Memaparkan catatan dengan label Melayu Boleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu Boleh. Papar semua catatan

1/08/13

, , ,

Melayu Boleh Berjaya Jika Tiada PHD

Orang Melayu boleh jadi maju seperti bangsa lain. Berkat usaha dan kecekalan yang ada, pasti orang Melayu boleh gapai kejayaan. Tapi ada juga orang melayu boleh cantas sesama sendiri sebab dengki tengok orang lain berjaya. Kalau beginilah sikap orang kita sampai bila-bila pun tahap kita tetap macam ini.

Melayu Boleh Berjaya Jika Tiada PHD


Bila sebut pasal cantas mencantas nie. Ia berasal daripada sifat perasaan hasad dengki (PHD) di dalam diri kita. Kita tak boleh duduk senang kalau tengok orang lain senang. Pasal apa? sebab kita dengki tengok orang lain lebih daripada kita. Orang baru nak maju dalam bisnes, kita sudah gelisah. Mulalah nak cari bomoh, kasi hancurkan bisnes orang tue. Jangan blog aku pun kena bomoh sudah la.

Kalau nak diceritakan bab dengki orang kita ni sehari suntuk pun tak habis. Macam mana la orang Melayu hendak berjaya. Sifat inilah yang harus kita ubah. Tetapi janganlah pula ia menjadi batu penghalang untuk orang Melayu terus berjaya. Jangan kita pedulikan sangat orang lain. Kita buat benda yang betul dengan ikhlas dan cekal. Pasti kita boleh berjaya.

Apa yang kita perlu ingat adalah rezeki datangnya daripada Allah. Jika dia sudah tetapkan rezeki kita segantang hari ini, maka banyak itulah rezeki kita. Jangan pula kita tak reti nak bersyukur. 

Teringat pula aku ada kata-kata Ustaz Ismail Kamus dekat paper tempoh hari. " Duit yang kita ada dalam kocek atau didalam bank, sebenarnya itu bukan duit kita, belum tentu jadi duit kita. Tetapi duit yang telah kita sedekahkan di jalan kebaikan itulah sebenarnya duit hak kita, akan dikira diakhirat sana."

26/07/13

, , , ,

Melayu Boleh Sertai Ratu Cantik? Part 2

Nampaknya aku terpaksa buat entry Melayu Boleh Serta Ratu Cantik? buat kali kedua. Aku tak faham mengapa orang Melayu boleh diberi kebenaran untuk sertai pertandingan ini selepas diharamkan pada 1996. Kenapa kita perlu mengalah? Sedangkan sudah jelas isu ini. Aku berharap pihak JAWI akan menentang isu ini dengan baik. Agar menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Jika tahun ini kita benarkan 4 orang. Mungkin tahun depan akan bertambah 8 orang pula. Jadi sebelum ia menjadi parah, lebih baik kita cantas terus dari sekarang. Jangan biarkan orang permainkan agam kita sesuka hati mereka.

Melayu Boleh Sertai Ratu Cantik?

Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding


PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.

FATWA

Pertandingan Ratu Cantik

Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan:**15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:**Keputusan:**Adalah*haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Keterangan/Hujah:**Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.*Status Penwartaan:**DiwartakanTarikh Diwartakan:**8 Feb, 1996Nombor Rujukan:**JAWI/A/145;PN.(PU2) 530Akta/Enakmen:**Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

25/07/13

, , , ,

Melayu Boleh Sertai Ratu Cantik?

Aku dah tak tahu nak kata apa, apabila ada orang Melayu boleh keluarkan kenyataan yang menpersoalkan fatwa. Dulu memanglah orang Melayu boleh sertai pertandingan ratu cantik. Tapi fatwa sudah keluar. Jadi orang melayu tak boleh sertai lagi. Ada faham!

gambar ihsan arkibnegara.blogspot.com

Seingat aku perserta melayu yang terakhir menang pertandingan ratu cantik ini adalah Era Fazira, pada tahun 1992. Namum selepas itu fatwa dikelaurkan yang mengharamkan penyertaan orang Melayu. Namum begitu tiba-tiab isu itu timbul kembali. 

