CARA NAK MENGURANGKAN KEPEDIHAN MATA
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan tidak terlalu banyak molekul yang busuk dan memedihkan ini sampai ke mata.
1. Kimia itu larut dalam air, maknanya jika bawang dipotong sambil dilakukan di bawah air yang mengalir, kimia itu akan dialirkan. dengan cara ini, tidak terlalu banyak kimia itu naik ke udara dan menyebabkan anda menangis.
2. cara kedua ialah dengan memanaskan atau membekukan bawang untuk memperlahankan tindak balas antara sebatian sulfur dan enzim, memotong dengan cepat ataupun gunakan kipas untuk menolak kimia itu ke tempat lain. maka, sesiapa yang ada masalah dengan bawang, selepas ni bolehlah praktikkan cara-cara ini untuk mengurangkan pedih mata.
Jenis bawang yang berlainan mengandungi jumlah dan jenis sulfur yang berlainan. sesetengahnya lebih keras, dan sesetengahnya tidak. bawang yang lebih banyak kandungan airnya cenderung untuk mempunyai sulfur yang lebih berbanding yang lain, sebagai contoh, bawang besar lebih banyak gasnya berbanding bawang putih. walaupun pedihnya mata kerana bawang, tahukah anda bawang itu mempunyai banyak nutrien termasuk vitamin B, dan C, temasuklah bertindak sebagai anti radang dan anti alergi.
Tambahan petua:
1. Rendamkan bawang dalam air panas selama 1-2 minit sebelum menghiris.*
2. Rendamkan bawang dalam air garam 1-2 minit sebelum menghiris.