Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

16/08/13

, ,

Dania Danisha Kekasih Halim Othman?

Siapa yang tak kenal dengan Dj Radio otai ini, pernah merangkul beberapa kali anugerah penyampai radio paling popular. Dia tak banyak gosip, cuma peminat sering tertanya-tanya bilakah dia kaan berkahwin. Aku terjumpa artikel Abang Nara ni pasal kekasih Halim Osman. Nama dia Dania Danisha.

Dania Danisha Kekasih Halim Othman

Dania Danisha Kekasih Halim Othman

Dania Danisha Kekasih Halim Othman


Rasanya, kesemua rakyat Malaysia yang pernah mendengar radio mengenali Halim Othman. Suaranya telah begitu lama menghiburkan para pendengar. Kini bergandingan dengan Adibah Noor di radio Suria FM, sehingga ke hari ini Halim Othman masih lagi belum mendirikan rumahtangga.

Sebentar tadi, Abang Nara menerima kiriman gambar-gambar Halim Othman bersama seorang wanita yang boleh tahan cantiknya. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Sama cantik dan sama padan. Menurut si pemberi makluman, si wanita ini adalah bakal isteri Halim Othman.

Dikatakan wanita yang berjaya mencuri hati Halim Othman ini bernama Dania Danisha dan berasal dari Palong, Negeri Sembilan. Jika benar Dania adalah bakal isteri Halim Othman, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

6/08/13

, , ,

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal - kekasih baru Aidil Zaquan mendapat kritikan hebat dalam akhbar oleh Rita Rudaini. 

Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan.

Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari 2013 dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013.

Dek kerana komen pedas oleh Rita, Adil telah menceraikannya dengan talak satu melalui SMS semalam.

Jom tengok lagi gambar cantik Zarema Zainal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Gambar Zarema Zainal

Zarema Zainal

Zarema Zainal

, ,

Pejabat LEGO Yang Sempoi

Tempat kerja seronok lagi menarik telah dibina di jabatan pembangunan LEGO di Denmark.
Di hasilkan berasaskan disiplin reka bentuk studio Rosan Bosch dimana setiap elemen di pejabat haruslah menyeronokkan untuk menjana kreativiti.






















, , ,

Jawapan Pedas Tentang Tutup Aurat

Memang berasas jawapan yang dikemukan oleh wanita ini, apabila diajukan soalan berkaitan pemakaian hijab dan menutup aurat. Kena setepek para wartawan yang bertanya. Jom layan jawapan wanita muslimah ini.


Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: 
" Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju"

4/08/13

, , , , ,

Stroller Bayi Rim 20inci Alloy

Amacam ada bran, stroller pun nak pakai rim 20 inci siap alloy. Tak pernah ke daddy dia menolak tue. Nak muat bonet kereta pun belum tentu lepas ni, kena pakai lori. 




, , ,

HOAX : Berita Kematian Ariel Sharon PALSU

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Sekali berita HOAX tersebar disleuruh internet. Yang terkini, berita tentang kematian Ariel Sharon. Dan ternayat ia adalah PALSU. Sebab itulah kita kena selidik dahulu setiap berita yang kita terima dan baca. Bukan semua yang orang share dekat facebook itu benar. Sebagai orang yang bijak, lebih baik kita selidik terlebih dahulu berita itu, biar sahih kebenarannya terlebih dahulu.

Agar kita tidak kongsi berita yang palsu, kalau berita itu fitnah, kan dapat dosa free. Jadilah pengguna internet yang bijak. Kaji fakta, pak cik google sedia menbantu. Taip je, bukan susah pun.

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Berita tentang kematian Ariel Sharon tersebar meluas selepas satu fan page di Facebook iaitu 'R.I.P Ariel Sharon' mendapat jutaan 'like'. Dan di tab 'about' fan page tersebut ada kenyataan tentang kematian bekas Perdana Menteri Israel itu.
“At about 11 a.m. ET on Friday (August 02, 2013), our beloved politician Ariel Sharon passed away. Ariel Sharon was born on February 26, 1928 in Kfar Malal. He will be missed but not forgotten. Please show your sympathy and condolences by commenting on and liking this page.”
Dari situ bermulalah viral HOAX ini. Dengan beribu-ribu orang mula menyebarkan mesej tentang kematian Ariel Sharon. Dari Facebook hingga ke Twitter.

