Simptom Jangkitan "Kencing Tikus"
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah simptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat).
Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa simptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana simptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, sakit kepala yang teruk, sejuk, sakit otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia akan kelihatan selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.
Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada simptom pertama bagi haiwan antara 2 hingga 20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan akibat paling biasa disebabkan leptospirosis. Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan pembekuan dalam salur darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC).
Myocarditis, pericarditis, meningitis, dan uveitis juga turutan yang mungkin. Leptospirosis perlu disyaki dan dimasukkan sebagai sebahagian diagnosis pembezaan sekiranya mata putih bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.
Komplikasi Jangkitan "Kencing Tikus"
Diagnosis
Apabila dijangkiti mikro-organism boleh dijumpai dalam darah pada 7 hingga 10 hari permulaan (memulakan tindak balas serologi yang boleh dikenal pasti) dan kemudiannya berpindah ke buah pinggang. Selepas 7 hingga 10 hari mikrorganism boleh dijumpai dalam kencing segar.
Selepas itu, usaha diagnostik awal termasuk menguji contoh serum atau darah dengan panel jenis berlainan. Ia juga mungkin bagi menternak mikroorganism dari darah, serum, kencing segar dan biopsy buah pinggang segar. Ujian fungsi buah pinggang (Nitrogen Urea Darah dan creatinine) termasuk juga bagi fungsi hati dijalankan. Yang terkemudian mendedahkan peningkatan sederhana transaminases.
Peningkatan sebentar aras aspartate aminotransferase (AST), alanine aminotransferase (ALT), dan gamma-glutamyltransferase (GGT) adalah agak serdahana. Aras ini mungkin normal , malah bagi kanak-kanak dengan jaundise.
Diagnosis perubatan bagi leptospirosis disahkan dengan ujian seperti Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) dan PCR. Ujian serologi, MAT (microscopic agglutination test), dianggap piwaian Emas bagi mendiagnosis leptospirosis. Oleh kerana satu panel besar leptospira berbeza perlu di sub-ternak dengan kerap, satu proses yang memakan masa dan mahal, ia jarang digunakan, terutama di negara membangun.
Daftar diagnosis pembezaan bagi leptospirosis adalah amat besar disebabkan simptom yang pelbagai. Bagi bentuk demam sederhana hingga amat teruk, daftar termasuk demam denggi dan demam hemorrhagik yang lain, hepatitis dari pelbagai etiologi, virus meningitis, demam malaria dan demam kepialu. Bentuk ringan boleh dibezakan daripada influenza dan bentuk lain penyakit oleh virus. Ujian khusus perlu bagi diagnosis tepat bagi leptospirosis.
Di bawah keadaan capaian terhad (contoh, negara membangun) kepada cara diagnostik khusus, perhatian perlu diberikan kepada anamnesis pesakit. Faktor seperti kawasan kediaman, hubungan dengan air bertakung tercemar (mandian, berenang, bekerja di ladang banjir, dll.) dan/atau sejarah perubatan tikus yang menyokong hipotesis leptospirosis dan bertindak sebagai petunjuk bagi ujian khusus (sekiranya ada).
Leptospira boleh diternak menggunakan perantaraan Ellinghausen-McCullough-Johnson-Harris, yang dieram pada 28 hingga 30 °C. Masa purata bagi positif adalah tiga minggu dengan maksimum tiga bulan. Ini menjadikan teknik kultur tidak berguna bagi tujuan diagnostik, tetapi biasa digunakan dalam penyelidikan.
Rawatan
Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan pembawa asymptomatik.
Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan, atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur (contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam kes di mana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.
Sambungan daripada artikel sebelum ini : Apa itu "KENCING TIKUS"?
0 comments:
Catat Ulasan