Malah ada juga yang cuba menpertahankan agar Melayu boleh sertai pertandingan ini. Agaknya masih belum faham sebab apa ada fatwa yang mengharamkan penyertaan orang melayu islam di dalam pertandingan ini.

Kalau orang bukan Islam hina agama Islam, kita marah. Kali ini orang kita sendiri yang hina. Ada akal tak? Langsung tak reti nak hormat bulan paling mulai ini. Main belasah je ikut nafsu mereka. Rasa seronok sangat ke tayang tubuh badan untuk orang ramai?

24/07/13

, , , , , ,

Man City Iktiraf Bahasa Melayu


Manchester: Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City melancar laman web baru dengan tambahan 10 pilihan bahasa, termasuk bahasa Melayu untuk kemudahan peminat di luar negara.

Selain bahasa Melayu, pilihan bahasa lain ditawarkan ialah Sepanyol, Perancis, Portugis, Russia, Jepun, Korea, Cina Tradisional (Hong Kong), Thai dan Indonesia. Ia menambah laman web yang sedia ada dalam bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.



Projek di bawah GLOBAL City itu adalah untuk memenuhi kehendak peminat yang makin bertambah di luar United Kingdom terutama sejak City memenangi Piala FA tahun 2012. 

“Populariti City dan kumpulan peminat global berkembang dengan kadar yang pesat. Kami ingin berbicara dengan peminat dalam bahasa ibunda mereka sendiri, dan menjadikan mereka lebih dekat dengan kelab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Manchester City Malaysia, Zoul Bake berkata: “Peminat Manchester City di Malaysia menyambut baik pelancaran web rasmi City dalam bahasa Melayu. Ia memudahkan peminat City yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk mendapatkan berita terkini mengenai kelab dalam bahasa Melayu. 



Malaysia sasaran penting

“Dalam masa yang sama ia juga menunjukkan pengiktirafan Kelab terhadap bahasa Melayu. Ia juga hadiah kepada peminat yang bertutur dalam bahasa tersebut yang sudah menyokong kuat kelab selama ini.”

Rantau Asia termasuk Malaysia antara sasaran penting bagi City untuk memperluaskan populariti mereka. Malaysia sudah dimasukkan dalam jadual siri Jelajah City 2012, dan perlawanan persahabatan diadakan dengan pasukan Malaysia XI dengan City menang 3-1. Laman Web Manchester City dalam bahasa Melayu boleh dilawati di http://www.mcfc.com.my

26/06/13

, , , , ,

Video Rare - Dokumentari Orang Melayu Zaman 1930-an

BEYOND BENGAL (dokumentari+movie yang merakamkan suasana orang Melayu pada tahun 1930-an)


Video ini memperlihatkan zaman itu keadaan hutan di negara kita ibarat wildlife di Afrika sekarang. Kawanan gajah bergerak macam di padang ragut afrika. Sungai perak yang penuh dengan buaya ganas. Dan hebatnya orang Melayu boleh berhadapan dengan binatang liar.


Hebatnya orang Melayu Perak zaman dulu-dulu berdepan dengan haiwan buas. Berdepan dengan harimau, lawan dengan binatang-binatang liar. Lawan dengan buaya guna lembing sahaja. Halau kawanan gajah dengan perahu panjang. Bukan senang dapat tengok dokumentari berlatarbelakang Tanah Melayu zaman 30-an.

16/06/13

, ,

Bersih v1.2 : Melayu Boleh

Kempen Bersih v1.2 : Melayu Boleh

melayu boleh

'Melayu Boleh' sudah lama tercemar dengan gejala negatif tanpa ada pembelaan daripada rumpun bangsa dia sendiri. Namum mahu atau tidak kita perlu banteras perkara ini agar Melayu boleh bernafas dengan elemen positif selepas ini.

Walaupun ia dilihat perkara yang kecil, sekadar dua patah perkataan 'Melayu Boleh'. Namum cuba kita fikir jika anak-anak kita yang taip dua patah kata 'Melayu Boleh' di internet. Dan terpapar segala macam anasir maksiat untuk dipertontonkan kepada anak kita. Di situlah yang kita mahu banteras. Kita tidka mahu unsur negatif ini sampai kepada generasi kita.

