1) Peperangan Badar berlangsung pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah.
Peperangan ini turut dikenali sebagai Yaumul Furqan iaitu hari pemisah antara hak dan batil.
2) Pembebasan Kota Mekah atau Fathu Mekah yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah. Sebelumnya, Kota Mekah menjadi kota keagamaan bagi beberapa agama yang bersifat pagan, animisme dan tradisi masyarakat Quraisy. Sejarah pembebasan Kota Mekah menjadi kemuncak kepada kemenangan Islam khususnya kaum Mujahirin yang diusir oleh kaum kafir Quraisy. Pada bulan Ramadhan juga Khalid al-Walid seorang panglima Islam telah menghancurkan
patung al-Uzzah di Kota Mekah.
Patung al-Uzzah. |
3) Pada tahun 9 Hijrah, kaum Thaqif telah menyatakan pendirian secara jelas menerima Islam sebagai agama mereka di hadapan Rasulullah SAW dan memusnahkan sendiri berhala yang pernah mereka sembah sejak berzaman, iaitu al-Lata.
al-Lata |
4) Pada tahun 8 Hijrah, berlaku peperangan Tabuk dimana ia merupakan peperangan terakhir yang diikuti langsung oleh Rasulullah SAW.Peperangan berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
5) Pada 28 Ramadhan 92 Hijrah, tentera Islam dibawah pimpinan Thariq bin Ziyad telah Berjaya meyeberangi Selat Gibraltar atau Jabal Thariq untuk memasuki Andalusia (Sepanyol). Peristiwa tersebut menjadikan ia sesuatu yang amat besar dalam sejarah wilayah penguasaan Islam sehinggalah Islam berkembang pesat di Andalusia dan kini walaupun sudah berjaya dirampas kembali oleh tentera Kristian, kesannya masih besar sama ada dalam konteks sejarah mahupun peradaban.
Selat Gibraltar |
6) Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah, serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan, iaitu cucu Genghis Khan yang telah Berjaya dipatahkan oleh tentera Islam. Peperangan itu berlaku di Ain Jalut, sebuah kawasan yang berada di utara Palestin.
7) Pada 10 Ramadhan 1393 Hijrah atau 6 Oktober 1973, Perang Enam hari, Pernag Yom Kippor, kekuatan pertahanan Israel di Barley, Mesir dapat dihancurkan oleh tentera Islam. Ini menjadi titik tolak perjuangan yang amat besar dalam penembungan dan penyekatan pengaruh Yahudi dalam kancah memecahbelahkan kesatuan Negara-negara Islam di Arab dan Afrika Utara.
Perang Yom Kippor.
8) Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa bersejarah yang paling diingatkan oleh umat Islam ialah turunyan ayat al-Quran yang pertama, iaitu surah al-Iqra`. Surah ini menjadi tonggak utama hakikat kehidupan manusia, iaitu sentiasa mencari ilmu pengetahuan menerusi kebenaran, mengajarkan manusia dari kedudukan yang tidak mengetahui kepada lebih mengetahui.
ihsan www.citareka.com
9) Meskipun terdapat banyak perbezaan pendapat mengenai tarikh sebenar malam al-Qadr, iaitu malam yang dijanjikan Allah SWT kenikmatan melebihi seribu bulan, seluruh umat Islam percaya ia akan berlaku pada malam-malam selepas 20 hari Ramadhan bermula. Pada malam tersebut, ada ulama berpendapat ia akan menjelma pada malam yang ganjil. Ada sesetengah ulama mengatakan ia akan diselang-selikan setiap tahun antara malam genap dan malam ganjil.
10) Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan kebajikan dan yang teristimewa sekali dalam bulan ini adanya solat tarawikh. Solat tarawikh tidak boleh dilakukan pada bulan lain. Sebab itulah bagi umat Islam yang muslim dan beriman, tetap merasakan suatu kerugian yang besar sepanjang Ramadhan tidak dapat mengerjakan solat tarawikh atas pelbagai sebab.