30/08/13

,

Facebook Syamsul Yusof Kena Hack

Apalah malang nasib menimpa pengarah filem muda kita nie. Lepas satu-satu ditimpa masalah. Semalam sudah kecoh pasal filem KL Gangster 2 dibocorkan di internet. Lepas tu akaun facebook Syamsul Yusof pula kena hack. Ada orang nak sabotaj dia ni, filem KL Gangster 2 memang dijangka akan pecah panggung tahun ini.

Facebook Syamsul Yusof Kena Hack

Ini pula komen daripada Datuk Yusof Haslam pasal KL Gangster 2 Bocor.

KUALA LUMPUR - "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...alang-1.196825

29/08/13

, ,

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor untuk Piala Malaysia musim 2013. Dah nak start blik dah bookies dalam bola sepak Malaysia. Baru je liga tempatan kita nak naik, ada pula orang yang nak rosakkan macam era 90-an dulu. 

Tiket bookie Sime Darby vs Selangor

Minta tolonglah jangan rosakkan lagi bolasepak di negara ini. Kepada pemain-pemain bola sepak di liga Malaysia, jangan terpedaya dengan bookies ini semua. Kaya dengan duit tu, tak pergi mana pun. Duit haram tu beb, nak sara keluarga. Jaga maruah bola sepak negara kita.

,

KL Gangster 2 Dah Boleh Di Download | Syamsul Yusof Mengamuk

Shamsul Yusof Mengamuk

Filem KL Gangster 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada Oktober ini, namum filem itu sudah bocor dan sudah boleh di download di internet. Filem yang paling dinantikan rakyat Malaysia ini dijangkakan akan pecah panggung, buat kutipan juta-juta. Mungkin ada unsur sabotaj kot.

Shamsul sebagai pengarah filem ini sudha memberi amaran kepada sesiapa yang mengedarkan atau memuaturun filem ini akan mengambil tindakan keras kepada mereka.


28/08/13

, , , ,

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

Apa yang tersembunyi di bawah kota New York, Amerika Syarikat. Mari kita korek rahsia di bawah perut bumi New York. Terletak di kawasan lower Manhattan financial district, New York. Sebuah gedung dibina di antara jalan Nassau dan jalan Hayden. Namum bangunan ini dikawal rapi, siap ada anggota keselamatan bersenjata mengawal tempat ini. Disinilah terletaknya New York Federal Reserve Bank.

Rahsia Di Bawah Kota New York

Dibawah bagunan ini, dengan kedalaman 15m dari permukaan tanah. Tersimpannya EMAS, yang merupakan simapanan hampir seluruh negara di dunia. Orang awam dibenarkan melawat tempat ini, tetapi dengan syarat yang ketat dan sudah booking dalam 1-3 bulan sebelum lawatan.

Rahsia Di Bawah Kota New York

Sekitar tahun 1950-1980, sebahagian cadangan emas Amerika Syarikat dipindahkan atau dijual kembali kepada beberapa negara Eropah. Dan jumlah yang ada sekarang ini dianggarkan sekitar 12000 ton, milik Amerika. Dan kira-kira 8000 ton adalah milik kerajaan pemerintah Amerika.

Rahsia Di Bawah Kota New York

Menurut Pengurus Kewangan di Wall Street, kira-kira 3000 ton lagi jokong emas adlah milik dari 30 negara atau organisasi antarabangsa seperti European Central Bank, Bank Of England. Mereka membeli emas dari Amerika, tetapi emas itu tidak pernah dibawa keluar dari kota New York dan disimpan di sini.

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

Rahsia Di Bawah Kota New York

27/08/13

, , , , ,

Rendang Hak Milik Indonesia?

Rendang sebenarnya milik Indonesia. Betul ke? Siapa disini yang boleh critakan asal-usul rendang. Kita sudah lali sebenarnya dengan Indonsia ini, semua benda mereka dakwa milik mereka. Sekarang ini, isu nak daftarkan rendang di UNESCO sebagai hak milik Warisan Budaya Indonesia. Dan jika ada negara lain cakap rendang beraal dari negara lain selain Indonesia akan didakwa. Macam-macamlah, jangan sampai kita nak makan rendang pun kena dakwa sudah lah. Tak beraya la kita.

Rendang Hak Milik Indonesia


JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah mendaftarkan rendang sebagai warisan budaya negara itu di Unesco, kata Ketua Pengarah Pengembangan Destinasi Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Achyaruddin.

"Makanan tradisional dari Sumatera Barat ini didaftarkan di Unesco pada tahun 2010 dengan nombor pendaftaran 776," katanya ketika menghadiri Festival Rendang di Padang, pada Rabu.

"Kalau ada yang berani mengaku sebagai pemilik warisan budaya yang telah ditetapkan Unesco, maka negara yang berkenaan boleh dituntut (didakwa)," katanya.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Sumatera Barat Muslim Kasim berkata Festival Rendang yang diadakan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Sumatera Barat tersebut merupakan usaha untuk mempertahankan masakan tempatan.

"Rendang salah satu kuliner yang harus dipertahankan oleh masyarakat Sumatera Barat," kata Muslim di Padang.

Beliau berkata festival rendang itu bukan sekadar berkaitan kreativiti memasak, tetapi lebih sebagai usaha masyarakat Sumatera Barat untuk mengembangkan budaya bangsa.

Muslim berkata masyarakat Sumatera Barat cukup berbangga dengan masakan rendang yang kini menjadi antara makanan paling lazat di dunia. "Masakan khas Sumatera Barat ini selalu menjadi menu favorit (kegemaran)restoran Padang yang tersebar di Nusantara mahupun di peringkat antarabangsa," kata Muslim.

