27/01/13

Filled Under: , , ,

Speech Jammer: alat untuk diamkan orang yang kuat mengumpat


Kazutaka Kurihara daripada Institut Kebangsaan Kemajuan Perindustrian Sains & Teknologi dan Koji Tsukada daripada Universiti Ochanomizu telah pun membangunkan alat Speech Jammer ini. Untuk penggunaan yang positif, seorang guru mungkin boleh mengunakannya untuk menutup mulut para pelajar di dalam kelas atau seorang pengacara di televisyen boleh melakukan perkara yang sama kepada para penonton yang dijemput khas di studio atau di mana-mana yang terdapat zon senyap di mana para kakitangan boleh menggunakannya contohnya di perpustakaan misalnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan oleh alat ini adalah ia akan mencatat atau merekod perbualan yang dibualkan dan menghantarnya kembali kepada mereka yang bercakap dalam tempoh masa yang singkat iaitu beberapa milisaat. Dengan terhantarnya isyarat tadi kepada mereka yang bercakap, ia akan menyebabkan kekeliruan di dalam minda mereka yang secara tidak langsung membuatkan mereka tidak dapat memikirkan apa ayat yang ingin dibualkan jurus menyebabkan mereka berhenti bercakap..