28/06/13

Filled Under: , , , ,

Hiroshima : The Unseen Pictures


Pengeboman Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki telah kira-kira 250,000 orang dan menjadi pembunuhan yang paling dasyat dalam sejarah moden peradaban dunia. Namum begitu jarang sekali kita dapat melihat gambar-gambar kesan daripada pengeboman itu. Jikalau ada pun mungkin cuma sedikit. Ini kerana dasar polisi yang diguna pakai oleh Amerika semasa pendudukan di Jepun telah melarang sebarang penyebaran yang dianggap 'menganggu kententeraman awam' dan mengklasifikasikan sesetengah gambar sebagai 'rahsia'. Mungkin inilah cara pihak Amerika hendak menutup kekejaman yang telah mereka lakukan.


Semua jam tangan yang ditemui di Ground Zero terhenti pada 8.15 pagi, masa letupan.



Dalam jarak tertentu daripada kawasan letupan, haba yang dihasilkan begitu kuat. Bayang-bayang parapets telah tercetak pada permukaan jalan di Jambatan Yorozuyo. Selain itu di Hiroshima, ada outline bentuk manusia sedang duduk di atas bangku.


Pada 6 Ogos 1945, tepat jam 08:15, bom atom uranium telah meletup setinggi 580 meter di atas bandar Hiroshima dengan pancaran yang menyilaukan, menghasilkan bebola api gergasi dan meledakan suhu permukaan mencecah 4,000 C. Sinar haba dan radiasi meletup ke setiap arah penjuru, melepaskan gelombang dengan tekanan tinggi. Telah memusnahkan puluhan ribu manusia dan haiwan, meleburkan bangunan, dan menhancurkan sebuah bandar berusia 400 tahun kepada habuk


Di bawah pusat letupan, suhu cukup panas untuk mencairkan konkrit dan keluli. Dalam masa beberapa saat, 75,000 orang telah terbunuh atau cedera parah dengan 65% daripada mangsa berusia sembilan tahun dan yang lebih muda.



Kematian akibat kesan radiasi berterusan berlaku dalam jumlah yang besar pada hari-hari berikutnya selepas pengeboman. "Kerana tidak ada sebab yang jelas kesihatan mereka mula teruk. Mereka hilang selera makan. Rambut mereka gugur. Bintik kebiruan muncul pada badan mereka. Dan kemudian pendarahan pada telinga, hidung dan mulut".



Gambar ini menunjukkan mata seorang mangsa bom atom yang menghidapi katarak bom atom. Terdapat kelegapan berhampiran pusat biji mata.



Ramai daripada mangsa pengeboman ini, mereka telah dipecat daripada pekerjaan mereka. Wanita Hibakusha tidak pernah berkahwin, kerana ramai yang bimbang mereka akan melahirkan anak cacat. Malah ada lelaki mengalami diskriminasi juga. "Tiada siapa yang mahu berkahwin dengan seseorang yang akan mati dalam beberapa tahun".