2/12/16

Filled Under:

Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah skim jawatan dalam kumpulan Pelaksana yang berkhidmat dalam  Jabatan Perkhidmatan Awam.

Secara umumnya tugas bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir adalah seperti menjalan kerja-kerja pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personal, mengurus pentadbiran pejabat, menguruskan majlis rasmi, menjalankan urusan Konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

Gaji Penolong Pegawai Tadbir N29

Gaji Minimum : RM 1,493.00
Gaji Maksimum : RM 5.672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Berikut pula adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka yang berminat ingin memohon jawatan ini.

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29


Tadi saya sudah jelaskan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 (PPT) secara umum, kini kita akan melihat dalam antara skop tugas  PPT dengan lebih dekat.


Dalam Bidang Pengurusan


  • Bertindak sebagai pegawai penyelia didalam jabatan atau organisasi.
  • Bertanggungjawab dalam menyelesaikan segala permasalahan dan membuat keputusan berkaitan pentadbiran jabatan.
  • Menjalankan tugas/projek/ dalam satu-satu jabatan termasuk juga dalam pengurusan kakitangan.


Pentadbiran Pejabat


  • Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  • Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  • Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat
  • Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  • Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  • Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan


Hal Ehwal Kewangan


  • Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  • Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  • Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  • Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dan lain-lain.