Sapa kata wang adalah segala-galanya di dunia ini, jika tiada wang maka tiadalah segala-galanya. Namum ada juga manusia yang tidak memandang kepada wang yang berjuta. Bagi mereka nilainya tidak dapat dibeli dengan wang.
Masalah matematik ini disenaraikan oleh Cambrigde sebagai 7 masalah matematik tidak diselesaikan. Dan barang sesiapa yang berjaya menyelesaikan maslah tersebut adalah layak untuk menerima Hadiah Nobel dan juga menerima Fields Medal.
Namum beliau dengan rendah dirinya menolak untuk menerima hadiah sebanyak USD 1 juta itu kerna menganggap ilmu itu lebih mahal daripada ganjaran wang berjuta
2. Lelaki ini menolak hadiah LOTERI sebanyak USD 2.77 juta.
Siapa yang tidak pernah bermimpi untuk menang loteri? ( Haram weh main tikam nombor nie..he3). Namum kisah pelik bagi seorang pesara yang berusia 70 tahun berasal dari Jerman ini yang telah menang loteri sebanayak USD 2.77juta, namum tidak mahu mengambil wang it kerana dia tidak tahu hendak buat apa dengan wang sebanyak itu. Dia menbeli tiket loteri hanya kerana mengenangkan mendiang isterinya yang selalu bersemangat untuk menang loteri.
3. Lelaki ini menolak USD 4juta untuk sebutir BATU.
Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab, Saleh Musfer AL Gamdi telah menemui sebutir batu yang dikatakan batu yang disebut di dalam Al-Quran, dimana Allah telah menhantar burung Ababil untuk membaling batu Sejil ( batu neraka) untuk memusnahkan tentera Abrahah, Yaman.
Dia telah ditawarkan USD 4 juta untuk batu itu, batu ini seberat 131 gram dan juga terdapat lukisan burung dan gajah. Di samping itu, beliau menjumpai batu itu hanya sehari selepas bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk dia tidak menjualnya.
Pada tahun 2006, Jeffrey Van Middlebrook, seorang inventor polymath telah menemui cara untuk mengasingkan gas daripada pembakaran bahan buangan, dan jika ia dibawa masuk ke dunia industri, ia boleh jana kekayaan.
Kerajaan China amat berminat dengan ciptaan Middlebrook ini, kerana berpontensi untuk memajukan teknologi arang batu. China adalah pengguna arang batu terbesar di dunia untuk menjana elektrik. Da kesannya adalah pencemaran uadara yang teruk di China.
Kerajaan China telah bergabung dengan sebuah unversiti di China dan berbekalkan tabung dalam Parti Komunis, mereka telah tawarkan USD 60juta kepada Middlebrook untuk pembiayaan R&D. Namum setelah Middlebrook membaca berita bahawa hospital tentera China telah mengambil organ tubuh badan beribu-ribu tahanan politik, dan Middlebrook menolak tawaran itu kerana perbuatan mengambil organ itu.
5. Rocker yang tidak mahu mencukur janggut untuk tawaran USD 1 juta.
Ini kisah Billy Gibbons dan rakan bandnya Dusty Hill yang telah ditawarkan satu juta dollar untuk mencukur janggut mereka.