4/06/13

Filled Under: , ,

S. Shamsuddin - Seniman Lagenda

S. Shamsuddin Dalam Kenangan


Kita semua pernah ketawa dengan lawak dan lakonan bersahaja beliau. Antara perlakon dan pelawak lagenda yang pastinya kita akan sentiasa ingat sampai bila-bila.


Shamsuddin Bin Dali atau lebih di kenali dengan S. Shamsuddin ( 1 Jan 1929 - 4 Jun 2013 ) merupakan pelakon yang dikenali ramai pada era filem Melayu 50-an dan 60-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura.. Bapanya Dali Bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibunya Khatijah Binti Haji Ahmad pla berasal dari Geylang, Singapura. Beliau berkahwin dengan Putih Binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan 7 orang anak dan 14 orang cucu. Salah seorang anak beliau telah mengikut jejaknya sebagai pelawak iaitu Ariff Shamsuddin


Pada awalnya beliau hanyalah bekerja sebagai buruh bagi menyara keluarganya sebelum terjun ke dudia lakonan. Kisah hidupnya sebagai seniman bermula pada 1948, apabila beliau pergi ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas untuk melihat bagaimana sebuah filem dihasilkan. Langkah kanannya pada hari itu, apabila beliau ditawarkan sebagai pelakon tambahan di dalam filem Chempaka, arahan B. S. Rajhans.

Selepas itu beliau berkerja di Studio Jalan Ampas sebagai tukang kayu untuk memasang studio dan set lakonan filem. Sambil itu beliau juga turut menjadi penari dan pelakon di studia filem itu.

Sekali lagi melalui pengarah B. S. Rajhans, Sudin telah diberikan watak di dalam filem Aloha. Turut berlakon didalam filem itu ialah Osman Gumanti, Mariam, P. Ramlee, A. R. Tompel & D. Harris. Namum sebagai pendatang baru, watak yang diberikan kepada beliau amat menberansangkan bagi pelakon baru seperti beliau.

Sudin terus mengorak langkah sebagai pelakon dan pelawak dan sering digandingkan bersama Aziz Satar serta P. Ramlee. Antara filem yang begitu meninggalkan kesan ialah melalui siri filem Bujang Lapok.

0 comments:

Catat Ulasan