8/05/13

Filled Under: , , , ,

HTC First : Telefon Pintar Facebook

Dua hari yang lalu HTC dan Facebook memperlihatkan telefon peranti HTC First yang merupakan peranti pintar Facebook pertama. Sebelum ini HTC ada bekerjasama dengan Facebook dan menghasilkan HTC Cha Cha yang mempunyai butang khas untuk Facebook. 

HTC First berbeza dari Cha Cha dimana kini peranti Android ini mempunyai launcher yang diberi namaFacebook Home. Home merubah antaramuka telefon Android dan menjadikannya lebih Facebook centric. First diperkasakan dengan pemproses 2 teras 1.4 Ghz,1 GB RAM, kamera utama 5 Megapixel, muatan dalaman 16 GB dan skrin sebesar 4.3 inci. 

Sememangnya First tidak mempunyai spesifikasi sehebat HTC One, tetapi jika anda hanya menggunakannya untuk Facebook ianya sudah cukup memandai. Jika anda mempunyai peranti HTC One X, One X+, Samsung Galaxy SIII, S4 dan Note II, launcher Facebook Home boleh dimuat turun oleh anda pada 12 April ini.










0 comments:

Catat Komen