26/07/13

Filled Under: , , , ,

Melayu Boleh Sertai Ratu Cantik? Part 2

Nampaknya aku terpaksa buat entry Melayu Boleh Serta Ratu Cantik? buat kali kedua. Aku tak faham mengapa orang Melayu boleh diberi kebenaran untuk sertai pertandingan ini selepas diharamkan pada 1996. Kenapa kita perlu mengalah? Sedangkan sudah jelas isu ini. Aku berharap pihak JAWI akan menentang isu ini dengan baik. Agar menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Jika tahun ini kita benarkan 4 orang. Mungkin tahun depan akan bertambah 8 orang pula. Jadi sebelum ia menjadi parah, lebih baik kita cantas terus dari sekarang. Jangan biarkan orang permainkan agam kita sesuka hati mereka.

Melayu Boleh Sertai Ratu Cantik?

Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding


PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.

FATWA

Pertandingan Ratu Cantik

Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan:**15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:**Keputusan:**Adalah*haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Keterangan/Hujah:**Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.*Status Penwartaan:**DiwartakanTarikh Diwartakan:**8 Feb, 1996Nombor Rujukan:**JAWI/A/145;PN.(PU2) 530Akta/Enakmen:**Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993