Memaparkan catatan dengan label Info Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sejarah. Papar semua catatan

3/10/13

, , , , ,

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Kisah misteri yang jarang kita dengar tentang Sunagi Belait, Brunei.

Untold History : X-File Di Sungai Belait



Sungai Belait, Brunei. 1938

Pada tahun 1933, sekumpulan pembalak tempatan menemui sebatang pokok balak yang tumbang dihanyutkan di tebing Sungai Belait.

Pohon Merbau yang tumbang itu cuba dipotong dan dipindahkan untuk mendapatkan balaknya tetapi mereka telah menemui sesuatu yang menakutkan.

Baru separuh mereka potong, bau busuk and lendir keluar dari batang Merbau itu. Mereka pun tinggalkan balak tu ditepi sungai Belait.

5 tahun selepas itu British Surveyor datang memeriksa penemuan itu menurut dari apa yang diberitahu  oleh pembalak-pembalak itu.

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Untold History : X-File Di Sungai Belait


Kayu Merbau yang dijumpai oleh pembalak itu dipotong lagi beberapa inci dari tempat yang telah dipotong dahulu. Dan amat mengejutkan apabila mereka mendapati di dalam batang kayu balak itu ada rangka-rangka manusia. Ada empat biji tengkorak manusia dan satu rangka manusia yang lengkap di dalamnya.


Untold History : X-File Di Sungai Belait

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Namum bagi masyarakat Borneo , pengebumian mayat didalam 'tajua' atau keranda atas pokok adalah biasa. Mereka selalu kebumikan mayat mayat di dalam batang pokok. Namum penemuan kayu Merbau di Sungai Belait ini lain. Penuh Misteri kerana pokok tu masih hidup. Mayat-mayat yang ditemui itu telah mati lebih kurang 50 tahun sebelum itu, iaitu kira-kira pada tahu 1883. Pokok itu tumbuh tegak dan tumbang ke Sungai Belait dan lau dihanyutkan.

Untold History : X-File Di Sungai Belait


Orang British itu pun membuat kesimpulan berikut.


Untold History : X-File Di Sungai Belait

29/09/13

, ,

Proton Pernah Keluarkan Model Proton Sembilu

Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wira yang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.



Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:

Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.

1. Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.

2. Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.

3. Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.

4. Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.


5. Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.


Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi".

Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihannama "Sembilu" itu.

22/09/13

, , , , ,

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran

Zoroastrianisme merupakan agama tertua di Iran, juga agama utama masyarakat di Iran sebelum kedatangan Islam. Kuil yang paling suci bagi agama ini terletak di Chak Chak Village yang turut dikenali sebagai Pir-e Sabz.

Kini, ia merupakan agama minoriti yang masih wujud di Iran.


wikipedia

Majūs (Arabic and Persian: مجوس, pl. majūsī) was originally a term meaning Zoroastrians[1] (and specifically, Zoroastrian priests). It was a technical term, meaning magus,and like its synonym gabr (of uncertain etymology) originally had no pejorative implications.

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran 

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran 

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran 

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran 

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran

Zoroastrians - Agama Minor penyembah Api di Iran

7/09/13

, , , , ,

Lagenda Emas Yamashita

Harta karun Jeneral Yamashita adalah harta karun yang dirampas oleh tentera jepun pada perang dunia kedua.Harta ini dikumpul oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita yang menguasai Malaysia,Singapura,Vietnam,Filipina,Thailand dan Indonesia.

Dikatakan lokasi harta karun ini terletakdi sebuah pulau dalam Wilayah Mindanou di Filipina. Ketika Yamashita berkuasa,jepun telah melakukan sebuah operasi yang dikenali sebagai operasi GOLDEN LILY.

Lagenda Emas Yamashita

Lagenda Emas Yamashita

Operasi ini bertujuan menyediakan dana perang bagi Jepun, dan mereka mula mengumpulkan emas dan pelbagai barangan bernilai lain dari setiap daerah jajahan. Bagaimanapun setelah jepun kalah,dikatakan harta karun tersebut masih terkubur rapi di bawah tanah walaupun sebahagian sudah ditemui. Emas yang dikumpul dalam operasi Golden Lily dikatakan mencecah 6000 tan dan bersamaan berbilion ringgit.

Lagenda Emas Yamashita

5/09/13

, , , , ,

Kerja Membaikpulih Stonehenge Pada 1901


Stonehenge merupakan salah satu tarikan pelancong yang terletak di Wiltshire, England. Tetapi tahukah kita gambar yang cantik sering diambil sekarang jauh berbeza dari zaman dahulu sekitar 1901 kerana, pada tahun itu kerja-kerja membaikpulih Stonehenge telah dijalankan. Dengan menggunakan kren batu-batu diangkat dan diletakkan seperti kedudukan yang dapat kita lihat sekarang.






3/09/13

, , , , ,

Gambar Hantu Dari Perang Dunia ke 2

Gambar hantu dari Perang Dunia ke 2? Hantu Jepun ke, rilek brader, ini cuma gambar yang sudah di superimpose guna photoshop. Cuma apa yang menariknya adalah, gambar-gambar ini diedit dengan mengabungkan gambar yang lama semasa perang dengan gambar yang diambil masakini. Ini adalah cara yang agak kreatif jika kita fikir dari sudut positif, untuk kita menghargai sejarah. Mungkin akan ada projek untuk buat pada gambar-gambar bersejarah di Malaysia pula.




Projek gambar ini telah dilakukan oleh seorang pakar sejarah dari Amsterdam, Jo Teeuwisse.


























26/08/13

, , ,

Kerja Membaik Pulih Kaabah 1996

Kerja-kerja membaik pulih Kaabah ini dilakukan pada tahun 1417H/ 1996, walaupun kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, namum ibadat Tawaf tetap boleh di lakukan oleh jemaah.

Membaik Pulih Kaabah 1996

Membaik Pulih Kaabah 1996

25/08/13

, ,

Sejarah : Siapakah Sir Henry Gurney

Sir Henry Gurney, mungkin tidak asing di pendengaran telinga kita. Dan bagi aku, apa yang paling mengingatkan aku kepada orang ptuih in adalah Sekolah Henry Gurney dan kisah pembunuhan beliau oleh komunis.

Sir Henry Gurney

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCMG) adalah pegawai merangkap pesuruhjaya tinggi British yang telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu.

henry gurney dibunuh oleh komunis


Apa kerja beliau?

  • Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921. 
  • Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada 1921. 
  • Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935), 
  • Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944), 
  • Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946), 
  • Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948). 
  • Henry Gurney menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghaspukan komunis di Tanah Melayu.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita mabil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Apa jasa dia di Palestine? beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948).

Peristiwa Dier Yasin


Dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Peristiwa Dier Yasin

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

, , ,

Sejarah Penjaga Gol Terhebat Malaysia

Sempena kerancakan Paila Malaysia musim 2014 ini, aku ingin berkongsi sikit pasal penjaga gol legend Malaysia.

R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.


dengan team selangor



gelaran "spider-man" diberikan




Belakang: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.
Tengah: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, (?)
Depan: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh



PASUKAN KEBANGSAAN

R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan.






R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.







R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.





Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.