28/05/13

Filled Under: , , ,

Presiden Pertama Singapura, Orang Melayu


Encik Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970) adalah Yang di-Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama. Dia juga satu-satunya Presiden Singapura hingga sekarang yang berketurunan Melayu.

Dia dilahirkan di Perak. Pada 3 Desember 1959 Yusuf Bin Ishak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura. Seiring dengan keluarnya Singapura dari Malaysia status beliau menjadi presiden negara kepulauan itu hingga 1970, beliau meninggal dunia. Wajahnya pun diabadikan pada wang kertas Singapura


Sejarah Perkhidmatan

Encik Yusof memegang beberapa jawatan penting dalam pemerintah Singapura. Dari 1948 ke 1950, beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Permohonan Filem (Film Appeal Committee). Beliau telah menjadi anggota Nature Reserves Committee selama setahun dan juga Malayan Organisation Commission. Pada Julai 1959, beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Pada 3 Julai 1965, Encik Yusof dijadikan Canselor Universiti Nasional Singapura.

Encik Yusof dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Encik Yusof bersama isterinya Puan Noor Aishah telah melakukan lawatan rasmi yang pertama ke Kemboja pada April 1963. Pada bulan yang sama, beliau bersama isterinya telah ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji di mana mereka disambut sebagai tetamu negara kerajaan Arab Saudi. Sebuah lawatan rasmi juga telah dilakukan ke Ceylon (kini Sri Lanka) pada Mei 1963.

Encik Yusof dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kelas Pertama oleh Sultan Brunei pada November 1960 dan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada November, 1963.

Pada 9 Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Encik Yusof dilantik sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau dilantik sekali lagi untuk empat tahun dari 4 Disember 1967.


Presiden Yusof Ishak meninggal dunia pada 23 November 1970 di Singapura dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji.

0 comments:

Catat Ulasan