5/06/13

Filled Under: , , ,

Sejarah Bok Mansion @ Le Coq D'or


1) Sejarah pemilik

Bok House ni dibina oleh Chua Cheng Bok, seorang jutawan berbangsa Cina. Dia seorang imigran dari negara China dan semasa dia datang ke Tanah Melayu awal 1900an dia seorang yang sangat miskin dan takde pelajaran. Mula2 dia kerja di kedai menjual rempah ratus.

Lepas abis kerja, malam2 Cheng Bok ni akan pergi ke Jalan Ampang, ke kawasan yang dulu dinamakan Red Light Corner dan dia kerja baiki basikal. Lama2 bila dia dah ada duit simpanan yang banyak, dia berhenti dari jadi pekerja di kedai rempah ratus tu dan guna duit simpanan dia bukak syarikat sendiri. Syarikat dia ni berkembang dari mula2 baiki basikal, then jual basikal, then jual motorsikal then jual kereta.


Nama syarikat dia? Cycle & Carriage. Familiar kan? The first importer of Mercedes Benz cars into Malaya/Malaysia.

2) Sejarah pembinaan


Masa dia kerja baiki basikal tu, dia mula berkenalan dengan anak seorang jutawan Cina di KL. Rumah amoi ni kat Jalan Ampang jugak, sekarang dah takde dah mansion tu, dah jadi bangunan yang dinamakan Plaza 121 (sebelah betul Tanah Perkuburan Jalan Ampang/Hotel Maya).

Dijadikan cerita dorang dua orang jatuh cinta and decided to marry. So Cheng Bok pun pergi lah jumpa bapak amoi ni. Masa ni dia baru start company dia sendiri. Bapak amoi ni reject dia sebab dia dari humble beginning dan kedua tak setaraf dengan dia.

So, brokenhearted, Cheng Bok pun tanam azam dia akan kerja keras dan take his revenge sebab reject dia.

So, dia kena kuat, built his empire. So bila dia dah jadi jutawan himself, dia beli sekeping tanah di Jalan Ampang, betul2 mengadap mansion gf dia. That was around 1920. In 1929, dia lantik the best architect firm in Singapore masa tu, Swan & Maclaren untuk membina mansion dia. Ada orang cakap dia bina mansion ni untuk menunjukkan kat bapak gf dia yang dia mampu jadi sekaya dia dengan kerja keras. Ada yang cakap dia bina supaya gf dia ingat betapa sayang dia kepada gf dia. Cuma tak ada dalam rekod samada dia actually kawen dengan gf dia tu lepas dia bina mansion ni yang siap dalam tahun 1929.

Apabila siap mansion ni dalam tahun 1929, it was said that this mansion is a mansion like of which never seen in KL before or after. Lebih besar dari mansion gf dia dan lebih grand. Lepas bina mansion ni, Cheng Bok then bina Coliseum Hotel/Cinema and Coliseum Cafe yang poplar kat Jalan TAR, just because he can.

3) Sejarah am

Di dalamnya, terdapat campuran Timur dan pengaruh Barat dengan seni Eropah dan kaca berwarna dipaparkan bersama-sama dengan perabot Cina , peral dan jubin Peranakan. Floor dia sangat detail dan perabot yang diletakakan datang dari Eropah, especially Itali dan France.

Pada tahun 1958, Bok House telah ditukar kepada restoran mewah Perancis, Le Coq d'Or. Menariknya, Chua dan keluarganya lebih suka hidup di bahagian belakang mansion itu selama lebih 20 tahun - sampai wing ni dirobohkan oleh kerajaan dalam tahun 1999. A few of Bok generations actually lived there till the end.



Dalam tahun 2001, selepas banyak kali delay, eventually Bok mansion ni robohkan. Walaupun Badan Warisan Negara cuba dapatkan status bangunan bersejarah, thus tak boleh dirobohkan, tapi tak berjaya. Ada cakap keturunan dia sendiri yang nak dirobohkan sebab tanah tu prime land. Ada cakap sebab berebut harta, since wasiat Cheng Bok ada mentioned tak boleh jual rumah ni sehingga 5 keturunan.

0 comments:

Catat Ulasan