10/07/13

Filled Under: , ,

Mitsubishi Lancer Generasi Ketiga & Generasi Keempat

Mitsubishi Lancer Generasi Ketiga


Pada tahun 1983, dilancarkan kereta generasi ketiga Mitsubishi Lancer. Kereta ini diberi nama Lancer Fiore. Di Australia, Lancer Fiore ini dijual dengan nama Colt Sedan. Sedangkan di beberapa negara tetap menggunakan nama Lancer. 

Asas reka bentuk kereta ini mirip dengan Mitsubishi Mirage. 

Masa pengeluaran kereta ini adalah antara tahun 1983 hingga tahun 1987. Reka bentuk kereta ini adalah sedan dengan 4 pintu atau hatchback dan station wagon dengan 5 pintu. 

Daya penggerak mesin menggunakan roda depan dan penggerak empat roda (4WD). Ada tiga pilihan mesin untuk kereta Mitsubishi Lancer Fiore, yakni 1.5 L I4, 1.6 L I4 Turbo dan 1.8 L I4 Diesel.


Model ini lah yang dijadikan Proton Saga, kereta pertama Malaysia.


Mitsubishi Lancer Generasi Keempat


Generasi keempat Mitsubishi lancer dilancarkan tidak lama selepas pelancaran generasi ketiganya. Iaitu ketika pengeluaran generasi ketiga Lancer masih berjalan pada tahun 1985. 

Perubahan yang ada pada generasi ini terletak pada enjinnya yang menjadi 1.6 L Turbocharger yang sudah dilengkapi dengan EFI (Electronic Fuel Injection). 


Dengan sistem mesin ini, maka Lancer generasi keempat dapat menghasilkan tenaga sebanyak 120 hp. 
Selain jenis sedan, generasi Lancer keempat juga mempunyai jenis station wagon yang dipasarkan berdampingan. 

Nama yang diberikan untuk produk ini adalah Mirage Station Wagon dengan penggerak dua roda atau empat roda.