Memaparkan catatan dengan label Info Bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Bolasepak. Papar semua catatan

29/08/13

, ,

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor untuk Piala Malaysia musim 2013. Dah nak start blik dah bookies dalam bola sepak Malaysia. Baru je liga tempatan kita nak naik, ada pula orang yang nak rosakkan macam era 90-an dulu. 

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor

Minta tolonglah jangan rosakkan lagi bolasepak di negara ini. Kepada pemain-pemain bola sepak di liga Malaysia, jangan terpedaya dengan bookies ini semua. Kaya dengan duit tu, tak pergi mana pun. Duit haram tu beb, nak sara keluarga. Jaga maruah bola sepak negara kita.

25/08/13

, , ,

Sejarah Penjaga Gol Terhebat Malaysia

Sempena kerancakan Paila Malaysia musim 2014 ini, aku ingin berkongsi sikit pasal penjaga gol legend Malaysia.

R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.


dengan team selangor



gelaran "spider-man" diberikan




Belakang: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.
Tengah: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, (?)
Depan: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh



PASUKAN KEBANGSAAN

R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan.






R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.







R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.





Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.

11/08/13

, ,

Hala Tuju Bolasepak Malaysia

Malaysia Vs Barcelona (1-3)
Wan Zack bergaduh dengan Fabregas.

Malaysia vs Barcelona (1-3) - Pasti ramai yang menantikan kedatangan Barcelona ke Malaysia. Kelab bolasepak yang mempunyai ramai bintang seperti Messi, Victor Valdes, Gerard Pique, Cesc Fabregas, Xavi, Andres Iniesta, Dani Alves dan bintang terbaru mereka Neymar. Namum sayang Messi tidak diturunkan malam tadi. Lionel Messi yang hanya berselipar sambil duduk di bangku simpanan Barcelona sepanjang perlawanan. Namum mungkin sudah cukup buat peminat Barca untuk melihat aksi Neymar.

Namum persoalannya kini, apakah hasilnya perlawanan persahabatan ini buat Malaysia. Apakah mutu bola sepak Malaysia akan lebih meningkat selepas ini? Jumlah gol tidak mengambarkan apa-apa bagi aku. Corak permainan dan penguasaan atas padang itu penting.

Malaysia Vs Barcelona (1-3)

Mungkin didada-dada akbar akan memuji Rajagopal, kerana pasukan Malaysia tidak bolos seperti pasukan Thailand. Apakah Malaysia sudah setaraf dengan Barca..hmmmm...kita kena realistik...ini cuma perlawanan persahabatan brader. Wartawan selalu sangat buat lawak. Ini wartawan mana punya kerja hah? Abang, tahulah perut kenyang penut lemang. Tapi buatlah artikel yang tepat. Mana kau belajar formasi 4-2-2 nie hah? puih!

Malaysia Vs Barcelona (1-3)

Namum aku bangga, sebab ada anak Melayu boleh menembusi gawang Barca. Syabas Amri Yahya. Dapat gelaran datuk kot lepas nie..hahahaha

Malaysia Vs Barcelona (1-3)

11/07/13

, ,

Iklan Kereta Pertama Di Dunia Tahun 1898


Pada tahun 1898, syarikat Winton Motor Carriage telah mengeluarkan iklan kereta pertama keluaran syarikat mereka yang berenjin serta bebas kuda di dalam Scientific American. Ia merupakan iklan yang pertama kali sepertinya disiarkan kepada umum. Robert Allison yang berasal daripada Port Carbon, Pennsylvania menjadi orang pertama yang membeli kereta keluaran Winton selepas melihat iklan kereta yang pertama di dunia itu.





4/02/13

, , ,

Krisis kewangan punca Nazmi Faiz pulang ke Malaysia


ISU kepulangan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor pasti menjadi tajuk utama media arus perdana untuk sekurang-kurangnya sebulan.Meskipun PKNS Selangor sudah mengesahkan kemasukan Nazmi bersama kelab Selangor itu, persoalan utama,.. iaitu mengapa dia mahu menamatkan kontrak dengan S-C Beira Mar, tidak dijawab ketika sidang media pada Sabtu.

