Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

0 Lukisan Berharga $44 Juta.




Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini gila. Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V" telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.


Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.


[Read More...]


0 Simptom Jangkitan "Kencing Tikus"



Simptom Jangkitan "Kencing Tikus"


Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah simptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat).

Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa simptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana simptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, sakit kepala yang teruk, sejuk, sakit otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia akan kelihatan selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada simptom pertama bagi haiwan antara 2 hingga 20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan akibat paling biasa disebabkan leptospirosis. Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan pembekuan dalam salur darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC).

Myocarditis, pericarditis, meningitis, dan uveitis juga turutan yang mungkin. Leptospirosis perlu disyaki dan dimasukkan sebagai sebahagian diagnosis pembezaan sekiranya mata putih bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.

Komplikasi Jangkitan "Kencing Tikus"


Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masalah pernafasan, azotemia, dan masalah buah pinggan (“renal interstitial tubular necrosis”), yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sungguhpun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). Masalah kardiovaskular juga mungkin.



Diagnosis


Apabila dijangkiti mikro-organism boleh dijumpai dalam darah pada 7 hingga 10 hari permulaan (memulakan tindak balas serologi yang boleh dikenal pasti) dan kemudiannya berpindah ke buah pinggang. Selepas 7 hingga 10 hari mikrorganism boleh dijumpai dalam kencing segar.

Selepas itu, usaha diagnostik awal termasuk menguji contoh serum atau darah dengan panel jenis berlainan. Ia juga mungkin bagi menternak mikroorganism dari darah, serum, kencing segar dan biopsy buah pinggang segar. Ujian fungsi buah pinggang (Nitrogen Urea Darah dan creatinine) termasuk juga bagi fungsi hati dijalankan. Yang terkemudian mendedahkan peningkatan sederhana transaminases.

Peningkatan sebentar aras aspartate aminotransferase (AST), alanine aminotransferase (ALT), dan gamma-glutamyltransferase (GGT) adalah agak serdahana. Aras ini mungkin normal , malah bagi kanak-kanak dengan jaundise.

Diagnosis perubatan bagi leptospirosis disahkan dengan ujian seperti Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) dan PCR. Ujian serologi, MAT (microscopic agglutination test), dianggap piwaian Emas bagi mendiagnosis leptospirosis. Oleh kerana satu panel besar leptospira berbeza perlu di sub-ternak dengan kerap, satu proses yang memakan masa dan mahal, ia jarang digunakan, terutama di negara membangun.

Daftar diagnosis pembezaan bagi leptospirosis adalah amat besar disebabkan simptom yang pelbagai. Bagi bentuk demam sederhana hingga amat teruk, daftar termasuk demam denggi dan demam hemorrhagik yang lain, hepatitis dari pelbagai etiologi, virus meningitis, demam malaria dan demam kepialu. Bentuk ringan boleh dibezakan daripada influenza dan bentuk lain penyakit oleh virus. Ujian khusus perlu bagi diagnosis tepat bagi leptospirosis.

Di bawah keadaan capaian terhad (contoh, negara membangun) kepada cara diagnostik khusus, perhatian perlu diberikan kepada anamnesis pesakit. Faktor seperti kawasan kediaman, hubungan dengan air bertakung tercemar (mandian, berenang, bekerja di ladang banjir, dll.) dan/atau sejarah perubatan tikus yang menyokong hipotesis leptospirosis dan bertindak sebagai petunjuk bagi ujian khusus (sekiranya ada).

Leptospira boleh diternak menggunakan perantaraan Ellinghausen-McCullough-Johnson-Harris, yang dieram pada 28 hingga 30 °C. Masa purata bagi positif adalah tiga minggu dengan maksimum tiga bulan. Ini menjadikan teknik kultur tidak berguna bagi tujuan diagnostik, tetapi biasa digunakan dalam penyelidikan.

Rawatan

Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam egen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis).

Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan pembawa asymptomatik.

Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan, atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur (contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam kes di mana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.


Sambungan daripada artikel sebelum ini : Apa itu "KENCING TIKUS"?
[Read More...]


