Memaparkan catatan dengan label Smartphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Smartphone. Papar semua catatan

14/05/13

, , , , ,

iPad Atau Anak : Mana Lagi Penting?


Setiap daripada kita hari ini sudah mampu memiliki teknologi canggih zaman kini. Sebut saja iPad, Samsung Galaxy s3, iPhone dan pelbagai benda canggih dengan Android dan iOS-nya. Namum ada satu cerita yang aku terbaca dekat satu forum ni. Kisah manusia di zaman moden tapi akhlaknya macam orang zaman batu atau jahilliyah. Seorang ibu sanggup memaki hamum anak kandungnya sendiri disebabkan anak hilangkan iPad milik ibunya. iPad atau anak? Mana yang lagi penting. Memanglah harga iPad tu mahal, tapi berapakah nilai harga seorang anak?


sedih ble dgr cerita dr sorang kawan aku ni

kejadian blaku sabtu lps time otw nk p johor..time dia bhenti kt RnR nk mkn..dia tgk ade satu family ni ..ade 2 org anak, sorang ni bb lg n sorang lg dlm darjah 1 kot..si mak ni nk makn dia suruh anak darjah 1 ni pegang ipad...time byr tu anak dia lupa nk ambik tinggal atas meja...mak dia nk g ambik hilang ade org ambik doh...

mak budak ni mjerit2 marah kt anak dia mcm org kena rasuk..

mak dia ckp : pegi ko jgn ikut aku, ko bukan anak aku lg sambil tolak2 anak dia..aku myesal lahirkan ko kt dunia...

bdk tu bdiri tak bgerak2 n tkebil2 tgk mak dia mcm 2..tp bdk tu xnangis pun..semu org kt tepat mkn tkejut ble tgk situasi tu..Ya ALLAH kcian kt bdk tu..

wlpn aku xda kt tepat tu n tgk sdiri .hati ni sayu n sedih je ble dgr cerita kwn aku ni ..sanggup sorang ibu ckp mcm tu kt anak dia hanya disbkan ipad..

8/05/13

, , , ,

HTC First : Telefon Pintar Facebook

Dua hari yang lalu HTC dan Facebook memperlihatkan telefon peranti HTC First yang merupakan peranti pintar Facebook pertama. Sebelum ini HTC ada bekerjasama dengan Facebook dan menghasilkan HTC Cha Cha yang mempunyai butang khas untuk Facebook. 

HTC First berbeza dari Cha Cha dimana kini peranti Android ini mempunyai launcher yang diberi namaFacebook Home. Home merubah antaramuka telefon Android dan menjadikannya lebih Facebook centric. First diperkasakan dengan pemproses 2 teras 1.4 Ghz,1 GB RAM, kamera utama 5 Megapixel, muatan dalaman 16 GB dan skrin sebesar 4.3 inci. 

Sememangnya First tidak mempunyai spesifikasi sehebat HTC One, tetapi jika anda hanya menggunakannya untuk Facebook ianya sudah cukup memandai. Jika anda mempunyai peranti HTC One X, One X+, Samsung Galaxy SIII, S4 dan Note II, launcher Facebook Home boleh dimuat turun oleh anda pada 12 April ini.










30/03/13

, , , , ,

SmartPants : Seluar Dalam Khas Untuk Telefon

Jepun terkenal dengan sebuah inovasi yang sangat pelik, unik dan mungkin ekstrem. Kini Jepun telah berjaya mencipta seluar dalam untuk sebuah smartphone.


Nama ciptaan ini adalah SmartPants, aksesori unik ini seperti seluar dalam yang dipakaikan dibahagian bawah smatphone. Kegunaan 'seluar dalam' ini adalah agar melindungi tombol 'Home' yang diibaratkan bahagian yang personal bagi smartphone.


SmartPants ini di keluarkan oleh syarikat permainan popular, Bandai. Aksesori unik  ini juga turut menpunyai pelbagai variasi pilihan seperti boxer, thong dan panty. Ia dijual dengan harga 200yen. Selepas ini pasti semua telefon akan jadi lebih menarik dan seksi..hahahaha