20/07/13

Filled Under: ,

Semangat

Semangat adalah nadi kehidupan kita. Tanpa semangat kita mati sebelum ajal. Hidup ini penuh dengan semangat. Mengapa orang tua dahulu, setiap kali ada majlis pasti tidak lupakan pulut semangat. Sematkan semangat dalam diri kita.

Tadi aku berbuka puasa atas kereta. Ambil berkat dengan doa. Minum dua tiga teguk air nescafe white coffee. Sambil layan stereng kereta. Sempat lagi potong dua bijik kereta sambil berbuka. Berdesup laju, masuk simpang kiri, aku singgah di Masjid Jamek Paka. Masih ada orang di bazar ramadhan Paka.

Orang-orang dekat masjid baru siap berbuka. Aku tak buang masa disitu. Terus ambil wuduk, dan terus solat jamak. Selepas salam dan doa. Aku terus beredar. Menuju rumah yang aku tinggalkan sejak pagi tadi.

Dalam bulan puasa ini sahaja sudah entah berapa kali aku pun tak ingat. Ulang alik sejauh 150km. Paling kurang seminggu dua kali. Entah berapa kali berbuka di pertengahan perjalanan. Balik rumah tidur sekejap dan bangun sahur. Esoknya perlu meredah 60 km lagi untuk mencari rezeki. Dalam masa sebulan lebih mileage kereta sudah cukup untuk di services.

Sejak tiga bulan ini. Hidup aku banyak dihabiskan di atas kereta. Setiap lopak dan lekuk jalanraya sudah ku hafal.