
Luaran nampak sedap tetapi cuba anda masukkan ke dalam mulut dan gigit, habis rosak gigi anda…hehehe.. Anda mesti tak percaya kalau saya katakan kesemua makanan tersebut dibuat daripada batu.

Untuk pengetahuan anda, masyarakat di kawasan pergunungan China tahu bagaimana untuk menghargai batu yang indah, dan menghabiskan keseluruhan kehidupan mereka mengumpul pelbagai jenis batu.


Untuk pengetahuan anda, masyarakat di kawasan pergunungan China tahu bagaimana untuk menghargai batu yang indah, dan menghabiskan keseluruhan kehidupan mereka mengumpul pelbagai jenis batu.

Batu-batu berbentuk pelik atau berwarna dianggap pesta untuk mata, dan batu-batu yang menyerupai makanan dianggap sesuatu yang lebih indah. Menarik bukan.


Liuzhou City, juga dikenali sebagai bandar pengumpul batu-batu pelik. Ia adalah tempat di mana lebih 100,000 penggemar batu menikmati dan menghabiskan masa lapang mereka mengumpul, menyusun dan menilai batu-batu unik.


Unik bukan, dengan batu mereka boleh tiru dan dijadikan sebiji seperti makanan. Kreatif sangat. sumber


Pada tahun 2009, Zhou Jiaqun telah menggunakan kira-kira 20 tan batu dijadikan satu hidangan mewah seperti ketam goreng, ikan kukus, kakai ayam dibakar, burger dan pelbagai jenis makanan. Kesemua hidangan realistik itu dibuat hampir sepenuhnya daripada batu..