Memaparkan catatan dengan label Info Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Filem. Papar semua catatan

30/08/13

,

Facebook Syamsul Yusof Kena Hack

Apalah malang nasib menimpa pengarah filem muda kita nie. Lepas satu-satu ditimpa masalah. Semalam sudah kecoh pasal filem KL Gangster 2 dibocorkan di internet. Lepas tu akaun facebook Syamsul Yusof pula kena hack. Ada orang nak sabotaj dia ni, filem KL Gangster 2 memang dijangka akan pecah panggung tahun ini.

Facebook Syamsul Yusof Kena Hack

Ini pula komen daripada Datuk Yusof Haslam pasal KL Gangster 2 Bocor.

KUALA LUMPUR - "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...alang-1.196825

29/08/13

,

KL Gangster 2 Dah Boleh Di Download | Syamsul Yusof Mengamuk

Shamsul Yusof Mengamuk

Filem KL Gangster 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada Oktober ini, namum filem itu sudah bocor dan sudah boleh di download di internet. Filem yang paling dinantikan rakyat Malaysia ini dijangkakan akan pecah panggung, buat kutipan juta-juta. Mungkin ada unsur sabotaj kot.

Shamsul sebagai pengarah filem ini sudha memberi amaran kepada sesiapa yang mengedarkan atau memuaturun filem ini akan mengambil tindakan keras kepada mereka.


5/08/13

, , , ,

KL Gangster 2 | Official Trailer

KL Gangster 2

KL Gangster 2 - Filem lambat lagi keluar, bulan oktober nanti baru ada dekat panggung. Jadi kita layan trailer dulu, kasi lu orang panas sikit. Antara pelakon kali ini adalah Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri




Video Trailer KL Gangster 2


Di Sebalik tabir KL Gangster 2


Jom kita baca sinopsis filem ini. Korang jangan salah faham ini filem prekuel bukan sekuel.

Sinopsis KL Gangster 2

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu

Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa

Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram

Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong

Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat

Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek

Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri

Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong

Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

8/11/12

,

2.7 juta tonton filem Osama


Babak dalam filem pembunuhan Osama.

WASHINGTON - Tayangan perdana filem aksi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden oleh sekumpulan Komando Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu, berjaya mencatat 2.7 juta penonton.

National Geographic Channel melaporkan, filem Seal Team Six:The Raid on Osama bin Laden pernah mencetuskan kontroversi apabila pihak penerbit ingin melakukan tayangan perdana itu dua hari sebelum pemilihan Presiden AS.

Filem berdurasi 90 minit tersebut ditaja oleh jutawan Hollywood, Harvey Weinstein yang juga penyalur utama dana kepada bekas Presiden Barack Obama.

Sementara itu, jutawan media, Rupert Murdoch mengakui, filem tersebut adalah siaran terbaik untuk tahun ini.

"Filem ini adalah filem keenam mencatat rating tertinggi dalam sejarah penyiaran di AS," katanya.

Menurutnya, penayangan filem ini memberi impak terhadap politik di AS. - AFP


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global...osama-1.101683

3/11/12

, ,

Info : Hollywood VS Bollywood

5 Perkara pasal filem Hollywood :-


1. Orang China tidak ada kerja lain selain berkung fu.
2. Lebih daripada 50% populasi Amerika adalah agen FBI/CIA, menbuat kerja-kerja penyamaran.
3. Matlamat utama sistem disekolah di Amerika adalah untuk promosikan Basketball/ Baseball.
4. Aliens atau mahkluk asing begitu berminat untuk menyerang Amerika.
5. Di Amerika anda boleh jumpai pelbagai mahkluk mistik seperti Werewolves dan Vampaire serta Zombie.


