29/07/13

Filled Under: , , , ,

Kim Kardashian Bina Tandas Emas

Kim Kardashian dan Kanye West. orang banyak duit sampai tandas pun nak bikin guna emas. Menbazir je la dia orang nie. Kalau duit tu kasi dekat aku untuk modified kancil turbo aku kan best. Hahaha

Kim Kardashian Bina Tandas Emas


Kim Kardashian Bina Tandas Emas - APABILA tiba soal duit, Kim Kardashian dan Kanye West tidak akan berasa bimbang untuk membelanjakannya, biarpun ia melibatkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dilaporkan membelanjakan kira-kira $750,000 untuk membina tandas emas.

Kim Kardashian Bina Tandas Emas

Akhbar The Sun mendakwa, Kardashian dan West membelanjakan wang tersebut untuk tandas emas di rumah agam mereka di Bel Air, Califfornia.

Mereka juga dilaporkan menghabiskan sebanyak $444,000 untuk menghias enam katil khas manakala $325,000 pula dibelanjakan untuk peralatan di bahagian dapur.

Ini bukan kali pertama bintang realiti itu dan kekasihnya membelanjakan wang begitu sahaja, malah tahun lepas, Kardashian membelanjakan sebanyak $100,000 untuk membeli tandas pam sendiri.

Dia dilaporkan berbuat demikian kerana bimbang tetamu di rumahnya terlupa untuk mengepam tandas.

Nilai harta pasangan itu jika digabungkan berjumlah $140 juta.

Ternyata Kardashian memang seorang yang cerewet apabila ia melibatkan tandas, dan dia pernah mengkritik ibunya, Kris Jenner kerana mempunyai tandas dan bilik mandi berwarna hitam.

Ketika berkahwin dengan Kris Humphries pula, dia dilaporkan tidak senang duduk dengan tabiat Humphries kerana sering memercikkan air ketika menggosok gigi ke cermin.