Sehari sebelum sidang media itu, hampir kesemua media arus perdana melaporkan rasa kecewa pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad terhadap kepulangan mengejut Nazmi.Secara tidak langsung, ia mungkin menimbulkan prasangka kurang baik terhadap Nazmi.

Namun, sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan faktor sebenar mengapa permata muda bola sepak negara itu, mengambil keputusan untuk pulang dan menerima lamaran PKNS Selangor.S-C Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan dan ia mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro yang turut melanda Portugal selain Greece."Tiada siapa yang tahu, Nazmi hanya menerima 500 euro untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan keadaan itu amat menyulitkannya," kata sumber itu.


Nazmi juga dikatakan terpaksa keluar dari kediamannya dan menumpang di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mempunyai wang untuk membayar sewa.Difahamkan bapa Nazmi, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM mengenai kemungkinan membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A kendalian Kim Swee tidak lama sebelum ini.Bagaimanapun, FAM dikatakan sukar membayar yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan sekitar 50,000 euro dan ia mendorong Mansor, untuk berbincang dengan PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

Justeru, kesimpulan isu ini adalah mudah, iaitu PKNS sedia membayar yuran perpindahan dan Mansor mahu mengambil pendekatan terbaik demi menyelamatkan karier anaknya."Mansor risau dengan situasi anaknya di Portugal dan tidak mahu karier Nazmi terjejas hanya kerana Biera Mar menghadapi masalah kewangan."Kerana itu, dia mengambil keputusan membawa anaknya pulang s PKNS sebagai pasukan baru Nazmi."


Meskipun kembali ke saingan Liga M, sudah pun terdapat usaha membawa Nazmi kembali ke luar negara pada masa depan dan PKNS, turut menyuarakan kesedian melepaskannya jika mendapat peluang yang baik," kata sumber yang rapat dengan Nazmi itu.

Tindakan Mansor dan juga Guimareas mungkin tampak membelakangi FAM, tetapi ia adalah mengikut garis panduan sah FIFA dalam urusan jual beli pemain seperti yang dinyatakan ejen itu.Apa pun, diharapkan FAM selaku badan induk bola sepak negara bersikap telus dengan pengurusan PKNS dalam usaha kelab itu menurunkan Nazmi untuk saingan Liga Super.PKNS selaku pasukan baru Nazmi pula, wajar melepaskan pemain itu jika dia menerima tugasan bersama skuad kendalian Kim Swee selepas ini.Perkembangan ini memberi gambaran jelas,....bahawa Nazmi pulang bukan kerana masalah peribadi seperti digembar-gemburkan dan juga bukan kerana tawaran lumayan PKNS.

Presiden Kelab Bola Sepak PKNS Selangor, Noor Hisham Ghouth sebelum ini mengakui akan merujuk dengan FAM, kerana mahu segera menurunkan Nazmi untuk aksi Liga Super berdepan Felda United 16 Febuari depan.Kelab itu, melabel Nazmi sebagai pemain amatur bawah umur 21 tahun yang boleh segera didaftarkan dalam pasukan.Namun, FAM dijangka mempunyai hujah tersendiri untuk tidak segera memberi kelulusan buat Nazmi beraksi.


Terdapat kemungkinan besar, FAM tidak akan mengiktiraf Nazmi sebagai pemain amatur bawah 21 tahun kerana dia sudah mempunyai kontrak profesional bersama Beira-Mar.Jika ini berlaku, Nazmi akan hanya boleh diturunkan pada April, apabila pintu perpindahan kedua pemain Liga M dibuka dan pemain ini tidak akan beraksi dalam saingan kompetitif untuk tempoh dua bulan.

Justeru, di sini perlu ada tolak ansur dari semua pihak terbabit bagi memastikan karier Nazmi tidak terjejas selepas pulang ke tanahair.Harapan penulis ialah, Nazmi meraih pengalaman berharga dengan kepayahan yang dilalui di bumi Portugal dan terus berusha mengembangkan karier di luar negara selepas ini.

