Filled Under: General, Kata hikmah, Mutiara kata
Mutiara Kata Hikmah
"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia."
"Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya."
"Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
"Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan."
"Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan."
"Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa."
"Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka."
"Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri."
"Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela"
"Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri"
"Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai."
"Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."
0 comments:
Catat Ulasan