Dan pada 3 Ogos 2013 seorang wakil ahli politik ini mengesahkan bahawa Ariel Sharon masih hidup.
"Beliau menyertai senarai panjang selebriti yang telah menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan sihat, berhenti mempercayai apa yang anda lihat di Internet, "kata wakilnya.
Namum secara peribadi bagi aku, kira dah macam doalah kan untuk orang yang kejam seperti Ariel Sharon ini. Selepas apa yang dia buat dekat rakyat Palestine dulu.

Lagipun berita ini lebih mudah tersebar kerana keadaan kesihatan beliau sekarang yang dikatakan sedang koma dan bergantung kepada alat bantuan oksigen.

Dan sekali lagi nasihat saya kepada semua kawan-kawan, kaji dahulu sesuatu berita yang kita terima. Jangan main melulu je nak percayakan semua berita di internet ini.
, , ,

Awek Cina Pakai Tudung

Awek Cina Pakai Tudung


Apa pandangan korang bila tengok amoi nie pakai tudung. Nama dia entah apa, tapi dekat profile facebook dia tulis nama Yun Wat'ever.


Awek Cina Pakai Tudung


Nak tahu ape dia komen pasal gambar amoi ni pakai tudung:

"Ni cuma try ok. Nak tunjuk kat perempuan islam luar sana tu. Betapa indahnya bila pakai tudung ".

Awek Cina Pakai Tudung


Malah ada yang ingat awek ni Melayu. Apa-apa pun gua sentap beb, bila dia komen macam tue. Sedangkan ramai lagi orang Melayu Islam yang tak nak pakai tudung. Ada komen menarik lagi daripada Yun Wat'ever:

" Simple tu lah remaja islam skg tak boleh nak ikut. Hahahaha"

2/08/13

, ,

Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dengan Sengaja

Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tahun ini sahaja sudah berapa kali kecoh di dada akbar pasal ada golongan yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Sebagai orang muslim kita seharusnya tahu apakah hukum dan balasan yang menanti bagi mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sengaja.

Shiyam (puasa) Ramadlan hukumnya wajib bagi setiap muslim berdasarkan keterangan yang jelas dari Al-Qur'an dan Sunnah. Malah ia turut termasuk di dalam rukun Islam.

Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”(Al-Baqarah : 183)

Apabila seseorang yang mengaku muslim meninggalkan berpuasa dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh maka dia telah kufur.

Orang yang tidak berpuasa kerana malas atau lalai (dengan tetap meyakini hukum wajibnya), maka ia telah melakukan dosa besar dan kebinasaan kerana tidak melaksanakan salah satu rukun Islam dan kewajiban yang penting sebagao orang Islam.

Namum begitu Maha Pengasihnya Allah, setiap mereka yang terlah melakukan dosa tetap dibuka jalan pengampunan. Jadi sebelum terlewat mari kita sama-sama bertaubat.

وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً ثُمَّ اهْتَدَى
"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertobat, beriman, beramal shaleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS. Thaahaa: 82)
Jadi bagi puasa yang telah ditinggalkan, maka harus diganti atau qadha puasa sebanyak hari yang telah ditinggalkan.

Kalau nak tahu cara ganti puasa dan bayar fidyah klik sini.
, , ,

Dua pegawai bank ditahan tidak puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh kemuliaan. Bagi mereka yang tahu akan kelebihan bulan Ramadhan, pasti setiap tahun tidak sabar menanti ketibaan bulan kerahmatan ini. Namum ada juga muslim yang di dalam kad pengenalannya tertera perkataan 'Islam', tetapi tidak mahu berpuasa. Tahukah anda apakah hukum orang yang tidak berpuasa?

Dua pegawai bank ditahan tidak puasa


BATU PAHAT – Tindakan dua pegawai bank yang makan di kedai makan bagi mengelakkan daripada di kesan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) tidak berjaya apabila kedua-duanya ditahan, semalam.

Ketika ditahan kedua-duanya memberi hendak makan ubat.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, kedua- dua lelaki terbabit merupakan antara 10 individu yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 40 hingga 65 tahun, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas.

“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya.

Saiful turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekaligus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/dua-pe...puasa-1.189087
, , ,

Haramkan Kongsian Berita Di Internet

Ini berita bukan dari Malaysia, tapi dari negara Komunis Vietnam. Kerajaan mereka begitu tegas. Sampaikan rakyatnya tidak boleh berkongsi berita di laman sosial atau di blog. Kalaulah perkara macam ini terjadi dekat Malaysia. Apa agaknya akan berlaku, forum-forum akan sepi, blog pasal berita tiada lagi, dekat facebook pun cerita pasal peribadi jer..hahaha


HANOI - Pemerintah Komunis Vietnam akan mengharamkan perkongsian berita secara dalam talian melibatkan para pemilik blog dan pengguna media sosial.

