24/01/13

Filled Under: , ,

Komik termahal di dunia

Siapa diantara kita yang tak pernah baca komik katon? Ini kerana komik katon lebih kepada berbentuk humor yang dapat membuatkan pembaca terhibor. Dan ada sesetengah orang membaca komik katon kerana untuk menghilangkan boring & stress.

Komik katon adiwira atau superhero seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman & X-Men dan banyak lagi telah menjadi kegilaaan ramai.

Tapi siapa yang mampu menjangka edisi terawal komik Superman adalah sangat bernilai? Akibat kesukaran memperoleh salinan asal keluaran pertama “Wira Agung” ini, harga lelongan yang dilaksanakan telah mencecah hingga AS$2.16 juta (RM7.12 juta).





NAMA: More Fun Comics, No. 52
NILAI: AS$119,000 (RM396,000)

Komik More Fun Comics hanya diterbitkan antara 1935 hingga 1947. Isu ke-52 memperkenalkan pembaca kepada The Spectre.





NAMA: AVENGERS no. 1
NILAI: AS$250,000 (RM825,000)

Kali pertama ahli Avengers muncul dalam isu ini.




NAMA: Batman, No. 1
NILAI: AS$315,000 (RM1.04 juta)

Meskipun BATMAN diperkenalkan dalam komik Detective Comics, kimik ini adalah edisi pertama komik peribadinya yang diterbitkan pada 1940 dan turut memperkenalkan ROBIN.






NAMA: Marvel Comics, No. 1
NILAI: AS$367,000 (RM1.21juta)

Marvel Comics, anak syarikat The Walt Disney Company, memperkenalkan wira seperti IRON MAN, X-MEN, WOLVERINE dan ramai lagi.




NAMA: TALES OF SUSPENSE no.39
NILAI: AS$375,000 (RM1.23juta)

Iron Man adiwira kesukaan ramai kali pertama muncul dalam isu ini.





NAMA: Detective Comics, No. 1
NILAI: AS$405,000 (RM1.33 juta)

Komik ini edisi pertama siri Detective Comics yang mula diterbitkan pada 1937 dan turut dibintangi SUPERMAN dan BATMAN dalam siri seterusnya.






NAMA: All-American Comics, No. 16
NILAI: AS$430,000 (RM1.41 juta)

Komik edisi ke-16 All-American Comics ini memperkenalkan Green Lantern kepada pembaca.





NAMA: Flash Comics, No. 1
NILAI: AS$450,000 (RM1.48 juta)

Komik ini diterbitkan pada 1940 buat pertama kali memperkenalkan pembaca kepada FLASH dan HAWKMAN.





NAMA : X-MEN No. 1.
NILAI : AS 492,937.50 (RM1.6 juta)

Anggota X-Men pertama muncul di sini. Prof X, Cyclops, Marvel, Beast, Angel & Magneto




NAMA: Amazing Fantasy, No. 15
NILAI: AS$1.1 juta (RM3.63 juta) (terjual pada March 2011)

Isu ke-15 Amazing Fantasy adalah komik ke-10 termahal pernah dilelong. SPIDERMAN muncul buat pertama kali di kulit muka komik ada Ogos 1962. Ketika itu penerbitan siri komik ini dijadual akan ditamatkan, tapi kemunculan SPIDER-MAN sebaliknya menyebabkan siri ini mencatatkan penjualan paling tinggi pada masa itu.






NAMA: Superman, No. 1
NILAI: AS$671,000 (RM2.21juta)

Meskipun Action Comics memperkenalkan SUPERMAN kepada umum, komik ini yang pertama didedikasi khas untuk wira besi ini.




NAMA: Detective Comics, No. 27
NILAI: AS$1.075 juta (RM3.57 juta)

BATMAN diperkenalkan kepada umum dalam edisi ke-27 Detective Comics. Komik ini hanya berharga AS10sen (RM0.33sen) ketika dijual pada 1939. 70 tahun kemudian, nilai komik ini meningkat jutaan kali ganda.




NAMA: Action Comics, No. 1
NILAI: AS$2.16 juta (RM7.12 juta)

Siri komik pertama yang memperkenalkan SUPERMAN kepada dunia ini mula dijual pada April 1938. Pakar koleksi komik dan pengasas ComicConnect.com, Stephen Fishler, melabel komik ini sebagai pencetus kegilaan terhadap genre hiburan ringan ini.