Beliau berkata yakin masakan rendang akan dapat dikembangkan menjadi industri yang boleh meningkatkan ekonomi.

"Apalagi bila dikemas dalam berbagai rekaan dan variasi, ia akan meningkatkan daya tarikan sehingga orang akan membeli. "Rendang adalah jenis makanan yang boleh tahan lama dan awet, dibuat tanpa bahan pengawet," katanya. - BERNAMA

26/08/13

, ,

Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Ramai juga Blogger yang setia memasang iklan daripada Nuffnang. Apa yang aku tahu Nuffnang ada dua jenis iklan mereka iaitu CPUV dan CPC. Korang tentu sudah arif pasal kedua-dua benda nie kan? Dan setiap blogger akan terkejar-kejar untuk mendapatkan iklan CPUV, macam yang terbaru aku dapat iaitu The Mortal Instruments


Aku bukan nak explain pasal perkara ni, sebab aku bukan pakar sangat. Walaupun dah lama buat blog baru tahun ni aku dapat merasa iklan CPUV yang kencang. Ada satu artikel yang ingin aku kongsikan daripada blogger otai kita Hasrulhassan.com pasal CPUV ni. Kalau korang rasa nak masyuk dengan iklna Nuffnang, jom la baca artikel dia yang bertajuk Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Apa yang tertarik dalam artikel ini ialah dia komen pasal ramai blogger yang cuba menarik perhatian daripada Nuffnang, padahal sepatutnya kita kena tumpu untuk menarik trafik masuk untuk mendapat duit dari iklan CPUV.
, ,

Cadangan Pembesaran Masjid al Haram Yang Palsu

Jika anda terjumpa gambar-gambar Pembesaran Masjid Al-Haram seperti dibawah ini, tolong jangan sebarkan sebab cadangan pembinaan ini telah ditolak.






This Project is ''NOT APPROVED!'' 

''PLEASE DON'T SHARE THESE IMAGES''







This Project is ''NOT APPROVED!'' 

''PLEASE DON'T SHARE THESE IMAGES''



, , ,

Kerja Membaik Pulih Kaabah 1996

Kerja-kerja membaik pulih Kaabah ini dilakukan pada tahun 1417H/ 1996, walaupun kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, namum ibadat Tawaf tetap boleh di lakukan oleh jemaah.

Membaik Pulih Kaabah 1996

Membaik Pulih Kaabah 1996

25/08/13

, , , ,

Gigi busuk John Lennon dilelong RM100,000

Beruntung betullah jadi orang terkenal ini, semua benda pasla dia orang nak cari. Kali ini pasal gigi busuk John Lennon pula yang di lelong. Gigi busuk John Lennon telah di lelong dengan harga 20,000 pound (RM103,061) di Stockport, Kanada.

Gigi busuk John Lennon dilelong RM100,000

Gigi busuk John Lennon dilelong RM100,000

OTTAWA - CANADA - Pembelian gigi busuk mendiang John Lennon pada harga 20,000 pound (RM103,061) dalam satu acara lelongan di Stockport, Kanada dua tahun lalu memberi pulangan lumayan kepada seorang doktor gigi.

Michael Zuk, 51, dari Alberta berkata, ternyata pembelian gigi milik penyanyi kumpulan The Beatles itu berhasil apabila beliau berjaya melakukan pengklonan gigi yang boleh mencecah ribuan pound.

“Industri pengklonan gigi kini menjadi trend. Peminat sudah mula menggilai pemasangan klon gigi artis kesayangan dan gigi busuk John Lennon itu bakal membawa pulangan lumayan kepada kami,” katanya dipetik Dailymail

Menurutnya, selain gigi artis, gigi haiwan juga kini menjadi pilihan untuk diklon pada gigi manusia.
, , , ,

Pembedahan Plastik Terkini Di Korea Yang Menjadi Kegilaan

Semua orang sudah tahu, kita tertipu dengan kecantikkan si gadis-gadis Korea. Semuanya plastik. Pembedahan plastik di Korea sudah menjadi lumrah. Macam-macam sudah di modified oleh awek-awek Korea untuk kelihatan cantik.

Pembedahan ini hanya dilakukan pada mulut dan ianya adalah untuk memastikan mereka akan kelihatan seperti tersenyum setiap masa. Menurut kajian, 1 daripada 5 wanita di Korea Selatan menjalani pembedahan ini.

Pembedahan Plastik Terkini Di Korea Yang Menjadi Kegilaan
Sebelum

Pembedahan Plastik Terkini Di Korea Yang Menjadi Kegilaan
Selepas







, ,

Sejarah : Siapakah Sir Henry Gurney

Sir Henry Gurney, mungkin tidak asing di pendengaran telinga kita. Dan bagi aku, apa yang paling mengingatkan aku kepada orang ptuih in adalah Sekolah Henry Gurney dan kisah pembunuhan beliau oleh komunis.

Sir Henry Gurney

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) adalah pegawai merangkap pesuruhjaya tinggi British yang telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu.

henry gurney dibunuh oleh komunis


Apa kerja beliau?

  • Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921. 
  • Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada 1921. 
  • Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935), 
  • Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944), 
  • Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946), 
  • Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948). 
  • Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghaspukan komunis di Tanah Melayu.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita mabil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Apa jasa dia di Palestine? beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948).

Peristiwa Dier Yasin


Dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Peristiwa Dier Yasin

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

, , ,

Sejarah Penjaga Gol Terhebat Malaysia

Sempena kerancakan Paila Malaysia musim 2014 ini, aku ingin berkongsi sikit pasal penjaga gol legend Malaysia.

R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.


dengan team selangor



gelaran "spider-man" diberikan




Belakang: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.
Tengah: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, (?)
Depan: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh



PASUKAN KEBANGSAAN

R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan.






R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.







R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.





Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.