9/05/13

Filled Under: ,

Please : Suami Tolong Pegang Hand Bag Bini


Pernahkah kita ternampak lelaki sedang memegang handbag di kompleks membeli belah? Takot bini ke bang? Bagi yang tak faham akan pandang serong dan ada juga yang rasa janggal. Namum sedarkah kita ada kelebihan dan kebaikan apabila si suami tolong si isteri pegang handbag semasa shopping.

Hari ini banyak kes ragut yang berlaku. Tak kira di mana saja ia bleh berlaku. Jadi apabila si suami tolong isteri pegang handbag, risiko unutk di ragut akan berkurangan. Manlah tahu ada barang berharga dalam handbag tu, jadi ianya lebih selamat.

Kita sudah sedia maklum bahawa shopping dan wanita ni tak boleh di pisahkan, bagai aur dengan tebing, sampai berjam-jam pun tak apa. Jadi apabila si suami tolong pegang handbag jadi lagi memudahkan si isteri memilih barang dan ini akan menpercepatkan masa si isteri shopping. Tak payah nak tunggu lama-lama nanti lagi banyak duit terbang.

Takkan lah kita sebagai suami nak berkira setakat pegang handbag je pun xsampai satu hari kan? Isteri kita mengandung anak kita sampai 9 bulan tu kita tak kira. Inilah masanya kita nak tunjukkan kasih sayang kita. Kita tolong jagakan barang berharga untuk isteri kita. Dapat pahala tu.

Namum ada sedikit nasihat untuk si isteri kalau nak si suami pegang handbag. Tolonglah jangan isi macam-macam dalam handbag tu sampai berat jadi berkilo-kilo. Satu lagi kalau boleh elakkan bawa handbag color pink, tak de la segan sangat suami nak pegang...hahahaha

0 comments:

Catat Ulasan