Ia dibuat menerusi satu dekri baharu yang dilihat sebagai tindakan keras mengekang kebebasan menggunakan internet.

Menurut dekri tersebut, pemilik blog dan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter hanya dibenar bertukar-tukar maklumat peribadi.

Dokumen dekri berkenaan ditandatangani oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan dikeluarkan lewat kelmarin.

Ketua Jabatan Radio, Televisyen dan Maklumat Elektronik, Hoang Vinh Bao seperti dipetik akhbar VNExpress berkata, para pengguna internet dilarang berkongsi maklumat daripada akhbar, agensi berita atau laman web lain milik kerajaan.

Namun, perintah baharu itu tidak menjelaskan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan atau jenis denda yang bakal dikenakan.

Perintah yang dijangka berkuat kuasa pada September depan turut melarang pembekal perkhidmatan internet asing menyediakan maklumat bertentangan dengan dasar Vietnam.

Antaranya melibatkan isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara, ketenteraman sosial dan perpaduan atau fitnah.

Sementara itu, akhbar dalam talian VietnamNet melaporkan, Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi, Le Nam Thang berkata, peraturan baharu itu bertujuan membantu pengguna internet memperoleh maklumat bersih dan tepat dalam talian.

Pada tahun ini, seramai 46 aktivis didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti antikerajaan dan telah dipenjara.

Sekurang-kurangnya tiga pemilik blog turut ditahan pada Jun lalu.

Kesemua mereka dituduh terlibat dalam aktiviti antikerajaan. - AFP

1/08/13

, , , ,

Had Laju Diturunkan Edisi Raya 2013

Had Laju Diturunkan


Had laju bagi Jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) bersempena Ops Selamat 3 yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 18 Ogos depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya sudah menetapkan had laju maksimum sepanjang tempoh terbabit bagi Jalan Persekutuan dan jalan negeri adalah 80 km/j.

Had Laju Diturunkan Edisi Raya 2013

Jadi kepada pemandu-pemandu Malaysia yang nak balik kampung. Kenalah berhati-hati, pandu cermat biarlah selamat, tak kena speed trap. Selamatlah duit dalam poket tu kan.

Ada sebabnya pihak kerajaan buat semua ini. Mungkin untuk menberi peringatan kepada kita semua agar tidak memandu dengan laju, dan boleh mengakibatkan kemalangan. Ingatlah orang yang tersayang, pandu cermat jiwa selamat, duit pun jimat.
, , ,

Emma Maembong promosi 'ganja' melalui t-shirtnya?


Pelakon jelita Emma Maembong menimbulkan sedikit kontroversi di laman sosial Instagram apabila memuat naik gambar beliau yang mempromosikan sehelai t-shirt yang bertuliskan beberapa perkataan yang berkaitan dengan ganja.

Kami tidak pasti apakah sebenarnya produk atau hanya sekadar jenama pakaian yang cuba dipromosikannya.

Namun begitu, beberapa peminat mempertikaikan makna sebenar jenama t-shirt berkenaan.

T-shirt putih yang dipakai Emma Maembong itu tertulis Potsweedwear merupakan design streetwear untuk anak-anak muda.


Perkataan 'Weed' menjadi pertikaian beberapa peminat yang beranggapan ianya membawa maksud 'ganja'.

Tapi, tidak semua peminatnya berseutju dengan dakwaan tersebut kerana bagi mereka ianya tidak
membawa maksud apa-apa apatah lagi Emma sebagai penagih ganja atau mempromosikan amalan yang tidak sihat itu..
, , ,

Melayu Boleh Berjaya Jika Tiada PHD

Orang Melayu boleh jadi maju seperti bangsa lain. Berkat usaha dan kecekalan yang ada, pasti orang Melayu boleh gapai kejayaan. Tapi ada juga orang melayu boleh cantas sesama sendiri sebab dengki tengok orang lain berjaya. Kalau beginilah sikap orang kita sampai bila-bila pun tahap kita tetap macam ini.

Melayu Boleh Berjaya Jika Tiada PHD


Bila sebut pasal cantas mencantas nie. Ia berasal daripada sifat perasaan hasad dengki (PHD) di dalam diri kita. Kita tak boleh duduk senang kalau tengok orang lain senang. Pasal apa? sebab kita dengki tengok orang lain lebih daripada kita. Orang baru nak maju dalam bisnes, kita sudah gelisah. Mulalah nak cari bomoh, kasi hancurkan bisnes orang tue. Jangan blog aku pun kena bomoh sudah la.

