13/07/13

Filled Under: , , ,

Palestine

palestine & gaza
Perjuangan rakyat palestine.

Mungkin ramai yang sudah tahu ius pasal Palestine kan? Isu Zionis laknat yang menindas hak rakyat Palestine di bumi sendiri. Aku cuma ingin berkongsi serba sedikit info pasal Palestine ini.

Sempena ramadhan al-mubarak ini. Aku rasa ini adalah entry khas yang terbaik dibulan yang mulai ini. Bagi mengenangkan saudara kita yang tertindas di Palestine.


Sejarah Ringkas Palestine

Berkas:Flag of Palestine.svgBerkas:Coat of arms of Palestine.svg

Palestine (bahasa Arab: دولة فلسطين; bahasa Suryani: Palestine) adalah sebuah wilayah di Timur Tengah antara Laut Tengah dan Sungai Jordan.

Palestine terletak di titik strategik penting, kerana dianggap sebagai penghubung antara benua Asia dan Afrika, di samping sebagai pusat yang mempertemukan wilayah dunia Islam.

Nama klasik yang terkenal untuk sebutan negeri ini adalah “tanah Kan’an”, kerana kaum yang pertama kali bermukim di sini dalam sejarah adalah bangsa Kan’an.

Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Mandat British Palestin

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Fail:Palestinearab.jpg

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.


Genting Gaza

Fail:Gaza Strip map.png

Genting Gaza juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza (Bahasa Arab: قطاع غزة‎ Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, Bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Mediterranean yang ditadbir oleh Hamas

Ia bersempadankan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). 

Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin(atau orang Gaza).


Siapa HAMAS dan FATAH?

Fail:HamasLogo.jpg

Hamas (bahasa Arab: حماس, singkatan حركة المقاومة الاسلامية Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhanIslam Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihanraya itu, pemimpinnya,Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.


Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang Palestin, Sheikh Izz ad-Din al-Qassam

Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka "Students of Ayyash", "Students of the Engineer", atau "Unit Yahya Ayyash", bagi memperingati As-syahid Yahya Ayyash, yang merupakan pakar pembuat bom HAMAS yang terawal yang dibunuh oleh Rejim Israel-Zionis Laknatullah pada tahun 1996.


Fail:Fateh-logo.jpg


Fatah (B. Arab: فتح penaklukan) merupakan parti politik Palestin dan parti terbesar gabungan Pertubuhan Pembebasan Palestin. Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas berasal dari parti Fatah. Namun, Fatah tewas kepada Hamas dalam pilihanraya umum parlimen 2006.

"Fatah" merupakan singkatan songsang Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini (حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang bermaksud Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin. Parti ini ditubuhkan oleh bekas pemimpin penduduk Palestin, Yasser Arafat dan mempunyai askar militan. Abbas dan Fatah dilihat oleh pihak Barat sebagai pengaruh sederhana dalam lingkungan politik Palestin.


Masjid Al-Aqsa

Fail:Al aqsa moschee 2.jpg
Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh",

Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga(Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya.

Masjid ini ditadbir oleh pihak Wakaf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.



sumber ihsan : wikipedia