Entrepreneur sering dikaitkan dengan orang-orang inovatif yang boleh membina dengan daya usahanya sendiri. Mereka dikatakan mempunyai karakternya yang tersendiri seperti personaliti, etika kerja dan karisma yang berbeza. Tapi biasanya mereka mempunyai karakter umum seperti 10 karakter umum seorang entrepreneur berikut ini.
1. Unik - Anda Suka Menjadi Berbeza Dari Yang Lain
Seorang Entrepreneur tidak suka dengan sesuatu yang membosankan dimana anda melakukan sesuatu hanya kerana itu dilakukan banyak orang, atau tidak melakukan apa-apa sama sekali. Seorang entrepreneur sering terlihat suka berfikir dengan cara yang lain daripada biasanya.
Mereka suka akan kebebasan dalam setiap hal yang mereka lakukan. Mereka akan melakukan sesuatu yang tidak dapat diperkirakan oleh kebanyakan orang..
2. Anda Suka Mengorganisasi dan Mengurus Sesuatu
Jika anda suka mengawal, mengatur atau menganjurkan, maka itu tanda awal seorang Entrepreneur. Kerana seorang entrepreneur akan suka mengendalikan impian dan masa depan mereka sendiri, oleh kerana itulah mereka memilih menjadi entrepreneur. Seorang entrepreneur akan lebih sering terlihat 'duduk di kerusi penumpang' untuk mengawasi dan mengawal hal-hal yang mereka lakukan.
3. Tiada Rasa Kurang Keyakinan Pada Diri.
Bukan sombong, tetapi percaya diri. Seperti yang-pun anda melihatnya, seorang entrepreneur yang percaya diri akan kelihatan lebih baik daripada mereka yang tidak percaya diri. Jika anda tidak percaya dengan diri anda, bagaimana anda mengharapkan orang lain untuk menaruh kepercayaan kepada orang yang bahkan tidak percaya dengan dirinya.
Tetapi anda harus ingat, ada batas-batas keyakinan diri yang tidak boleh dilewati. Jika anda over konfiden, maka anda lebih akan dikatakan sombong.
4. Suka Bermain Dengan Risiko
Entrepreneur (Pengusaha) dan Entrepreneurship (Keusahawanan) adalah sebuah risiko. Setiap orang tidak boleh mempertikaikan hal ini, jika entrepreneur tidak suka bermain dengan risiko, bagaimana mereka akan mencari sebuah inovasi? Bagaimana mereka akan menerbitkan inovasi yang baru ada pertama kali dan tidak diketahui kemungkinan kejayaannya?
Seorang entrepreneur akan berani mengambil risiko apapun yang ada untuk mengalahkan halangan demi halangan menuju kejayaannya. Mereka suka cabaran, dan tiada kata 'tidak boleh' di kamus mereka.
5. Sukar Mendapat Kepuasan
Mengapa orang-orang kaya di dunia itu kaya dan terus bertambah kekayaannya? Ini kerana kepuasan mereka yang susah dipenuhi. Jika seorang entrepreneur puas dengan kejayaan mereka pada masa itu, maka mereka tidak akan berkembang lagi. Jika mereka menghasilkan 1 Milion, mereka akan bertanya mengapa tidak 2 Bilion?
Tenang saja, rasa jarang puas ini boleh dikatakan telah menjadi sifat dasar manusia, jadi pada dasarnya setiap manusia sudah mempunyai 1 tanda untuk menjadi seorang entrepreneur.
6. Tidak Terlalu Menunggu Tibanya Hari Cuti Umum.
Jika anda pernah bekerja kepada orang lain dengan jadual yang sangat ketat dan hari cuti hanya hari Sabtu Ahad dan hari kebangsaan, mungkin anda akan senang dengan datangnya hari itu. Bahkan anda mungkin pernah melihat sebuah gambar yang berisikan TGIF (Thank God It 's Friday!). Daripada begitu, seorang enterpreneur akan berkata berbeza, yakni THANK GOD, IT'S MONDAY!
Entrepreneur akan suka dengan hari Isnin kerana perniagaan-perniagaan berjalan dan wang akan datang. Bahkan hari cuti nasional tidak semeriah seperti pada saat anda bekerja kepada orang lain, kerana jadual anda adalah milik anda sendiri.
7. Waktu Tidur Yang Berbeza.
Seorang entrepreneur bukanlah berbeza jadual tidurya. Tetapi hanya jika mereka sedang mempunyai sebuah idea dan kerja yang harus diselesaikan dengan cepat, maka tidur tidak diperlukan bagi mereka. Mereka memerlukan tidur hanya kerana mereka benar-benar tidak boleh membuka mata dan memberikan tumpuan lagi.
Pernahkan anda merasakan diri anda begitu terlalu memberikan tumpuan dalam mengerjakan sesuatu sehingga anda lupa keadaan sekitar anda? Ya, itulah tanda entrepreneur. Berehat seketika hanya kerana terlalu penat.
8. Orang Menganggap Anda Ini Gila
Hal ini berkaitan dengan isi nombor satu tadi, dimana seorang entrepreneur itu unik dan hidup berbeza dari biasanya. Oleh kerana itulah, idea-idea entrepreneur pun unik dan terkadang orang-orang akan menganggap anda gila. Tetapi anda tidak perlu takut, kerana begitu anda membuktikannya, idea gila tersebut sekarang akan dikatakan orang sebagai inovasi.
Jadi anda tidak perlu takut untuk memikirkan idea gila atau dibilang gila, kerana itu mungkin adalah jalan untuk kejayaan anda. Ingat, Idea Gila yang berjaya adalah inovasi.
9. Tiada Majikan Ingin Mengambil Anda Berkerja.
Sebenarnya tidak semua entrepreneur yang berjaya telah merancang bahawa mereka benar-benar akan mengambil jalan entrepreneur. Tetapi mereka mengambil jalan tersebut kerana TIDAK ADA orang yang ingin menggaji mereka.
Jika anda mengalami hal itu, mungkin kerana mereka berfikir anda terlalu susah untuk dikawal dan itu mungkin kerana anda kreatif serta ingin bebas.
10. Anda Bersedia Bekerja Percuma, pada Awalnya
Daripada kerana wang, seorang entrepreneur akan melakukan dengan percuma apa yang mereka suka walaupun belum tentu ada wang atau pendapatan yang datang kerana tindakannya tersebut. Hal ini kerana mereka mempunyai ghairah atas hal yang mereka lakukan dan melihat kejayaan atas hal yang mereka lakukan, tidak terbatas hanya kepada bahan seperti wang.
Lalu bagaimana jika saya tidak mempunyai tanda-tanda atau karakter di atas? Tenang saja, tanda di atas adalah 10 tanda umum yang paling sering dilihat, mungkin karakter atau tanda yang anda miliki adalah tanda ke-11 atau 12 atau mungkin anda adalah seorang entrepreneur yang unik dengan tahap yang berinovatif sendiri.
Anda juga tidak perlu kuatir jika anda sekarang sedang bekerja pada seseorang, kerana lingkup dari entrepreneur ini sendiri sangatlah luas, dimana menunjukkan bahawa anda adalah seseorang dengan sifat yang inovatif. Jadi anda boleh membawa sifat entrepreneur anda ke kerja anda dengan membuat inovasi-inovasi baru dan menjadi entrepreneur dari masa depan anda.
0 comments:
Catat Ulasan