29/05/13

Filled Under: , , , ,

PELIK : Serangga Cahaya Menghiasi Gua


Gua Waitomo Glowworm terletak di Waitomo, pulau utara New Zealand. Tarikan utama gua ini adalah ada sejenis serangga glowworms yang tinggal di dalam gua ini. Glowworms atau Arachnocampa Luminosa adalah serangga yang kecil, ia adalah makhluk Bioluminescent yang menghasilkan cahaya biru-hijau.


Gua Waitomo Glowworm ini mula dijumpai pada tahun 1887 oleh ketua tempatan Maori, Tane Tinorau bersama jurukur Inggeris, Fred Mace. Orang tempatan Maori sudah tahu tentang kewujudan gua ini, tetapi gua di bawah tanah ini tidak pernah di terokai lebih mendalam sehinggalah hasil penerokaan Fred dan Tane.


Ketika mereka menjelajah di dalam gua itu menggunakan rakit, mereka telah melihat Grotto Glowworm yang berkelip-kelip cahay di siling gua. 


Pada 1889 gua ini dibuka kepada pelancong. Pada mulanya gua ini dibawah jagaan Tane dan isterinya dengan mengenakan bayaran yang kecil untuk masuk ke dalam gua. Namum pada tahun 1906 pentadbiran gua telah di ambil alih oleh kerajaan.



Tempat-tempat lain di mana haiwan Bioluminescent boleh didapati adalah Toyama Bay di Jepun dan Gippsland Lakes di Australia.

0 comments:

Catat Komen