1/05/13

Filled Under: , , , ,

Pencipta dan kartun pertama di dunia

Untuk pengetahuan korang,pencipta kartun pertama ialah Walter Elias Disney atau lebih dikenali Walt Disney.


Walt Disney

Korang mesti kenalkan atau sekurang-sekurangnya penah dengarkan namanya. Kartun pertama yang telah dia cipta ialah Mickey Mouse dan Donald Duck pada 1901. Walt Disney adalah seorang produser film,sutradara,animator,dan pengisi suara dari Amerika.




Walt mencari-cari rupa yang lucu, menarik, dan tak menjijikkan. Satu hari semasa Walt remaja,dia pergi melawat ke rumah pak ciknya dan berjalan-jalan untuk mencari sesuatu di ladang pak ciknya itu. Dekat sana dia nampak banyak tikus-tikus ladang berkeliaran di sekitarnya. Melihat banyaknya tikus-tikus tersebut,tiba2 muncul inspirasi dan keinginan utk menuangkan imaginasinya dalam bentuk kartun, maka dia cuba la buat sketsa katun yang berasal dari bentuk tikus yang dilihatnya.


Mickey Mouse merupakan hasilnya dan itu la kartun animasi pertama yang pernah dia buat.Pada mulanya, bentuk Mickey masih sederhana. Mickey Mouse mula 'beraksi' di layar perak dalam filem bertajuk “Steamboat Willie” pada 18 November 1929. Oleh itu, ulang tahun Mickey Mouse dicatat pada 19 November. Mickey Mouse sangat cepat meraih kejayaan besar dan telah muncul lebih dari 100 film.Walt penah berkata,"tikus kecil itulah yang telah membantu saya mencipta kompleks hiburan bernilai billion dollar yang terdapat di seluruh dunia."


Stemboat Willie

antara babak dlm steamboat willie


Donald Duck juga merupakan watak kartun pertama yang dicipta oleh walt. Tapi Donald muncul pertama kali pada 9 Jun 1934 dalam kartun “The Wise Little Hen”. Donald direka oleh Walt, sejurus dia mendengar Clarence Nash membuat suara bebeknya ala-ala seperti 'duck' saat menceritakan “Mary had a little lamb”.

The wise little hen

Mary had a little lamb

Tahun 1936,  Donald mulai membintangi kartunnya sendiri, kartun pertamanya pada 9 Januari 1937 ialah "Don Donald". Cerita ni juga memperkenalkan kekasih Donald, Donna Bebek. Anak-anak Donald, Kwik, Kwek, dan Kwak, pula muncul pada 15 April 1938 dalam filem "Donald’s Nephews".



*Donald Duck merupakan maskot Angkatan Udara Amerika.

*Walt dan saudara kandungannya, Roy Oliver Disney, telah mendirikan The Walt Disney Company dan sekarang terkenal dengan pelbagai filem dan taman temanya,seperti Disneyland dan Disney Resort Paris.

0 comments:

Catat Ulasan