19/07/13

Filled Under: , , , ,

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri - PUSPAKOM

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan pemeriksaan sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah.


"Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupakan antara tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan semasa musim perayaan.

"Lebih daripada 150 orang pelanggan bertuah akan dipilih dan berpeluang untuk menerima hadiah saguhati yang disediakan oleh Puspakom," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sehubungan itu, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan percuma itu di semua cawangan Puspakom seluruh negara yang dibuka Isnin hingga Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. - Bernama