Kalau nak diceritakan bab dengki orang kita ni sehari suntuk pun tak habis. Macam mana la orang Melayu hendak berjaya. Sifat inilah yang harus kita ubah. Tetapi janganlah pula ia menjadi batu penghalang untuk orang Melayu terus berjaya. Jangan kita pedulikan sangat orang lain. Kita buat benda yang betul dengan ikhlas dan cekal. Pasti kita boleh berjaya.

Apa yang kita perlu ingat adalah rezeki datangnya daripada Allah. Jika dia sudah tetapkan rezeki kita segantang hari ini, maka banyak itulah rezeki kita. Jangan pula kita tak reti nak bersyukur. 

Teringat pula aku ada kata-kata Ustaz Ismail Kamus dekat paper tempoh hari. " Duit yang kita ada dalam kocek atau didalam bank, sebenarnya itu bukan duit kita, belum tentu jadi duit kita. Tetapi duit yang telah kita sedekahkan di jalan kebaikan itulah sebenarnya duit hak kita, akan dikira diakhirat sana."

30/07/13

, ,

Digi Prepaid Rider : Internet Semurah Rm1/Sehari

Digi Prepaid Rider

Digi Prepaid Rider | Sebenarnya aku baru dapat CPUV terbaru daripada Nuffnang. Jadi aku pun cuba google sikit apa sebenarnya promosi terbaru dariada Digi. Sekarang ini Digi sedang mempromosikan Prepaid Mobile Internet, plan internet terbaru mereka.

Terlalu banyak pakej menarik yang Digi sediakan. Salah satunya anda boleh guna internet dengan hanya Rm1/sehari. Sungguh murah bukan? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang promosi ini, gempak atau tidak jom klik sini Prepaid Mobile Internet.



29/07/13

, , , , , ,

Kedai Maya Pertama Dunia Dibuka di Korea


Sebuah peruncit utama Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia menjurus kepada pengguna telefon pintar, dengan cara membeli secara mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di stesen kereta api bawah tanah Seoul. Homeplus, rantai diskaun kedua terbesar di negara ini, menawarkan 500 barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan di "kedai" yang terletak di stesen Seolleung.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej rak kedai saiz sebenar dipenuhi dengan barang-barang - seperti susu, epal, beg beras atau sekolah beg galas - yang masing-masing mempunyai kod bar kecil tersendiri. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan pada telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar-gambar kod bar.


"Anda boleh membuat pesanan sewaktu anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi dan barangan anda telah sampai di rumah apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam," kata seorang jurucakap Homeplus.

Malah, pengguna tidak perlu berada berhampiran kedai maya. Sebagai contoh, jika anda mahu untuk membuat pesanan air yang telah habis diminum, anda tidak perlu pergi ke kedai maya yang terletak di stesen kereta api bawah tanah Seoul . Anda hanya perlu mengimbas kod bar botol dengan app Homeplus itu. Produk tersebut kemudiannya akan dihantar ke rumah / pejabat.






, , , ,

Kim Kardashian Bina Tandas Emas

Kim Kardashian dan Kanye West. orang banyak duit sampai tandas pun nak bikin guna emas. Menbazir je la dia orang nie. Kalau duit tu kasi dekat aku untuk modified kancil turbo aku kan best. Hahaha

Kim Kardashian Bina Tandas Emas


Kim Kardashian Bina Tandas Emas - APABILA tiba soal duit, Kim Kardashian dan Kanye West tidak akan berasa bimbang untuk membelanjakannya, biarpun ia melibatkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dilaporkan membelanjakan kira-kira $750,000 untuk membina tandas emas.

Kim Kardashian Bina Tandas Emas

Akhbar The Sun mendakwa, Kardashian dan West membelanjakan wang tersebut untuk tandas emas di rumah agam mereka di Bel Air, Califfornia.

Mereka juga dilaporkan menghabiskan sebanyak $444,000 untuk menghias enam katil khas manakala $325,000 pula dibelanjakan untuk peralatan di bahagian dapur.

Ini bukan kali pertama bintang realiti itu dan kekasihnya membelanjakan wang begitu sahaja, malah tahun lepas, Kardashian membelanjakan sebanyak $100,000 untuk membeli tandas pam sendiri.

Dia dilaporkan berbuat demikian kerana bimbang tetamu di rumahnya terlupa untuk mengepam tandas.

