Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun.
Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa.
Seorang pembaca cuba menghubungi akaun twitter pemilik yang mengaku dia jin itu dengan nama samaran palsu. Pembaca itu terkejut kerana pemilik twitter segera mengenal pasti nama sebenar, alamat dan juga di mana dia tinggal. Pembaca itu kemudian membaca ayat-ayat suci.
0 comments:
Catat Ulasan