Jika Nazmi meraih peluang kedua ke Eropah selepas ini,..pemain dari Lembah Keramat ini pasti lebih matang untuk mengharungi kesukaran bergelar pemain profesional di benua itu.

2/02/13

, ,

Nazmi Faiz sudah bebas daripada Beira Mar


"Sekarang saya sudah bebas daripada Beira Mar, dakwaan yang mengatakan saya diberi enam bulan
untuk beraksi bersama Malaysia adalah tidak benar. Saya kini sah menjadi milik PKNS dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun. Jadi, saya akan buat terbaik dan akan membantu PKNS sekurang-kurangnya memperoleh satu trofi musim ini. Saya tidak menyesal. Ini keputusan terbaik" - Nazmi Faiz
, ,

7 pemain bola sepak tercantik

Bolasepak bukan hanya sekedar permainan kaum Adam saja, kaum Hawa pun ikut bermain dalam permainan ini. Berikut adalah 7 Pemain Bola Sepak Wanita Tercantik, para pemain sepakbola wanita yang mempunyai predikat seksi, yaitu :



1. Leslie Osborne



Leslie Osborne adalah pemain bertahan untuk kelab bola sepak wanita profesional BostonBreakers. Ia juga anggota pasukan AS.



2. Anouk Hoogendijk



Gadis pirang dan cantik tidak punya kemampuan apa-apa? Anouk Hoogendijk membuktikan Anda salah! Ia bermain untuk pasukan Belanda di usia 19 tahun dan kini, di usia 26 tahun, ia bermain untuk kelab Belanda, FC Utrecht.


3. Tina DiMartino



Tina DiMartino sangat istimewa. Saat kuliah di UCLA, ia satu-satunya anak tingkat pertama yang bermain di semua 26 pertandingan untuk Bruins, menjaringkan lima gol. Kreativitinya di lapangan sering dipuji dan ia juga dikenal sebagai penyerang terbaik di liga wanita kampus. Ia kini bermain untuk pasukan AS.


4. Jessica Landstrom



Anda boleh memanggil Jessica Landstrom sebagai Henrik Larsson-nya sepak bola wanita Sweden. Ia setinggi 1,8 meter, menjaringkan gol pertama untuk team Sweden di pertandingan pertama di usia 23 tahun, cantik dan berbakat!


5. Sylvia Arnold




Di usianya yang ke-21, Sylvia Arnold sudah punya pencapaian yang menakjubkan. Ia menjadi sebahagian pasukan Jerman U-20, dan membuat takjub di Piala Dunia U-20 tahun 2010 sehingga dipromosikan masuk timnas senior. Yang paling menyenangkan: ia punya saudara kembar, sama cantiknya, dan sama berbakatnya!


6. Amy Rodriguez



Sebelum Amy Rodriguez mendominasi liga profesional wanita internasional, ia masuk pasukan AS di usia 18 tahun. Amy dua kali menjadi pemain All-American dan Gatorade tahun ini di masa kuliahnya.


7. Rachel Unitt



Rachel Unitt sering disebut sebagai pemain bola Inggris paling top, dan mudah terlihat mengapa. Ia atlet Inggris yang cantik, berbakat, pernah jadi Nationwide International Player of the Year di FA Women’s Football Awards 2004, dan menang lagi di tahun 2006.

8/12/12

, , ,

Asal Usul nama 'Harimau Malaya'


Umum mengetahui harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara kite.Tapi, gua rase ramai yang belum mengetahui asal-usul name tersebut diperolehi. Sebenarnya, name tersebut adalah asalnya gelaran kepade seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi striker, Beliau adalah Dollah Don.



Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pade 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnye melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.


Dollah Don pada mulenye bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juge merupekan atlit olahraga yang berjaya, pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.




KEHEBATAN

keratan akhbar



PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang gua cari, Beliau sering menerime jemputan untuk bermain di sane.Pade tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnye die jatuh sakit dan tak dapat diturunkan. Lu orang pun tau kalau dah melibatkan penyokong Indon, confirm kecoh jadinye..