5 Perkara pasal filem Bollywood :-


1. Sekurang-kurangnya salah seorang kembar seiras akan dilahirkan jadi jahat.
2. Ketika mematikan bom. Tak perlu risau wayar mana yang di potong...anda "akan selalu pilih wayar yang betul".
3. Hero tak akan rasa sakit ketika bergaduh dan ditumbuk penjahat...tetapi akan mula merasa sakit apabila ketika Heroin sedang sapu ubat pada luka.
4. Seorang detektif hanya akan dapat selesaikan kes jenayah...apabila dia digantung daripada bertugas.
5. Apabila anda menari di jalanan...tidak perlu risau akan ada orang yang akan menari mengikut step tarian anda.

25/10/12

, , ,

Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

Siapa tidak kenal dengan Datuk Yusof Haslam. Salah seorang pengarah dan pelakon otai. Filem arahannya pernah meletup Box Office. Komen beliau terhadap filem sekrang yang kurang berkualiti ada benarnya. Bagaikan menjadi trend kebanyakkan filem hari ini berkaitan hantu, mat rempit dan gangster. Sudah kehabisan idea kah para penerbit filem di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu terus berkembang, mencuba pelbagai genre filem lagi. Para penonton pon sudah naik muak asyik dengan jalan cerita yang lebih kurang sama dan dengan lakonan pelaokn yang ala-ala je. Nampak gaya jikalau keadaan in berterusan, filem Malaysia akan jatuh kembali.



Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Namum harus diingat, Datuk Yusof Haslam. Filem yang pernah beliau arahkan pon bukannya berkualiti sangat. Aku paling menyampah dengan skrip yang di buat didalam setiap filemnya. Dan didalam setiap filem pasti akan ada babak dekat disko, babak pasal anak orang kaya dengan kereta atau motor besar dan paling tak boleh blah mesti ada polis...hahaha..mintak maaf nyer

10/12/11

, , , , , ,

10 Kematian Paling Tragis Dalam Pembikinan Filem

10 Kematian Paling Tragis Dalam Pembikinan Filem

10. Twilight Zone


Terkorban: Vic Morrow dan aktor cilik Myca Dinh Le (umur 7 th) dan Renee Shin-Yi Chen (umur 6 th)

Dalam segmen filem yang diarahkan oleh John Landis pada 23 Julai, 1982, pelakon Vic Morrow dan pelakon Myca Dinh Le kanak-kanak (umur 7) juga Renee Shin-Yi Chen (umur 6) meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter yang digunakan. Helikopter yang telah di ketinggian hanya 25 kaki (8 meter), terlalu rendah untuk mengelakkan letupan yang digunakan dalam pembuatan letupan.
Kemalangan ini membawa kepada pengharaman ke atas dunia filem untuk mengharamkan Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berbahaya pada filem.




9. Top Gun
Terkorban: Art Scholl

Juruterbang aerobatic yang terkenal, Art Scholl, direkrut untuk melakukan penerbangan dalam scene filem untuk menghasilkan imej yang sempurna untuk filem tersebut. Art Scholl dalam skripnya diminta untuk melakukan spin flat, tetapi Scholl tidak dapat mengawal dan akhirnya pesawat yang diterbangkannya jatuh ke Lautan Pasifik, di selatan pantai California. Punca kemalangan masih tidak diketahui. Top Gun didedikasi untuk mengingati Art Scholl



8. The Return of the Musketeers
Terkorban: Roy Kinnear

Pada 20 September 1988, Madrid, Spanyol, aktor Roy Kinnear telah patah tulang pinggangnya setelah jatuh dari kuda lalu dia tak dapat di selamatkan.



7. The Flight of the Phoenix
Terkorban: Paul Mantz


Dalam produksi filem, 1965, Paul Mantz tidak menggunakan stunt untuk menerbangkan pesawat untuk hasil filem yang maksimum, tetapi dia melakukan kesalahan pada masa manuver take-off.



6. Jumper
Terkorban: David Ritchie

Untuk membuat adegan yang ditetapkan dalam satu Samuel Jackson, dengan menggunakan campuran pasir, tanah dan ais. Krew produksi, David Ritchie ditimpa pasirbeku dan tanah yang ingin di punggah ke salah satu set outdoor, dimana cuaca ketika itu masih lagi dingin.



