19/07/13

Filled Under: , ,

Alvin Dan Vivian Didakwa



KUALA LUMPUR 18 Julai - Selepas memuat naik gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman Facebook minggu lalu, pasangan kontroversi Alvin dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".

Penerbitan itu adalah gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!)" yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mereka juga didakwa bersama-sama memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Bagi tuduhan itu mereka didakwa mengikit Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan ketiga mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam dan 2 pagi, 6 dan 7 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130718/ma_09/Alvin-dan-Vivian-didakwa-tiga-pertuduhan#ixzz2ZRqxfh7x