18/06/13

Filled Under: , ,

Industri Filem Hollywood Alami Krisis


INDUSTRI Filem Hollywood turut mengalami krisis apabila filem berskala kecil tidak dapat memasuki panggung.

Dua pengarah filem terkenal, Steven Spielberg dan George Lucas mengakui semakin sukar untuk menembusi pasaran filem Hollywood kerana pihak panggung hanya menerima filem-filem berbajet tinggi sahaja.

Spielberg berkata filem terbaharunya Lincoln banyak ditayangkan di stesen televisyen sahaja kerana kesukaran menembusi pasaran panggung.

"Saluran untuk memasuki tayangan panggung semakin mengecil," ujarnya seperti dipetik Hollywood Reporter.

Oleh itu, Spielberg mencadangkan agar ada peraturan dan prosedur harga tiket bagi setiap filem yang ditayangkan.

"Penonton seharusnya diberi pilihan untuk menonton mana-mana filem dengan kadar harga berbeza.

Sementara itu, George Lucas yang berjaya dengan filem Star Wars mencadangkan agar diwujudkan model penetapan harga panggung berdasarkan filem yang mendapat sambutan perlu dipanjangkan sehingga setahun tayangan.

Beliau turut mencadangkan agar harga tiket meningkat mengikut populariti filem tersebut.