21/05/13

Filled Under: , , ,

5 Spekulasi Kematian Selebriti Dunia Yang Menjadi Misteri

1. Kurt Cobain.

Vokalis dan gitaris band bergenre grunge, Nirvana telah ditemui mati selepas 3 hari kematiannya. Laporan yang dibuat oleh pihak polis Seattle, kematian Kurt Cobain kemungkinan besar adalah kerana kes bunuh diri. Bukti forensik telah menemui kesan tembakan senjata pada tubuhnya dan kesan luka di kepalanya. Namum begitu banyak pihak yang meragui laporan kematian yang dikeluarkan oleh polis Seattle tersebut. Mengapa? Kerana ada beberapa kejanggalan diantaranya adalah bukti tulisan tangan yang tertulis kalimah bunuh diri pada sebuah kertas yang kononnya ditulis Kurt Cobain, namum berbeza dengan gaya tulisan Kurt Cobain yang asal.

Dalam pada itu kandungan heroin yang ditemui di dalam pembuluh darah Cobain juga terlalu tinggi yang tidak memungkinkan dia mampu untuk menembak diri sendiri. Misteri yang terakhir adalah tidak ada serbuk atau sisa belerang di tangan Kurt Cobain. Jadi, dari petunjuk yang ada dapat disimpulkan bahawa Kurt Cobain telah meninggal terlebih dahulu sebelum mampu menarik picu senjata untuk usaha bunuh diri.


2. Michael Jackson.


Kematian King of Pop pada 25 Jun 2009 menarik perhatian dunia. Dunia begitu terasa kehilangan penyanyi bersuara emas ini. Hasil bedah siasat mengatakan bahawa kematian Michael Jackson adalah kerana kegagalan fungsi jantung yang disebabkan pengambilan ubat yang berlebihan. Konon, tubuhnya banyak dipenuhi oleh luka kesan hirisan. Dan Michael Jackson diketahui sering meyalahgunakan ubat Deprivan yang mengandungi Propofol. Zat propofol ini biasa dipakai untuk permasalahan gangguan pernafasan. Apa sebenarnya yang membuat King of Pop ini menemui ajalnya, hingga kini tetap menjadi misteri.


3. Tupac Shakur.


Rapper sorang ni sangat unik. Tak ada satupun rapper yang masih boleh mengeluarkan album selepas kematiannya seperti Tupac Shakur. Rapper yang dikenali kerana ada unsur sarkastik dalam lirik lagunya mati ditembak pada 7 September 1986 di Las Vegas. Tembakan terhadap dirinya terjadi di sebuah jalan di kawasan Las Vegas. Dan anehnya, setelah Tupac Shakur diisytiharkan terbunuh, tak berapa lama kemudian muncul dua album atas nama dirinya. Spekulasi atas misteri kematiannya pun berlalu, Di antaranya adalah Tupac Shakur sengaja memalsukan kematiannya sendiri demi melarikan diri secara senyap dari bertapa teruknya persaingan hidup yang dijalaninya.


4. John Lennon.


Legenda muzik pop dari kumpulan The Beatles telah kita tahu meninggal kerana ditembak di depan apartmennya. Pada 8 Desember1980, Mark David Chapman telah menembak mati John Lennon ketika hendak pulang ke apartmennya. Spekulasi yang muncul adalah John Lennon dibunuh atas perintah Presiden Ronald Reagan kepada ejen rahsia FBI, yang telah merekrut Mark David Chapman. Presiden khabarnya sudah "gerun" dengan kritikan dan pandangan Lennon yang liberal melalui lagunya. Kejanggalan atas peristiwa tersebut cukup jelas, dimana Mark David Chapman sama sekali tidak panik dan terus menyerahkan diri pada polis selepas menembak Lennon.


5. Jim Morrison.


Berbanding yang lain, kematian vokalis kumpulan The Doors ini kelihatan sangat wajar dan tanpa ada yang misteri sama sekali. Sejarah pengambilan ubat bius yang berlebihan hingga kematiannya di tab mandi pangsapuri selepas menonton filem dianggap tidak ada yang janggal. Bahkan pihak polis Perancis merasa tidak perlu melakukan bedah siasat kerana tidak ada kesan kekerasan dalam kematiannya. Tapi, rakan-rakannya yang bermain keyboard, Ray Manzarek yakin bahawa Jim Morrison masih hidup. Bahkan Ray Manzarek pernah menyatakan bahawa Jim Morrison hidup dengan tenang di Kepulauan Seychelles. Ia memilih melarikan diri dan hidup jauh dari hingar bingar dunia populariti di sebuah negara yang terletak di Lautan Hindi.

0 comments:

Catat Ulasan