5. X*X 
Terkorban: Harry L O’connor

Dalam satu lagak ngeri, Van Diesel perlu melakukan parasailing, tetapi nahas apabila ia melanggar sebuah jambatan.



4. The Final Season
Terkorban: Roland Schlotzhauer

Jurukamera terkenal yang selalu mengambil gambar berkualiti dari helikopter, nahas pada oktober 2007, dimana helikopter yg digunakan untuk mengambil gambar di filem ini telah terjatuh.



3. Troy

Terkorban: George Camilleri

Stuntman, Brad Pitt patah kaki pada ketika adegan pengambaran, dan tidak dapat diselamtakan lagi apabila dibawa ke Hospital, kerana darah beku pada luka tersebut.


2. The Crow
Terkorban: Brandon Lee (anak Bruce Lee)

Pada tarikh 31 Mac 1993 di North Carolina studios, Wilmington NC. Pada baki 8 hari untuk menyelesaikan filem tersebut, ada satu set dimana Lee (Eric Draven) menyaksikan tunangnya akan diperkosa oleh Michael Masse. Di dalam set itu Michal Masse menembak Eric Draven dan senjatanya berisi dengan peluru sebenar.



1. Enter the Dragon
 
Terkorban: Bruce Lee

Bruce Lee meninggal bukan kerana pembengkakan otak, tapi Penyusutan OTAK. Kerana pada saat autopsi otaknya di dapati menyusut 100cc, penyebab kematiannya di putuskan kerana keletihan. Para Martial Artist berpendapat hal tersebut terjadi kerana tubuh yang paksa melebihi hadnya, Contohnya begini: misalnya anda mengangkat beban, di titik tertentu anda akan merasa sangat-sanagt tidak berdaya utk melakukan angkatan tapi anda paksa sampai tubuh dan kepala anda bergetar, perkara inilah yang tidak elok. Bruce Lee melakukan ini setiap hari dan hampir setiap saat di mana dia tidak bekerja maka dia akan berlatih.

Ketika kematiannya atau lebih tepat iaitu setelah dia menyelesaikan pengambaran babak aksi untuk filem GAME OF DEATH yang mana merupakan filem terakhirnya. Bukan ENTER THE DRAGON. Sehinggakan ada rakan Bruce yang berkata jangan gunakan perkataan "DEATH" pada tajuk filem-filem Warner Bros.
 

Tambahan pula, filem GAME OF DEATH adalah satu satunya filem yang menggunakan mayat sebenar untuk scene kematian di mana watak utama akhirnya meninggal di penghujung cerita. Didalam adegan itu menunjukkan pengebumian Bruce Lee dan kelihatan mayat Bruce Lee yang sudah di balsem dan dimasukkan kedalam keranda yang disaksikan seluruh Hong Kong.



8/03/11

,

Hikayat Merong Mahawangsa ( Trailer )


Berdasarkan longgar dalam dokumen sejarah abad ke-16 berjudul 'Sejarah Melayu', 'The Chronicles of Merong Mahawangsa' sebuah epik penuh aksi ciri-ciri filem, dengan watak mitos, saat-saat magis dan kesan visual yang memukau urutan.Merong Mahawangsa adalah keturunan dari Alexander Agung, seorang kapten angkatan laut terkenal dan pelancong yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. 

20/02/11

,

Ali Baba Bujang Lapok : Gambar & Dialog

Memperkenalkan Sarimah

"Lelong, lelong! Ada seorang perempuan gadis.. dari Damsyik. Kulitnya halus, rupanya cantik. Umurnya 18 tahun" - Tukang lelong

2/01/11

,

The Tourist 2011

29/12/10

,

HOT : Latest Korean Drama

The Queen Returns

26/12/10

,

NEW : Fast And Furious 5 [2011] Trailer

21/12/10

, , , , , ,

Filem: Kongsi kecek baso klate ( cakap bahasa kelantan )