0 Apa itu "KENCING TIKUS"?





Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia.

Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan “penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis”. Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.


Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March. 

Punca "Kencing Tikus"



Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira yang sekurang-kurangnya terdapat dalam 5 serovar kepentingan di Amerika Syarikat dan Kanada menyebabkan penyakit pada anjing (Icterohaemorrhagiae, Canicola, Pomona, Grippotyphosa, dan Bratislava).

Terdapat jangkitan jenis lain (yang jarang). Secara genetik organisma leptospira berlainan boleh dikenal pasti secara serologi dan sebaliknya. Dengan itu, pertelingkahan wujud berkenaan asas mengenal pasti jenis. Sistem serologi tradisi kelihatannya lebih berguna dari segi diagnostik dan epidemiologi pada masa ini (yang mungkin berubah dengan pembangunan lanjut dan perkembangan teknologi seperti PCR – polymerase chain reaction).


Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit.

Terdapat laporan “anjing rumah” dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah. Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi sama ada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan sederhana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.


Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bakteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku di kalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih (“whitewater”) adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bakteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, dan pekerja kumbahan. Pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut.



Ikuti sambungan artikel ini : Simptom Jangkitan "Kencing Tikus"
[Read More...]


0 Gambar Pramugari Pertama Di Dunia




Gambar Pramugari pertama di dunia. Ellen Church (1904 - 1965), Pramugari Pertama di Dunia Sejak Wright Bersaudara dalam lipatan sejarah "12 saat yang mengubah dunia" pada 17 Disember 1903 dengan menerbangkan pesawat terbang berenjin pertama, dunia penerbangan mulai berkembang pesat.

Pada awalnya, sehigga akhir Perang Dunia I, hanyalah pesawat tempur sahaja yang mula berkembang. Selepas itu pada dekad 1920-an, pesawat penerbangan awam mula diperkenalkan. yang dipelopori oleh William Boieng yang menubuhkan industri kapal terbang Boieng di Seattle, Amerika Syarikat pada 1916. Dan Anthony Fokker pula menubuhkan industri kapal terbang Fokker di Belanda pada 1919.

Namum, pada masa itu kapal terbang komersial berkembang agak perlahan. Salah satu alasan mengapa pengangkutan udara kurang popular adalah kerana ramai yang menganggap pengangkutan udara adalah berbahaya.

Jadi sebagai penarik perhatian orang ramai agar menggunakan pengangkutan udara adalah dengan menyakinkan bahawa pengangkutan udara adalah selamat. Salah seorang yang berjasa berjaya mengubah imej pengangkutan udara adalah Ellen Church.

Beliau dilahirkan di Cresco, Iowa, Amerika Syarikat pada 22 september 1904, Ellen Church adalah pada mulanya seorang jururawat yang menpunyai minat yang tinggi terhadap dunia pernerbangan dan juga bercita-cita menjadi pilot.

Sebenarnya Church memohon berkerja di Boieng Ait Transport (BAT) (yang kini ditukar menjadi United Airlines) sebagai juruterbang. Namum Steve Stimpson, seorang pegawai BAT menpunyai idea yang lebih baik, iaitu dengan meletakkan Church sebagai pramugari di dalam kapal terbang berdasarkan pengalamannya sebagai jururawat, yang bertugas untuk menenangkan penumpang yang takut. Meramalkan publisiti yang hebat yang akan terjadi dengan menempatkan jururawat sebagai pramugari, Stimpson menjual idea tersebut kepada atasannya.
[Read More...]


0 Misteri wajah di sebalik MASKED MAGICIAN



Ahli silap mata bertopeng yang paling dibenci oleh ahli silap mata yang lain. Kerana dia membongkar semua "helah" yang sering digunakan oleh semua ahli silap mata. Jom Layan.

Namanya Val Valentino . (lahir 14 Jun 1956), seorang ahli silap mata Bertopeng yang meraih kemasyhuran dengan membintangi empat program khas membongkar rahsia silap mata sihir di Rangkaian Fox, dengan menggunakan nama panggung Masked Magician.

