25/07/13

Filled Under: , , ,

Alvin, Vivian akhirnya dibenar jamin



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan selepas mendengar hujahan peguam dan pihak pendakwaan, hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin membuat keputusan itu terhadap permohonan yang dikemukakan pasangan tersebut untuk diikat jamin minggu lepas.


Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan keputusan mahkamah sesyen, untuk menjalankan perbicaraan atas tiga tuduhan yang dihadapi mereka secara serentak.


Sebelum ini mereka terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing dipenjara Kajang dan penjara Sungai Buloh, apabila, hakim mahkamah sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin.


Pasangan kontroversi itu didakwa atas tiga tuduhan kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, mempamerkan gambar lucah minggu lepas.