10/07/13

Filled Under: , ,

Mitsubishi Lancer Generasi Ketujuh, Generasi Kelapan &Generasi Kesembilan

Mitsubishi Lancer Generasi Ketujuh


Kereta ini dihasilkan mulai tahun 1995 hingga tahun 2005, kereta ini meneruskan tradisi Mitsubishi Lancer sebelumnya yang mempunyai masa pengeluaran panjang.

Mitsubishi Lancer ini dikenali sebagai Lancer Evolution di seluruh dunia dan mempunyai nama Mitsubishi Signo di Venezuela. 

Aksinya di WRC (World Rally Championship) memang tidak diragukan. 

Dalam 10 tahun tersebut ada beberapa nama yang menjadi juara dunia dengan menunggangi Mitsubishi Lancer generasi ketujuh jenis sedan.

 


Kereta ini sebenarnya mempunyai kerangka yang hampir sama dengan generasi sebelumnya. 

Ada jenis coupe 2 pintu, sedan 4 pintu dan station wagon dengan 4 pintu. 

Mengenai sistem penggerak, Mitsubishi Lancer masih mempertahankan pilhan untuk penggerak dua roda depan dan penggerak empat roda. 

Ada tiga jenis pilihan mesin, yakni 1.5 L SOHC I4, 1.8 L SOHC I4, dan 1.8 L DOHC Turbo I4. 

Perbezaan dengan generasi sebelumnya adalah adanya transmission semi automatik yang dipasang dalam kereta. Pilihan transmisinya adalah 4-speed automatik, 4-speed semi-automatik, dan 5-speed manual.



Mitsubishi Lancer Generasi Kelapan

mitsubishi lancer 2006

Kereta ini mengikuti berjaya generasi sebelumnya, dihasilkan pada tahun 2006 hingga 2008. 

Bentuk kerangka dasarnya tidak banyak berubah, hampir sama dengan generasi sebelumnya yakni sedan 4 pintu dan station wagon 4 pintu. 
Kereta ini juga mempunyai nama lain, yakni Mitsubishi Lancer Classic di Rusia. 

Untuk pilihan enjin, ada banyak sekali alternatifnya, iaitu diantaranya 4G13 1.3 L SOHC I4, 4G18 1.6 L SOHC I4, 4G93 1.8 L DOHC I4, 4G93 1.8 L DOHC I4 GDI Turbo, 4G94 2.0 L SOHC I4I4, 4G63 2.0 L DOHC I4, dan juga 4G69 2.4 L SOHC MIVEC I4. 

Sedangkan untuk transmission terdiri dari 4-speed automatik, 4-speed semi-automatik, dan juga 5-speed manual.



Mitsubishi Lancer Generasi Kesembilan


Kereta ini pertama kali dihasilkan pada tahun 2007 dan masih terus dihasilkan hingga saat ini. 

Kereta ini mempunyai cukup banyak nama di pelbagai negara, diantaranya adalah Galant Fortis di Jepun, Lancer Fortis di Taiwan, Lancer EX di Thailand, Hongkong, Singapura dan Filipina, serta Lancer Serie R di Chile. 

Di dunia, kereta ini dikenal dengan nama Mitsubishi Lancer Evo 9 yang terkenal di lintasan WRC (Rally Dunia) dan juga Rally Dakkar.

 

Dan model yang terakhir yang terus menjadikan model Lancer ni salah satu kereta lagenda adalah Mitsubishi Lancer Evo 10