12/01/13

Filled Under: , ,

Fakta - Fakta Menarik



Selalunya di tugu peringatan, jika terdapat patung askar bersama seekor kuda yg kedua2 belah kaki hadapannya terangkat keatas, bermakna askar terbabit terkorban semasa perang.

Jika hanya sebelah sahaja kaki kuda terbabit terangkat bermakna askar terbabit hanya cedera ringan.

Dan jika keempat kaki kuda terbabit berada di tanah, askar terbabit terkorban bukan disebabkan perang.






Biji bunga kembang seri pagi adalah beracun, dan jika termakan dalam kuantiti yang banyak boleh mendatangkan kematian.





Pada tahun 1907, James Spengler telah mencipta pembersih vakum dengan hanya menggunakan kotak sabun, sarung bantal, kipas kecil dan pita pelekat.





Ketika berlakunya perang sivil zaman dahulu, apabila pasukan tentera kembali ke markas tanpa ada yg terkorban mereka akan menulis “0 killed” dan dlm laporan yg ringkas ianya ditulis O.K yang bermaksud semua dalam keadaan baik.

Dan dari situlah perkatan O.K tercipta.

ada gak versi lain semasa Perang Sivil, hanya bantuan dari OKLAHOMA dengan ringkasan OK saja yang berjaya sampai, yang lain2 terkandas.

Sejak itu, OK digunakan untuk menunjukkan isyarat baik.






Teleskop terbesar di dunia yang dinamakan KECK 1 dan KECK 2 memiliki saiz cermin sebesar setengah padang tennis.





Suhu yang paling sejuk pernah di catatkan di dunia ialah serendah -128.6 darjah Fahrenheit iaitu di Antartika.





Papan tanda Hollywood buat pertama kali telah dipacakkan pada 1923.

Ianya sebenarnya ialah papan iklan hartanah yg nama asalnya “Hollywoodland”.

Papan tanda itu setinggi 59 kaki, selebar 450 kaki dan seberat 450000 paun.






Harga jualan paling rendah dicatatkan untuk benda hidup adalah di Cape Province Afrika selatan pada tahun 1934.

Dimana keldai dijual pada harga 3sen seekor.






Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak. 





Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari.

Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
 





Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 





Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 





Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.





Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km. 





Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.