Keadaan stadium mase tu huru-hara dan penonton meminta pihak penganjur memulangkan duit tiket. Akhirnya penganjur akur.


HARIMAU MALAYA

Pade era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negare tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dolah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.



Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh mase pertame, Pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh mase kedue mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamekan kedudukan. Ketige-tige gol tersebut dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.




Sejak itu gelaran Harimau Malaya lekat kepade Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

4/01/12

, , , , ,

Nik Aziz Nasihat Apex Kahwin Cepat

Dengar tue Apek Tok Guru dah tegur...hehehe...apa yang dikatakan Tuan Guru ada betulnya, hidup akan lebih terurus an ada hala tujuan selepas berkahwin...lagipun semakin banyak gosip liar tentang Apek sekarang...diharap selepas kahwin dia akn lebih fokus dalam kerjaya dan terus maju...

Lagi satu jangan lupa, kita pakat-pakat vote Apek untuk Who should be the Asian Best XI goalkeeper for 2011?

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.

sumber:

1/01/12

, , ,

Logo Baru Liga Super 2012

Logo baru Liga Super dan Liga Primier
Logo Lama Liga Super dan Liga Primier

Liga Super dan Liga Premier dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk ‘Play’, yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media.

“Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu ‘Play’ (Bermain).

“Bentuk ‘Play’ telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo,” kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imejan piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud liga bola sepak terulung di negara ini.

Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga berkenaan.

Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak.

“Bentuk bola yang sedang bergerak direka untuk mewujudkan satu kisah tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bemula di sini. Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara,” kata kenyataan itu lagi.

MSL berkata jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.

Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.

Liga Premier akan bermula pada 9 Jan manakala Liga Super pula sehari kemudian.

P/s : Lagi cantik logo lama...he3

6/12/11

, , ,

Undian AFC CUP 2012 : Kelantan Dan Terengganu Sedia Berentap



Undian AFC CUP 2012 telah diadakan, dimana telah menempatkan Kelantan berada di kumpulan H bersama Ayeyawady (MYA), Arema Indonesia (IDN)dan Navibank Saigon (VIE). Manakala Terengganu pula diundi didalam kumpulan F bersama Kitchee (HKG), Song Lam Nghe An (VIE) dan Tampines Rovers (SIN).

Semoga kedua-dua pasukan akan mara ke pusingan seterusnya dan mengharumkan lagi nama negara diperingkat Asia. Dengan musim depan yang mana pasukan-pasukan malaysia yang bertanding sudah boleh mengambil permain import, diharap akan menguatkan lagi saingan mereka menempuhi setiap perlawanan. 




AFC Cup 2012 – Group Stage

Group A
Al Qadsia (KUW)
Al Ittihad (SYR)
Al Faisaly (JOR)
Al Suwaiq (OMN)

Group B
East Bengal (IND)
Kazma (KUW)
Arbil (IRQ)
Al Orouba (YEM)

Group C
Al Ahed (LIB)
ACL Playoff 1/2: loser (TBC)
Kuwait SC (KUW)
V.B. (MDV)

Group D
ACL Playoff West 1/2: loser (TBC)
Salgoacar (IND)
Knockout Cup winner (OMN)
Al Wehdat (JOR)

Group E
Al Shorta (SYR)
Al Safa (LIB)
Al Tilal (YEM) or Victory (MDV)
Al Zawraa (IRQ)

Group F
Kitchee (HKG)
Terengganu (MAS)
Song Lam Nghe An (VIE)
Tampines Rovers (SIN)

Group G
Yangon United (MYA)
Citizen (HKG)
Home United (SIN)
ACL Playoff East 1: loser (TBC)

Group H
Kelantan (MAS)
Ayeyawady (MYA)
Arema Indonesia (IDN)
Navibank Saigon (VIE)
, , ,

Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia


Adik Apek meninggal akibat demam panas
KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan dirinya baru saja reda, namun penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, sekali lagi berdepan dugaan besar apabila menerima berita sedih kematian adik lelakinya yang meninggal dunia akibat demam panas, semalam.
Mohd Amirul Izat, 16, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 11.30 pagi semalam selepas hampir 23 hari tidak sedarkan diri.
Allahyarham yang juga anak sulung kepada isteri kedua bapa penjaga gol kebangsaan itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 10 November lalu, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 15 November lalu.
Dia yang pada mulanya disyaki menghidap demam denggi, sekali lagi dirujuk ke HUSM sebelum disahkan meninggal dunia.
Che Mat Hussin, 58, berkata, anak sulung dari dua beradik hasil perkongsian dengan isteri keduanya, Hasnah Mahmood, 47, disemadikan di Tanah Pekuburan Islam Kampung Pohon Tanjung kira-kira satu kilometer dari rumah Hasnah di Kampung Pak Lah dekat Wakaf Mek Zainab di sini, semalam.
Katanya, arwah yang begitu rapat dengan abangnya (Khairul Fahmi) dirujuk ke HUSM dan menjalani pembedahan pada leher selain melalui prosedur memasukkan alat untuk mengeluarkan kuman yang dikatakan menyerang otaknya. Menurut Che Mat, kematian anaknya itu dimaklumkan kepada Khairul Fahmi yang ketika itu berada di Kuala Lumpur menjalani latihan rutin harian menghadapi Sukan Olimpik.
Ketika ahli keluarga Che Mat menuju ke tanah perkuburan, kenderaan dinaiki Khairul Fahmi tiba 10 minit kemudian dan penjaga gol kebangsaan itu sempat mengusung jenazah adik lelakinya diiringi ahli keluarga lain.
Sementara itu, Khairul Fahmi berkata, kali terakhir beliau bertemu adiknya sebelum Aidiladha lalu dan sempat beramah mesra dengan seluruh ahli keluarganya.
“Walaupun rapat, kami jarang bertemu kerana sibuk menjalani latihan dan saya hanya sempat memberikan baju sebagai hadiah hari raya,” katanya.

1/12/11

, , ,

Norshahrul Idlan Menang Anugerah Supermokh

Norshahrul Idlan Menang Anugerah Supermokh

PETALING JAYA, 30 Nov (Bernama) -- Penyerang berbisa pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak menyangka terpilih untuk memenangi dua anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011.

Norshahrul Idlan, 24, meraih Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Supermokh/Pemain Paling Bernilai yang pertama kali diperkenalkan sempena memperingati lagenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

Pemain kelahiran Besut, Terengganu itu menyifatkan Anugerah Supermokh merupakan kejayaan paling besar yang diterimanya pada tahun ini dan cukup bermakna buat dirinya.

"Saya kurang beraksi dalam skuad negara pada musim ini akibat kecederaan hamstring namun tidak sangka dipilih untuk menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.

Beliau berkata anugerah itu meniupkan semangat kepada dirinya untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada tahun depan.

Menjawab satu pertanyaan, Norshahrul Idlan berkata penyertaan pemain import dalam Liga Malaysia tidak akan menjejaskan prestasi beliau dan pemain tempatan yang lain tahun depan.

"Saya akan buktikan bahawa pemain tempatan adalah lebih baik daripada mereka (pemain import)," katanya.

Sementara itu bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang akan menyertai pasukan Selangor tahun depan memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik 2011.

Irfan Bakti berkata beliau rasa gembira kerana dipilih untuk menerima anugerah tersebut dan ia hasil kerja keras seluruh pasukan Terengganu.

"Ini kali pertama saya menerima anugerah seperti ini dan saya akan jadikannya sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih keras untuk membantu pasukan baru saya iaitu Selangor pada musim baru tahun depan," katanya.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011

Penjaga Gol Terbaik


Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Pertahanan Terbaik


Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)

Pemain Tengah Terbaik


Safiq Rahim (Selangor)

Penyerang Terbaik


Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Jurulatih Terbaik


Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)

Anugerah Supermokh untuk Pemain Paling Bernilai


Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Persatuan Negeri Terbaik


Persatuan Bola Sepak Selangor

Kelab Bola Sepak Terbaik

Kelab Bola Sepak Selangor PKNS