Nilai harta pasangan itu jika digabungkan berjumlah $140 juta.

Ternyata Kardashian memang seorang yang cerewet apabila ia melibatkan tandas, dan dia pernah mengkritik ibunya, Kris Jenner kerana mempunyai tandas dan bilik mandi berwarna hitam.

Ketika berkahwin dengan Kris Humphries pula, dia dilaporkan tidak senang duduk dengan tabiat Humphries kerana sering memercikkan air ketika menggosok gigi ke cermin.


, , , , , ,

Minion : Fenomena Atau Penyakit


Apa yang best sangat dengan patung Minion nie. Aku pun baru perasan dengan minion ni jadi fenomena. Apakah makna minion? Ini kan sebuah filem animasi. Dan tiba-tiba menjadi kegilaan sesetengah golongan untuk memiliki patungnya. Dan McD yang jadi mangsa.



Minion ini berbentuk silinder, kecil ada yang bernata satu dan bermata dua. Hah bermata satu! hmmm adakah ini semua adalah satu konspirasi???? Pakar-pakar konspirasi mungkin dapat memecahkan kod disebalik patug-patung Minion ini.


Dan Minion ini telah menjadi fenomena di McD di Malaysia ini, sampai daa sanggup beratur semata-mata nak dapatkan patung nie. Dan kita seakan tidak faham apakah penting sangat patung ini, apakah yang kita tergila-gilakan sangat tentang patung ini?



Ini sedutan video tentang fenomena Minion melanda Malaysia



Sampai Auntie nie mengamuk sebab tak dapat patung Minion selepas lenguh kaki beratur panjang, mungkin patung itu sangat penting untuk diberikan kepada cucunya.

25/07/13

, , , ,

Saya Akan Bogel Keliling Kuala Besut, Kalau BN Menang



PRK Kuala Besut nampaknya masih lagi di tangan BN. Harapan pas untuk melihat kedudukan kerusi 16:16 tidak kesampaian. Majoriti juga sedikit meningkat. PAS berputih mata lagi.

Rupa-rupanya dalam menantikan keputusan BN melawan PAS ini, ada juga sebilangan kecil yang cuba mengambil risiko mempertaruhkan maruah diri mereka.


Entah terlebih yakin, atau tersilap ‘betting’, gadis yang memakai nama Damia Izara ini pada akaun Facebooknya berjanji akan berbogel jika BN menang di Kuala Besut.

Nah, pastinya ‘impian’ beliau akan pantas di ‘print screen’ kan untuk hebahan…

Ada berani ka?

24/07/13

, , , , , ,

Man City Iktiraf Bahasa Melayu


Manchester: Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City melancar laman web baru dengan tambahan 10 pilihan bahasa, termasuk bahasa Melayu untuk kemudahan peminat di luar negara.

Selain bahasa Melayu, pilihan bahasa lain ditawarkan ialah Sepanyol, Perancis, Portugis, Russia, Jepun, Korea, Cina Tradisional (Hong Kong), Thai dan Indonesia. Ia menambah laman web yang sedia ada dalam bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.



Projek di bawah GLOBAL City itu adalah untuk memenuhi kehendak peminat yang makin bertambah di luar United Kingdom terutama sejak City memenangi Piala FA tahun 2012. 

“Populariti City dan kumpulan peminat global berkembang dengan kadar yang pesat. Kami ingin berbicara dengan peminat dalam bahasa ibunda mereka sendiri, dan menjadikan mereka lebih dekat dengan kelab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Manchester City Malaysia, Zoul Bake berkata: “Peminat Manchester City di Malaysia menyambut baik pelancaran web rasmi City dalam bahasa Melayu. Ia memudahkan peminat City yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk mendapatkan berita terkini mengenai kelab dalam bahasa Melayu. 



Malaysia sasaran penting

“Dalam masa yang sama ia juga menunjukkan pengiktirafan Kelab terhadap bahasa Melayu. Ia juga hadiah kepada peminat yang bertutur dalam bahasa tersebut yang sudah menyokong kuat kelab selama ini.”

Rantau Asia termasuk Malaysia antara sasaran penting bagi City untuk memperluaskan populariti mereka. Malaysia sudah dimasukkan dalam jadual siri Jelajah City 2012, dan perlawanan persahabatan diadakan dengan pasukan Malaysia XI dengan City menang 3-1. Laman Web Manchester City dalam bahasa Melayu boleh dilawati di http://www.mcfc.com.my