Valentino dilamar oleh FOX, di Las Vegas. Setelah rundingan. Valentino menandatangani kontrak untuk melakukan penggambaran, dan berjanji bahawa ia hanya akan mendedahkan rahsia di balik ilusi tua. Namun, ketika program ditayangkan, ilusi banyak yang lebih baru juga terungkap. Hal ini mencetuskan kontroversi, kerana banyak ahli silap mata lain yang merasa kurang senang.

Valentino bukanlah seorang ahli silap mata yang handal, dia tidak pernah menciptakan silap mata yang baru.

Sekitar tahun 1996-1998, Val dikenali sebagai Masked Magician dan kemudiannya membintangi program tv magic biggest secret finally revealed? Tidak jelas apa yang menyebabkan dia untuk melakukannya, tapi Val "bersara" setelah empat tawaran khusus dan mendedahkan identitinya kepada awam.

Selepas bersara Val berhijrah ke luar negara, mula-mula di Brazil, dimana popularitnya mendadak naik. Masked Magician Mania berjaya meningkatkan rating program tv disana. Selepas itu dia berhijrah pula ke Jepun, dia diterima ramai di sana.


Inilah orang yang pertama mendedahkan siapa lelaki dibalik topeng misteri tersebut. Harry Anderson, seorang ahli silap mata juga.

Nah inilah wajah sebenar Val Valentino....



[Read More...]


0 Tips Lelaki : Kesan Duduk Atas Dompet



Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..



Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda
[Read More...]


0 Jurutera Malaysia reka "Vololights" selepas nyaris maut






KUALA LUMPUR - Kejadian yang hampir meragut nyawanya di San Diego, Amerika Syarikat, telah mendorong seorang jurutera kelahiran Malaysia untuk mencipta "Vololights," iaitu satu teknologi lampu brek terbaru yang mengujakan banyak pihak di Amerika Syarikat.

Berikutan kejadian itu Faizal Ali, 34, telah mereka bentuk sistem yang membolehkan lampu belakang menyala apabila motosikal diperlahankan sama ada melalui menurunkan tekanan pendikit atau menurunkan gear tanpa perlu menekan brek.

Dalam kejadian yang melibatkannya itu, pemandu satu kereta di belakangnya tidak perasan motosikal yang ditunggang Faizal sedang membuat pusingan, yang hampir melanggarnya.

Ini memberikan Faizal untuk mereka bentuk dan mempaten teknologi "Adaptive Perceptible Deceleration Indicator (APDI)", yang berbeza dengan sistem brek sedia ada, yang hanya menyalakan lampu belakang selepas ditekan brek.


Beliau telah bersama-sama mengasaskan Vectolabs LLC bersama-sama beberapa rakan jurutera yang lain, bagi mereka bentuk dan memasarkan sistem Vololights itu. Beliau juga melancarkan sistem itu di laman web mendapatkan sumbangan "kickstarter" pada 13 Mei, dan mendapat sambutan, yang termasuk dari Gizmag.com (satu majalah teknologi online), Cycleworld (majalah berbasikal) dan Autoevolution (satu majalah automotif).

Autoevolution, menyifatkan teknologi APDI itu sebagai "sangat hebat dan inovatif" sambil menggelarkannya "cahaya membrek yang selamat."

Bercakap kepada Bernama, Faizal, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vectolabs, berkata kemalangan akibat dilanggar dari belakang biasa berlaku semasa motosikal menekan brek untuk perlahan dan kerana saiznya yang kecil.


Sekali gus, APDI disifatkan oleh para jurutera direka bentuk untuk mengurangkan risiko kemalangan dilanggar dari belakang.

"Brek hari ini hanya menunjukkan pemandu sedang memperlahankan motosikal tetapi pada kadar apa kerana gangguan memandu semakin meningkat dan pada kelajuan 100 km sejam di lebuh raya, kelewatan satu saat boleh diterjemahkan kepada jarak enam buah kereta," kata Faizal, yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Rensselaer Institute di Troy, New York.


Vectolabs juga merancang memasarkan produk baharu itu dan mengembangkannya di Asia, yang banyak menggunakan skuter, moped dan motosikal kecil.- Bernama

[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors