29/05/11

Filled Under: ,

Kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir


JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.



Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.


“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.


“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.

“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.

“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.

“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.

“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.

17 comments:

  1. kecian kat kucing jadi mangsa!

    BalasPadam
  2. pulak..tak pasal2 kucing menjadi mangsa kekejaman diorang..huhu..apa la masalah diorang nih..tak paham eden..

    BalasPadam
  3. assalam eddie..sedih mama baca entry ni..mama ada 5 ekor kucing..seekor parsi yg dibeli..yg lain kucing jalanan yg minta makan kat mama n sekarang mama bela..kejam sungguh..apa yg mereka buat!!!..sanggup menganiayai binatang kerana perkara2 karut begitu, nampaknya manusia semakin hilang nilai2 kemanusiaannya..maaf panjang sikit komen mama ya..

    BalasPadam
  4. eh2, kesian kat kuceng.karut betollah diorang tuh

    BalasPadam
  5. tak patut betul...comel tu..

    mana leh jadi gitu...hohoho

    BalasPadam
  6. apa da...sik baik bukan harimau jadian klu tak mn nak cr rimau...hehee

    BalasPadam
  7. kesian kucing pon kena kata penjenayah...

    BalasPadam
  8. tu la pasal...terlalu sgt percaya dgn perkara2 karut marut dan tahyul bagai...

    BalasPadam
  9. comellnyerr kucing tuu ..ngee!!

    BalasPadam
  10. 2la kalau dah terlampau taksub...
    kucing comey2 didera

    BalasPadam
  11. alahai ! comel laaaaaaa..

    BalasPadam
  12. ni jenis manusia yang tak menggunakan akal...ada ka pi percaya benda2 karut...

    BalasPadam
  13. Miss dora ape yg somel? Okes sy sgt emo neh.. Nape dorg tu bengom sgt pcye tahyul? Tula.. Soh blaja agama xnk.. Kucing tak berdosa dipukul2! Bncinyeee!

    BalasPadam
  14. ni yg nk marah ni aniaya binatang huh

    BalasPadam
  15. xpaham bto aku...dkm dunia seba moden nie pon...ada lagi orang percaya benda2 cam nie...buat aniaya dekat binatang pulak tu

    BalasPadam