30/05/13

Filled Under: , , , , , ,

5 Wanita Yang Jadi Korban Cinta

"Atas Nama Cinta" mungkin ungkapan yang tepat buat mereka. Atas nama cinta mereka berjumpa, atas nama cinta pula mereka berpisah. Dunia memang sebegitu kejamnya. Ketika revolusi tampil sebagai pemenang, mereka menjadi korban dari revolusi itu sendiri. Revolusi menjadikan mereka terluka dan binasa. Mesammesem mania, berikut ini adalah 5 wanita bernasib tragis kerana pengkhianatan, revolusi dan cinta di bawah ini:

1. Cleopatra


Gelarannya adalah Cleopatra VII Philopator. Dia adalah ratu Mesir kuno, keturunan terakhir dinasti Ptolemy. Walaupun ramai ratu Mesir lain yang menggunakan nama ini, namum dialah yang dikenali dengan nama Cleopatra, dan semua pendahulunya yang bernama hampir sama dilupakan. Cleopatra membunuh diri sewaktu Augustus dari Romawi menaiki takhta dan menyerang Mesir.

Caranya, adalah dengan memasukkan tangannya sendiri kedalam keranjang penuh ular berbisa, setelah mendengar kematian pasangannya Mark Anthony meninggal. Dalam detik terakhir kematiannya, beliau menyatakan takdirnya sebagai dewi.


2. Marie Antoniette


Maria Antonia Josepha Johanna von Habsburg-Lothringen, lebih dikenali juga sebagai Marie Antoinette adalah Ratu dari Perancis dan Puteri Bangsawan dari Austria. Beliau adalah anak dari Maharaja Empayar Rom Suci, Francis I dan isterinya Ratu Maria Theresa dari Austria dan setelah itu dia berkahwin dengan Louis XVI pada umur 14 tahun.

Akibat kedudukannya sebagai isteri dari Louis XVI dan ibu dari Louis XVII maka dia menemui ajalnya di pisau guillotine pada masa Revolusi Perancis pada tahun 1793. Kepalanya dipertontonkan di hadapan para rakyat Perancis (Paris) yang bersorak hukumannya.


3. Tsarina Alexandra Feodorovna


Alexandra Feodorovna adalah isteri kepada Tsar Nikolas II, Maharaja terakhir Rusia. Beliau dilahirkan pada 6 Jun 1872 dengan nama "Puteri Alix Viktoria Helena Luise Beatrice dari Hesse dan Rhine" dan merupakan anak keenam dari tujuh orang bersaudara. Beliau berkahwin di usia yang cukup tua pada zamannya, selepas menolak pinangan dari Albert Victor, seorang bangsawan dari Clarence walaupun mendapat tekanan yang cukup keras dari keluarganya.

Hal tersebut beliau lakukan kerana beliau sudah jatuh cinta kepada Nikolas. Pada awalnya, hubungannya dengan Nikolas mendapat tentangan dari keluarganya, terutama kerana hubungan darah mereka yang cukup dekat, iaitu mempunyai moyang yang sama. Pada Perang Dunia I, keluarganya menjalani tahanan rumah untuk masa yang lama selepas ia dijatuhkan oleh kaum Bolshevik.

Setelah dipindahkan selama beberapa kali dan tidak mempunyai akses kepada dunia luar sama sekali, beliau, suami dan anaknya dibunuh oleh polis rahsia kaum Bolshevik pada 17 Julai 1918. Beliau dan keluarganya diangkat menjadi martir oleh Gereja Ortodox Rusia pada tahun 1981. Pada tanggal 17 Julai 1998, rangka beserta seluruh keluarganya dibawa ke Katedral Santo Petrus di St. Petersburg, 80 tahun selepas kematian mereka.


4. Eva Braun


Eva Anna Paula Braun (lahir di Munchen, 6 Februari 1912 meninggal di Berlin, 30 April 1945 pada umur 33 tahun) adalah perempuan simpanan dan selama satu hari dan satu malam, isteri Adolf Hitler. Eva Braun lahir di Munchen, Jerman dan berjumpa dengan Adolf Hitler pada tahun 1930 pada usia 17.

Ketika itu, beliau adalah pembantu seorang jurufoto Hitler. Pada 1936 beliau menjadi kekasih Hitler. Pada 29 April 1945, ketika Tentera Merah Soviet sudah berada di bandar Berlin, beliau berkahwin dengan Hitler. Sehari kemudian mereka bunuh diri di sebuah bunker di Berlin dan jasad mereka dibakar selepas itu.


5. Clara Petacci


Clara Petacci atau Claretta Petacci adalah seorang perempuan muda Rom yang lahir di Giulino di Mezzegra Como dari sebuah keluarga kelas atasan. Petacci adalah perempuan simpanan gelap Benito Mussolini. Ayahnya adalah doktor peribadi paus.


Beliau berusia 29 tahun lebih muda daripada Mussolini. Ketika beliau mula menjalin hubungannya dengan Mussolini, pada 1932, ia telah bersuamikan seorang kapten tentera udara, Riccardo Federici. Mereka berpisah pada 1936.


Ketika Mussolini ditangkap oleh kaum partisan pada April 1945, Petacci ditawarkan peluang untuk melarikan diri, namun ia menolak dan cuba untuk melindungi Mussolini dengan tubuhnya. Setelah Petacci ditembak, Mussolini pun kemudian ditembak.


Hari berikutnya, 29 April 1945, di Piazzale Loreto di Milan, jenazah Mussolini dan Petacci dan empat orang lain digantung terbalik di sebuah pam petrol Esso dan gambar sementara rakyat mencurahkan kemarahannya kepada mereka. Petacci dihormati di Itali, bukan kerana politik, tetapi hanya sebagai wanita yang jatuh cinta dan menolak untuk meninggalkannya dalam masa kesulitan.