emoticon art muncul daripada orang-orang yang keratif menggunakan huruf sebagai seni.
 
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
└┐▒▒▒▒┌┘
 

7/07/11

, ,

How To : Ubah Status Facebook Jadi Tulisan Biru

 
Anda nak tak buat Update Status anda di Facebook jadi cool...seperti gambar kat bawah nie. Tulisan dia jadi warna biru. Tutorial nie agak leceh sedikit sebenarnya, namum kalau suka leh mencuba. Ikut step satu persatu..
 



CARA - CARANYA IALAH : 
1) Pilih dahulu anda hendak update via apa (click url) :
Code:
via BlackBerry
http://www.facebook.com/connect/prom...key=2254487659

via iPad
http://www.facebook.com/connect/prom...29884690377168

via Facebook for Windows Phone
http://www.facebook.com/connect/prom...35892916448833

via Windows Live Messenger
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=30713015083

via Facebook Studio
http://www.facebook.com/connect/prom...17867148279372

via Facebook Live
http://www.facebook.com/connect/prom...27337483972992

via Ninja Saga
http://www.facebook.com/connect/prom...y=137827210650

via Google
http://www.facebook.com/connect/prom...y=156956226229

via Bing
http://www.facebook.com/connect/prom...y=111239619098

via Joomla
http://www.facebook.com/connect/prom...05430352811356

via Yahoo!
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=90376669494

via WordPress
http://www.facebook.com/connect/prom...key=2373049596

via EasyCash!
http://www.facebook.com/connect/prom...18808504823954

via RSS Graffiti
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=45439413586

via NetworkedBlogs
http://www.facebook.com/connect/prom...key=9953271133

via Linux Ubuntu
http://www.facebook.com/connect/prom...02226463160668

via Mandriva Linux
http://www.facebook.com/connect/prom...61447787246979

via Linux Mint
http://www.facebook.com/connect/prom...45473632152151

via YouTube
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=87741124305

via Twitter
http://www.facebook.com/connect/prom...key=2231777543

via Forum
http://www.facebook.com/connect/prom...y=174481013789

via Cyber Crime
http://www.facebook.com/connect/prom...y=152359261909

via Windows 7 Smartphones
http://www.facebook.com/connect/prom...16765505025314

via Ovi by Nokia
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=49340319393

via Mig33
http://www.facebook.com/connect/prom...35531186490166

via Samsung Mobile
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=72687635881

via Snaptu
http://www.facebook.com/connect/prom...ey=20407635301

via Manchester United
http://www.facebook.com/connect/prom...72028659504091
2) Akan tertera kotak begini :



3) Copy code ini dan paste di dalam kotak tersebut (gambar no 2) :

Code:
@[ID_Profile:0:Ayat Anda]
*ID_Profile membawa maksud profile Facebook sesiapa sahaja, kerana bila anda click status biru itu, akan terus masuk ke ID_Profile yang di tujukan. Contohnya, akan jadi seperti ini,

4) Publish. Cuba buka Facebook anda, dan lihat sendiri wall anda. UNTUK POST KE WALL RAKAN ATAU FANPAGE : 5) Dapatkan dahulu id rakan atau page tersebut. 6) Cuma tambah perkataan ini di belakang url (step no 1):

Code:
&target_id=ID_Profile
Contoh tukar la jadi macam ni : &target_id=11000992552 Jika anda guna via Blackberry, contoh akan jadi begini,

Code:
http://www.facebook.com/connect/prompt_feed.php?api_key=2254487659&target_id=138189872888153
SUMBER


Anda jugak boleh mencuba cara ini...How To : Cara Membuat Tulisan Berwarna Warni Di Facebook Profile

28/06/11

, , , ,

How To : Cara Membuat Tulisan Berwarna Warni Di Facebook Profile



Comel tak profile facebook nie, ( menyampah ai..). Tapi nampak lain dari yang lain sket ek, boleh la kita lari skit dari kebiruan FB skali skale...hehehe...Kalau yang berminat nak buat FB korang lawa dan cute cam nie, nie ada cara daripada tengku nizam.....senang jer nak buat nie

javascript:i=0;c=["red","green","blue","yellow","magenta","orang e"," pink","violet"]; a=document.links;setInterval('i++;a[i % document.links.length].style.color=c[i % c.length]',1);void(0); alert("-=[Colorful Facebook, Ikhlas daripada tengkunizam]=-")
1. buka facebook anda
2. Dan HIGHLIGHT kan url http://www.facebook.com/.........
3. lalu copy paste kan kode URL diatas
4. jangan lupa tekan enter
5. klik ok, nah sekarang lihat hasilnya.

Tada dh siap, cuba jangan xcuba....

18/01/11

, ,

Cara memasang Facebook Chat Di Sidebar Firefox

 
Facebook Chat adalah sebuah aplikasi yang memudahkan kita untuk chatting atau berborak kosong dengan member2 Facebook tanpa harus membuka tab atau halaman facebook.com,tapi tetap harus login dulu lorrh....hehe...
kalau biasanya kita chat di toolbar bahagian bawah, kini kamu bisa chat di sisi kanan disemua posisi halaman firefox yang kamu buka.
, ,

Simbol Buat Chatting Di Facebook

Di postingan sebelumnya, saya sudah memberikan tips memberi emotikon untuk chatting fb, kali ini.. saya akan memberikan tips bagaimana cara menambah simbol untuk chatting facebook
Tahan tombol ‘Alt’ di keyboard anda lalu tekan 1 - ☺
Tahan tombol ‘Alt’ di keyboard anda lalu tekan 2 - ☻
Tahan tombol ‘Alt’ di keyboard anda lalu tekan 3 - ♥

17/01/11

, ,

Keyboard Shortcut untuk Facebook


Ini adalah senarai lengkap facebook Smileys [emoticon] dan cara pintas keyboard.
Cukup ketik dalam kod dan tekan enter untuk mendapatkannya untuk menunjukkan smiley up. Kadang kala smileys mempunyai lebih dari satu butang pintas. Adakah anda perasan bahawa semua kunci adalah case-sensitive. Jadi, jika anda taip dalam dan tidak berfungsi buat kali pertama, pastikan anda punya semua huruf yang benar!