22/06/13

Filled Under: , , , ,

Cupcakes Termahal Di Dunia


11 Jun – Sanggupkah anda mengeluarkan wang beribu-ribu hanya untuk sebiji Cupcake? Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga RM3,184 sebiji.

Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.

Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda.

Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.

Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.