4/12/16

Filled Under: , ,

Penawar Asma Secara Tradisional

Penyakit asma antara penyakit yang kita tidak mahu dijangkiti. Lebih teruk jika ia dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak.

Kebiasaannya doktor akan berikan kita alat bantuan seperti inhaler untuk melegakan serangan asma. Bagi penghidap asma kanak-kanak biasanya mereka diberikan salbutamol, untuk tahap asma yang lebih kronik mereka akan diberik steroid.

Untuk mengelakkan pesakit asma secara berterusan bergantung kepada inhaler, anda boleh juga mengamalkan beberapa petua tradisional yang boleh menjadi penawar asma secara semulajadi.

Penawar Asma Secara Tradisional

Penawar Asma Secara Tradisional


Berikut saya akan senaraikan beberapa bahan semulajadi yang boleh dijadikan penawar asma pada bayi ataupu orang dewasa.

Kebanyakkan petua tradisional ini sangat mudah diperolehi dan juga senang untuk disediakan. Lagipun ianya bagus untuk kesihatan kita.


1. Buah Petola


Ambil sebiji buah petola, potong dibahagian hujung untuk dibuat lubang ditengah-tengahnya dan buang bijinya.

Kemudian isi 2 hingga 3 ketul gula batu kedalam lubang yang dibuat tadi.

Bakar petola tadi sehingga masak. Akhir sekali perah petola untuk dijadi jus untuk diminum.


2. Buah Mata Kucing


Ambil beberapa biji buah mata kucing, lalu direbus sehingga mendidih. Sejukkan air rebusan tadi terlebih dahulu sebelum diminum. Amalkan minum air rebusan buah mata kucing ini sekerap yang boleh.


3. Daun Sirih


Cara 1 :


Ambil daun sirih sebanyak 7 helai campur dengan satu suduh teh lada putih, tumbuk hingga lumat.

Selepas itu campur minyak kayu putih secukupnya untuk dijadikan pes.

Sapukan pes tadi pada dada dan leher pesakit asma.


Cara 2 :


Cari 7 helai sirih bertemu urat, 7 helai daun lalang muda dan seula lengkuas yang besarnya saiz ibu jari kaki.

Rebus kesemua bahan-bahan tadi dengan air sebanyak 1 liter, biarkan sehingga mendidih.

Minum sebanyak setengah gelas air dengan dicampurkan satu sudu madu, amalkan setiap kali sebelum tidur.


4. Bawang Putih


Tumbuk bawang putih sebanyak 2 ulas. setelah lumat campurkan 3 suduh minyak masak.

Ambil campuran tadi alalu disapu pada dada, belakang dan leher pesakit asma.


5. Madu


1 sudu besar madu dicampurkan dengan 4-5 titik getak betik. Baca selawat sebelum minum campuran bahan ini.


6. Bunga Belimbing Buluh.


Ambil 2 tangkai bunga belimbing buluh. Kemudian dimasukan kepada bekas tahan panas, masukkan juga 5 gm gula batu.

Bekas tanah panas tadi dimasukkan kedalam periuk nasi, dan masak.

Tunggu sehingga sejuk, barulah diberi minum kepada pesakit asma.


7. Bawang Merah Kecil


Ambil beberapa biji bawang merah kecil, rebus sehingga lembut. Kemudian bawang yang direbus tadi di kisar sehingga hancur.

Lalu airnya ditapis, ambil airnya untuk diminum seminggu sekali.

Anda boleh baca info berkaitan penyakit asma disini.