Apatah lagi jika tidak kita banteras hari ini, ia akan berteruskan kekal di google sehingga ke generasi akan datang selagi masih ada internet ini. Selagi itu nama Melayu boleh akan terus busuk.

Jadi marilah ikut serta Contest SEO Melayu Boleh 2013 ini.
, ,

Melayu Boleh

Melayu Boleh - Siapa bilang tiada anak Melayu boleh berlakon di Hollywood ? Tahukah anda adanya seorang pelakon Melayu boleh berlakon di Hollywood suatu ketika dulu? Beliau telah buktikan anak Melayu boleh menambat hati orang putih untuk berlakon dalam filem Hollywood dengan bakat yang ada, tak perlu bermodalkan paras rupa yang lawa atau kacak. Beliau adalah Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan.
melayu boleh
Melayu Boleh.

Anak Melayu Boleh Berlakon Di Hollywood.

Pasti kita sudah cukup biasa dengan lawak jenakanya semenjak dari filem pertamanya iaitu Panggilan Pulau (1954) sehinggalah ke filem terakhir beliau, XX-Ray (1992). Beliau merupakan salah seorang lagenda perfileman Melayu boleh dibanggakan. Antara babak yang aku paling ingat lakonan Ibrahim Pendek ialah babak dia melakonkan watak sarjan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

melayu boleh
Ibrahim Hassan Pendek.
Jika mereka bersandarkan kepada bakat dan usaha yang gigih. Tidak mustahil ada anak Melayu boleh melakukannya sekali lagi seperti Ibrahim Pendek capai pada era tahun 60-an dahulu. Cuma usaha harus dilakukan agar bakat pelakon Melayu boleh digilap dan diketengahkan lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

melayu boleh
Lakonan Ibrahim Pendek di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Jika sebelum ini ada penyanyi Melayu boleh menang di pertandingan nyanyian di peringkat Asia. Itu membuktikan bahwa anak Melayu sememangnya boleh. Cuma mungkin pendedahannya yang kurang untuk dunia lakonan. Dari sini kita perlu melihat dari mana silapnya, samaada daripada pembuat filem atau pelakon filem atau pengarah filem.

Kita boleh lihat cuma berapa kerat filem Melayu boleh dibawa ke peringkat antarabangsa, untuk festival filem. Itupun apabila masuk pasaran negara sendiri, tidak mendapat sambutan. Padahal ada sahaja filem Melayu yang berkualiti. Tetapi dipandang sepi oleh masyarakat Melayu sendiri. Hari ini orang Melayu boleh nilaikan sendiri dalam banyak-banyak filem yang ditayangkan setiap tahun, dan berapa pula bilangan filem Melayu boleh dianggap filem yang berkualiti.

Melayu Boleh : Kisah Kejayaan Ibrahim Pendek

melayu boleh
Universal International.

Ibrahim Pendek telah dilamar oleh pihak Universal International untuk berlakon sebagai watak seorang pembantu doktor di dalam sebuah filem Hollywood. Sebenarnya pihak Universal International telah tertarik dengan lakonan beliau di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, sewaktu mereka mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas.

Pada 18 Ogos 1961, Ibrahim Pendek telah berangkat ke Hollywood, Amerika, mengikut kontrak beliau dibayar sebanyak USD 35 sehari. Pada ketika itu beliau telah berumur 37 tahun. Sekaligus menjadi anak Melayu boleh berlakon di Hollywood buat julung-julung kalinya di dalam lipatan sejarah perfileman Melayu. Kehebatan beliau seharusnya menjadi inpirasi pelakon Melayu hari ini agar anak Melayu boleh dikenali ramai dengan bakat lakonan yang bermutu sama seperti pelakon lagenda ini.

melayu boleh
Lakonan Ibrahim Pendek di Hollywood.

Ibrahim Pendek telah berlakon bersama Rock Hudson, Gene Rowlands dan Burt Ives di dalam filem The Spiral Road (1962). Namum begitu dalam usahanya untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya di Hollywood terhenti selepas visa beliau tidak diluluskan oleh pihak pemerintah di sana. Ketika itu beliau sudah mendapat tawaran dari pihak Hollywood untuk terus berlakon di dalam filem-filem terbitan mereka seterusnya.

