20/07/13

Filled Under: ,

Salah Sifat Mulut

Orang kita ada banyak perangai. Setiap orang ada struktur perangai mereka sendiri. Kadangkala ia buat kita suka. Kadang kala buat kita terasa pedih sakit hati. Bukan aku yang sensitif. Tapi bisa kata-kata itu membuatkan hati orang terluka. Tiadakah rasa bersalah di hati mereka ini.

Kerana mulut badan binasa, kerana mulut ramai terjun ke neraka. Tapi bukan hak aku pun untuk menentukan syurga atau neraka buat mereka ini. Tapi sendiri mau ingatlah, apa janji tuhan kepada mereka yang tidak menjaga mulut mereka.

Entah apa salah kita pada mereka ini. Tapi yang menjadi mereka adalah insan yang belum ada dosa, dirinya bersih suci dan sudah pasti di tempatkan di syurga nanti.

Apa dosa membuka keaiban orang. Lebih-lebih lagi si jenazah. Jenazah yang belum sekalipun menjamah dosa. Bagi aku itu satu penghinaan kepada si jenazah. Dapatkah kau minta maaf kepada si dia yang sudah tiada. Aku sebagai abi kepada jenazah ini pun belum sedia untuk memaafkan.