22/06/13

Filled Under: , ,

Karas Si 'Kayu Emas'

APA ITU KARAS?


Pokok Karas tergolong dalam famili Thymelaeaceae dan nama genrenya adalah Aquilaria spp. Di Malaysia terdapat 5 (lima) spesis terdiri dari A.malaccencis, A.hirta, A.becariana, A.rostrata dan A.microcarpa. Pokok Karas terkenal dengan kayunya yang mempunyai damar gaharu.

APA ITU GAHARU?


Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semulajadi akibat daripada tindak balas pokok Karas ke atas serangan kulat/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau yang melindungi bahagian yang cedera sama ada pada akar, batang, dahan dan sebagainya di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi damar.

Gaharu digunakan terutamanya sebagai minyak wangi dan minyak asas bagi penyediaan wangian terbitan. Kayu gaharu yang dibakar mengeluarkan asap wangian yang digunakan sebagai dalam majlis keagamaan pelbagai kepercayaan agama. Terdapat syarikat wangian terkenal telah menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian iaitu YSL no. 7. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut. (Cites. 2005)

Info Botani:
Gaharu dihasilkan daripada pokok Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 4O meter tinggj dan diameter sehingga 60 cm dengan batang berbentuk sederhana lurus. Dilaporkan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil dalam pengeluaran gaharu. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah hingga ke ketinggian 750 m dari aras muka laut. Kesemua spesies ini adalah penting dalam industri gaharu. Lain-lain nama yang digunakan merujuk kepada gaharu adalah : agarwood dan eagle wood (English); “Agor” (Bangladesh); “akyaw’ (Myanmar); “calambour (French); “adlerholz” (German); “alim” (Sumatran); “Kanakoh” (Vietnam); “Gh’lng Kui Hsiang” (Chinese).