Mitsubishi Motor adalah sebuah perusahaan automotif yang berasal dari Jepun yang mana logonya berupa tiga buah berlian. Salah satu produk Mitsubishi yang paling ikonik atau dikenali ramai adalah Mitsubishi Lancer. Model kereta Mitsubishi Lancer dikelaurkan pertama kali pada tahun 1973. Model ini juga telah terjual di seluruh dunia sebanyak 7 juta unit. Mitsubishi Lancer dikilangkan dan dipasang di Mizushima Plant, Kurashiki, Okayama, Jepun. Untuk pasaran Amerika, model ini diberi nama Mitsubishi Mirage.
Generasi Lancer pertama adalah merupakan model kereta dua pintu. Selepas itu baru diwujudkan kereta empat pintu dan lima pintu untuk wagon. Generasi ini menpunyai dua nama yang berbeza, Chrysler Valiant Lancer, Dodge Colt dan Dodge Lancer.
Pengeluaran generasi pertama bermula pada tahun 1973 sehingga 1979. Kerangka yang digunakan Mitsubishi Lancer generasi pertama menggunakan jenis subcompact.
Mitsubishi Lancer generasi pertama ini telah direka oleh Shinichi Yamamura dan Munechika Namba.
Produk Mitsubishi ada model minica yang berukuran agak kecik, dianggap sebagai city car. Dan ada juga model Mitsubishi Galant yang berukuran besar dan panjang.
Pada tahun 1973, Mitsubishi mempunyai kapasiti enjin antar 1.2 liter hingga 2.0 liter.
Selepas 2 tahun berada dipasaran, Mitsubishi mengeluarkan produk baru didalam keluarga Lancer generasi pertama iaitu Mitsubishi Lancer Celeste.
Bentuknya sama dengan Lancer 1973, namum berbentuk hacthback dibahagian belakang. Dan kereta ini dijual dengan nama yang berbeza seperti Dodge, Chrysler dan Plymouth.
.