Ibrahim Pendek telah buktikan anak Melayu Boleh beraksi diperingkat antarabangsa, berbekalkan bakat semulajadi yang ada. Ini ada sedikit sedutan video filem lakonan beliau di Hollywood bersama Rock Hudson.


Anak Melayu boleh berbangga dengan percapaian Ibrahim Pendek ini. Bukan calang-calang orang mendapat peluang seperti beliau dapat. Pelakon atau artis Melayu boleh jadikan beliau sebagai penanda aras di dalam karier mereka. Kerana bukan senang untuk pelakon Melayu boleh berlakon di Hollywood.

Melayu Boleh : Sejarah Hidup Ibrahim Pendek.



melayu boleh
Biodata Ibrahim Pendek.

Nama asalnya adalah Ibrahim Bin Hassan, anak kelahiran Taiping, Perak ini di lahirkan pada 1932. Beliau memiliki tubuh fizikal yang kerdil dimana ketinggian beliau hanya 130cm. Mungkin kekurangannya it menjadi kelebihan buat dirinya. Beliau memulakan dunia lakonan pada era tahun 50-an.

Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan isteri pertamanya Che Hasnah Mohd Amin dan isteri kedua Asiah Osman. Dan di kurniakan seramai 7 orang anak. Salah seorang anaknya cuba mengikut langkah bapanya iaitu Tamrin Ibrahim Pendek.

Pada usianya 71 tahun, pada 25 Disember 2003, beliau telah kembali ke Rahmatullah. Beliau mengidap penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas. Perginya seorang lagenda , jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.


Mungkinkah ada anak Melayu boleh jadi penganti sama seperti beliau selepas ini.


Pesanan Penaja:
ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
, , ,

Contest SEO Melayu Boleh 2013



Jujur aku katakan ini adalah buat julung-julung kalinya aku menyertai kontest SEO. Sebab sebelum ini aku kurang arif berkenaan SEO dan juga aku kesuntukkan masa untu menyertai kontest SEO. Namum berkenaan kontest yang aku sertai ini, aku tertarik kerana selain daripada kontest ia juga ada niat murni. Untuk menyahkan perkara-perkara negatif daripada keyword 'Melayu Boleh'.

Ya, kita semua pengguna internet, yang bermahzabkan google search pasti sudah tahu. Bahan yang di bawa dari keyword 'Melayu Boleh' ini. Jadi inilah masanya untuk kita semua blogger Melayu membuat kerja sukarelawan, mungkin. Dengan membersihkan prasa kata 'Melayu Boleh' untuk generasi akan datang.

Jom pakat ramai-ramai sertai kontest SEO ini.



Syarat-Syarat PENYERTAAN :

Warganegara Malaysia
Blogger Blogspot/Wordpress/Joomla dan semua jenis medium Penulisan
Tulis Satu ENTRI dengan Keyword "Melayu Boleh"
Entri hendaklah tiada unsur-unsur perkauman, politik, lucah dan perkara seumpama
Entri tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek
Hendaklah ditulis dalam BAHASA MELAYU/INGGERIS (ikut kesesuaian)
Buat dengan kreatif dan bercirikan SEO.
Jangan meniru entri orang lain.
PENAJA DILARANG KERAS MENYERTAI CONTEST INI
TEKAN NI ENTRI CONTOH : {KLIK SINI}LIKE PAGE BERITAKAKI ONLINE - {Like Page}
*Syarat akan berubah dari masa kesemasa

Tarikh SUBMIT ENTRI :

Tarikh untuk menghantar ENTRI anda ialah pada 12 Jun - 12 Julai (1 Bulan). Contest ini akan berlangsung selama 2 bulan iaitu sehingga 12 August. Peserta yang hantar lebih dari tarikh ditetapkan (13 Julai - 12:01am) akan dibatalkan.



Untuk maklumat lanjut sila klik sini: http://beritakaki.blogspot.com/2013/06/contest-seo-melayu-boleh-bermula.html#ixzz2WKyVx5z6