29/05/13

Filled Under: , ,

Senarai Sosej Yang Haram Dimakan


Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Pastinya korang ada terbaca dekat internet atau info yang dikongsi oleh rakan-rakan anda di facebook pasal isu sosej haram dimakan ini.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus
babi adalah

· Gourmessa
· Muller's Haus
· Dew Fresh
· Puteri
· Miami Butcher House
· Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan
adalah;

· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
· Puteri Pan Pacific (Puteri)
· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
· Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki
menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

· Palace of Golden Horses
· Coffee Bean Tea Leaf
· Hotel Equatorial
· Ikea Cafe
· Muller Sausage.


Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?

Dari atas sekali, ialah Gourmessa yang dibuat oleh Deluxe Food Services Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai sijil halal daripada JAKIM yang membawa maksud ia adalah halal. Sijil halal adalah di bawah nama DE-LUXE FOOD SERVICES SDN. BHD.
 


Kedua ialah jenama Muller's Haus dan Dew Fresh daripada German Delicatessen - Subang. Syarikat ini juga mempunyai sijil halal daripada JAKIM atas nama GERMAN DELICATESSEN SDN BHD. Setelah meneliti senarai produk yang mendapat sijil halal dan juga senarai produk di website syarikat tersebut, jenama Muller's Haus dan Dew Fresh tidak dijumpai.


Kemudian ialah jenama Puteri daripada Puteri Pan Pacific. Tiada rekod tentang sosej jenama Puteri di internet. Tiada maklumat juga yang dapat dicari tentang Syarikat Puteri Pan Pacific. Direktori halal JAKIM juga tidak mempunyai sebarang rekod jenama Puteri atau syarikat Puteri Pan Pacific.

MiamiButcher House - Batu Feringgi mempunyai sijil halal. Nama syarikat yang digunakan ialah Miami Food Products Sdn Bhd.

 


Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang mempunyai sijil halal dengan nama syarikat OMCORP SDN BHD. Omcorp Sdn Bhd memasarkan produk dengan jenama Omardeli. Jenama Dew Fresh tidah ada dalam senarai produk halal JAKIM di bawah syarikat Omcorp Sdn Bhd. Terdapat artikel menarik mengenai syarikat ini yang diasaskan oleh Abang Omar Abang Ali di sini.



Akhir sekali ialah syarikat Pacific Refgerating Sdn Bhd yag mengeluarkan sosej jenama Maspac. PACIFIC REFRIGERATING SDN BHD mempunyai sijil halal daripada JAKIM dengan sosej yang berjenama Maspac.


MULLER'S SAUSAGE HAUS SDN BHD mempunyai sijil halal JAKIM. Terdapat jenama Muller's Haus dalam email tetapi syarikat yang ditulis dalam email adalah tidak tepat.



Setakat ini semua syarikat dan jenama yang ditulis dalam email adalah halal kecuali sosej jenama Dew Fresh kerana tiada rekod dan jenama Puteri oleh Puteri Pand Pacific yang juga tidak mempunyai sebarang rekod di internet atau direktori JAKIM.

Bagi hotel dan restoran yang menyajikan sosej yang tidak halal, saya tidak dapat pastikan kerana tidak disebut hotel/restoran mana menggunakan sosej dari mana. Muller's sosej mempunyai sijil halal seperti di atas dan Coffe Bean juga mempunyai sijil halal.

0 comments:

Catat Komen