18/07/13

Filled Under: , , , ,

Hanya Pramugari


Mumbai: Sebuah syarikat penerbangan tambang murah Mumbai mengambil langkah mengurangkan kos termasuk memberhentikan semua pramugara  bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan berat pesawat.

GoAir memutuskan hanya mengambil krew penerbangan wanita kerana berat mereka kira-kira 20 kilogram lebih ringan secara purata berbanding krew lelaki.

Ia merumuskan langkah itu akan mengehadkan bahan bakar sekali gus menjimatkan mereka sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta) setahun untuk kos minyak. - AGENSI